Sotong Celup Tepung paling sedap di dunia..  

Tengok je la yer....yummy

Para ikan beratur menunggu pelanggan..hehe

Ni ha gerai tu....cari Gerai Jerong @ D'Rhu Bayu Seafood

Sesiapa yang pernah pergi ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur mesti melalui Pantai Kelulut, Marang. Jika korang perasan, terdapat deretan gerai makanan laut yang agak popular dengan makanan laut segar termasuklah 'sotong celup tepung'. Setakat pengalaman aku men'kedarah' makanan spesies laut ni, ini lah yang ter'best' dan terhangat di pasaran. Aku tidak pernah lupa untuk singgah setiap kali aku balik ke Terengganu.

Bukan sahaja menu makanan yang segar, harga yang berpatutan, tapi permandangan yang indah Pantai Kelulut dan Pulau Kapas yang boleh dilihat dari sini amat menggamit kalbuku. Chewwah...

Layan video permandangan Pulau Kapas...


Permandangan Pulau Kapas dari Pantai Kelulut Marang

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Lepak-lepak di Pantai Teluk Ketapang, Terengganu  

Lepak sambil pekena kepok lekor...


Kalo kat KL bleh menjala camni kan besh...

Kalau balik Terengganu tak singgah di Pantai Teluk Ketapang memang rugi. Pantai Teluk Ketapang juga dikenali dengan Pantai Epok. Epok tu sebenarnya sebutan bagi 'airport' oleh orang Ganu. Sesape yang lepak sini boleh nampak Lapangan Terbang Sultan Ismail yang sekarang ni dalam proses tumbesaran. Layanzz...

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Royalti Terengganu : Sireh Pulang ke Gagang  

Akhirnya hasil royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu yang dirampas oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Menurut Dewan Rakyat sejak Mac 2004 - Mac 2007, wang ehsan yang dibayar adalah berjumlah RM7.364 bilion. Satu angka kalau mengikut logik akal kepala otak aku ni boleh sekurang-kurangnya boleh mengurangkan paras kemiskinan rakyat Terengganu yang sehingga hari ini masih berada di tangga ke-2 di Malaysia. Hairan bukan??

Baca berita selanjutnya

T'ganu dapat balik royalti minyak
Jun 14, 08 4:40pm

Kerajaan Persekutuan hari ini bersetuju untuk mengembalikan wang royalti minyak sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata pemberian wang royalti itu akan dilaksanakan setelah perincian mengenai syarat-syarat terhadap perkara berkenaan ditetapkan.

"Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk kembalikan wang royalti minyak kepada Terengganu dan butiran, prosedur serta langkah yang diambil itu akan ditetapkan apabila perbincangan dengan kerajaan Terengganu diadakan," katanya.

Abdullah, yang dalam rangka lawatan sehari ke Terengganu, berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno Terengganu di Primula Beach Resort di Kuala Terengganu.

Kerajaan Terengganu sebelum ini meminta Kerajaan Persekutuan menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri untuk digunakan bagi projek-projek pembangunan rakyat.

Menurut laporan Bernama, Kementerian Kewangan pada 5 September 2000 telah menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ihsan.

Wang itu disalurkan terus melalui projek pembangunan dan bukannya melalui kerajaan negeri apabila PAS memerintah Terengganu selepas pilihanraya umum 1999.

Baru-baru ini, Dewan Rakyat diberitahu kerajaan Pusat telah menyalurkan wang ihsan kepada kerajaan Terengganu bagi tempoh tiga tahun sejak Mac 2004 hingga Mac 2007 berjumlah RM7.364 bilion.

Mengulas lanjut, Abdullah berharap dengan pemberian semula royalti minyak itu, kerajaan Terengganu dapat menguruskan wang berkenaan dengan baik dan membuat perbelanjaan berhemah dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di negeri itu.

"Saya yakin boleh (kerajaan Terengganu uruskan wang royalti itu dengan baik). Kalau kita dah ada wang, pandai-pandailah uruskan kerana kita akan menghadapi pelbagai situasi yang memerlukan perbelanjaan yang kadang-kala lebih daripada kita jangkakan.

"Kalau duit sudah habis, perbelanjaan itu tidak merupakan perbelanjaan yang berhemah, maka kita yang akan menghadapi banyak masalah. Maka dengan itu, pentadbiran dan perbelanjaan yang berhemah mestilah menjadi amalan kita. (sama ada) masa susah atau pun senang," katanya.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Lagi-lagi Masjid Kristal Terengganu  






Balik kampung baru-baru ni aku berkesempatan utk melawat masjid yang paling kontroversi iaitu Masjid Kristal. Masjid ni tak la jauh sangat, lebih kurang 10 minit perjalanan dari rumah orang tu aku. Masjid yang terletak di Pulau Wan Man ini boleh boleh dilalui menerusi tambak yang dibina tidak jauh dari Muzium Negeri Terengganu, Losong.

Sepanjang perjalanan kami, aku agak kagum dengan ciri-ciri binaan masjid ini, cuma keadaan infra masih belum siap sepenuhnya. Boleh tengok video dan gambar yang aku paparkan.

Cuma aku merasa amat sedih bila kaki mula menjejaki dewan masjid, kerana pelawat langsung tidak menghormati masjid. Jauh sekali untuk menunaikan solat sunat, kebanyakan pengunjung begitu hingar membuat bising, membiarkan anak-anak berlari, malah mereka sibuk untuk bergambar sehingga lupa mereka sebenarnya di dalam masjid. Para pengawal juga tidak bertanggungjawab membiarkan ini berlaku.

Lagi video...




Entri lepas tentang Masjid Kristal di sini.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Cuti-cuti Malaysia : Zoo Taiping  

Jalan ke Zoo Taiping pun tak plan, saja nak singgah. Tak ada apa nak diceritakan sbb masuk zoo mana-mana pun hampir sama jer. Lihat gambar zoo-zoo lain di sini.

Harga tiket ialah RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Cuti-cuti Malaysia : Bukit Merah Laketown Resort  



Ni sebenarnya program mengejut sempena Hari Guru pada 17-18 Mei 2008 baru-baru ni. Bukan apa, aku sebenarnya lansung tak ingat Hari Guru ni, so untuk cover balik aku ajak la wife aku ke Bukit Merah Laketown Resort, Perak bersama 2 orang sabahat baik aku, Romzi dan Zaidi.

Oleh kerana kami pergi mengejut, kami tidak membuat reservation. Tapi nasib kami agak baik kerana dapat menyewa sebuah apartment 3 bilik yg berhadapan tasik dengan harga RM200 semalam.

Tapi pengalaman aku di Bukit Merah tidaklah sehebat yg diwarkan, sbbnya kawasannya agak panas dan kurang berangin. Walaubagaimanapun tarikan utama ialah Bukit Merah Waterpark dengan tiket beharga RM21 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak atas 90 cm.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button