Blog Dato' Seri Dr Mohamad Khir bin Toyo  

Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor; pernah menjadi Menteri Besar Selangor selama dua penggal dan Pengerusi Barisan Nasional & Badan Perhubungan UMNO Selangor. Mempunyai Ijazah Pembedahan Pergigian dari Universiti Malaya dan pernah menjadi Presiden, Majlis Belia Malaysia.
Baca Komen aku di blog beliau :


Salam Dr Khir

Saya merupakan penentang BN sejak di bangku universiti lagi. Bermula di kampus banyak program masyarakat yang kami dilakukan di seluruh pelusuk Selangor sehingga kini.

Program2 masyarakat tersebut byk membuka mata saya bahawa keadaan rakyat di Selangor tidaklah sehebat pencapaian KDNK negeri yg tertinggi di Malaysia. (Maaf, saya berasal dari Terengganu)

Berdasarkan pemerhatian saya, masih ramai lagi rakyat yang hidup di bawah paras kemiskinan dikala pemimpin BN Selangor dengan rakus mendirikan rumah jutaan ringgit.

Terkini, kami mengadakan program di sebuah kilang di PJ, amat sedih kerana gaji mereka masih dibawah RM1000. Khabarnya pendapatan perkapita rakyat selangor mencecah RM40-RM45k sebulan...

Saya juga dengan mata kepala sendiri menyaksikan peristiwa perobohan perumahan setinggan Kampung Sentosa, Sungai Buloh oleh MPS, 3 hari sebelum ramadhan tahun lepas...dr khir, dimanakah nilai perikemanusiaan pemimpin BN sebagai seorang manusia yg bergelar Islam??? Ya..mungin undang2 lebih agung dari nilai kemanusiaan...

Dr Khir,

seorang MB tidak boleh lari dari dosa dan pahala. Jika seorang pemimpin melakukan kebajikan dan kebaikan kepada rakyat, pahala akan berterusan kerana kebaikan tersebut akan dinikmati hingga generasi akan datang. Begitu juga sebaliknya...

Akhir kata, saya cadangkan Dr Khir, melawat rumah MB Kelantan, TG Nik Aziz dan juga rumah ex-MB Terengganu TG Abdul Hadi. Keduanya2 saya pernah hadir. Saya juga pernah hadir ke rumah salah seorang pemimpin BN selangor...seperti 'antara 2 darjat' lagaknya.

wassalam

ps 1: btw dr khir, sy masukkan link blog dr khir di blog saya http://izalifa.blogspot.com.

ps 2: Saya juga tidak berkecil hati kerana dr khir tidak hadir kenduri perkahwinan sy bbrp tahun dulu di sg sireh, tg karang kerana faham kesibukan dr khir. tq.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Aku Anak Terengganu : 10,000 Sambut Sultan Mizan  





Bangga aku jadi anak Terengganu, walaupun menetap dan bekerja di Selangor...hehe. Nak baca lagi berita dan gambar....klik
Sambutan Luar Biasa – Tuanku Terharu! PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Saturday, 29 March 2008
The image “http://buletinonline.net/images/berita2/luarbiasa2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Kuala Terengganu, 29 Mac – Keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Agong dan Sultan Terengganu ke negeri Terengganu diberikan sambutan luar biasa oleh rakyat jelata yang datang dari segenap pelusuk. Pesawat khas yang membawa Tuanku mendarat sekitar jam 10.00 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Semua orang kenamaan dan VIP kelihatan telah memasuki terminal eksklusif yang belum dinamakan lagi, kerana seluruh

terminal masih dalam pembinaan

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/luarbiasa1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Diantara mereka adalah pemimpin PAS termasuk Dato’ Wan Mutalib Embong, Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar dan Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Rakyat berdiri di kiri kanan jalan sejauh tidak kurang dari 5km, telah menunggu seawal jam 7.00 pagi, berasa lega apabila pintu terminal ekskusif di buka dan Tuan Ku Mizan muncul disambut dengan laungan takbir dan Daulat Tuanku.

Rakyat Terengganu hari ini benar-benar telah mencipta sejarah, berduyun-duyun menyambut keberangkatan pulang Tuanku,The image “http://buletinonline.net/images/berita2/luarbiasa3.gif” cannot be displayed, because it contains errors. setelah Tuanku menggunakan kebijaksanaan melalui wakilnya Majlis Penasihat Pemangku Raja(MPPR), menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu.

Pelantikan Ahmad Said pada 22hb Mac sekaligus mengenepikan Idris Jusoh, mendapat sokongan rakyat. walaupun Ahmad sendiri tidak mendapat sokongan dari rakan-rakan seperjuangannya didalam UMNO.

Majlis penerimaan watikah pelantikan Ahmad pada pagi 23hb Mac telah diboikot dan dibantah oleh Geng 23 ADUN UMNO/BN Terengganu yang diketuai oleh Rosol Wahid, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu.

Tidak cukup dengan menghantar nota bantahan yang ditandatangani oleh Geng 23, penyokong-penyokong taksub Idris Jusoh dan UMNO Terengganu telah mengadakan perhimpunan haram dan menaikkan kain rentang yang telah menghina Institusi Beraja.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru awal-awal lagi menegaskan melalui kenyataannya kepada media, PAS menyokong keputusan MPPR melantik sesiapa saja sebagai MB Terengganu, namun bukan menyokong individu yang dilantik secara peribadiThe image “http://buletinonline.net/images/berita2/luarbiasa6.gif” cannot be displayed, because it contains errors..

Kenyataan Presiden disokong oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali yang mengajak rakyat berdiri teguh dibelakang Tuanku dan MPPR, mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan.

Presiden UMNO Abdullah Ahmad Badawi yang telah mengeluarkan watikah pelantikan kepada Idris Jusoh membuat kenyataan mengatakan pelantikan Ahmad Said adalah bertentangan dengan perlembagaan, sekaligus menolak titah Tuanku dan istana Terengganu.

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/luarbiasai5.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Namun akhirnya Perdana Menteri itu tunduk dan meyedari bahawa kuasa UMNO tidak berupaya melampaui kuasa Sultan dan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 27hb Mac, akhirnya memperakui pelantikan Ahmad Said.

Kemelut pelantikan MB Terengganu telah berlanjutan sejak pembatalan majlis angkat sumpah MB pada 10hb Mac disebabkan oleh kemurkaan Tuanku dan pihak istana Terengganu yang tidak perkenan kepada Idris Jusoh.

Dianggarkan lebih 10,000 orang telah menyambut keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan hasil usaha kesedaran rakyat yang dibangkitkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan(NGO), MAMPAT disokong oleh beberapa Alumni sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu serta beberapa pertubuhan lain termasuk Pertubuhan Kebajikan Penduduk Pulau Duyung(Pekeduy).

Lensa Buletin Online sempat merakamkan wajah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, berubah kerana terharu menerima sambutan luar biasa yang tidak pernah berlaku sejak Tuanku ditabalkan menjadi Sultan Terengganu pada 4hab Mac,1999



10,000 Sambut Yang di-Pertuan Agong Di LTSM, Idris Jusoh Tidak Kelihatan

KUALA TERENGGANU, 29 Mac (Bernama) -- Kira-kira 10,000 rakyat Terengganu menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pagi ini.

Mereka tiba seawal 7.30 pagi, membawa bersama sepanduk dan bendera kuning bagi menunjukkan sokongan padu mereka terhadap baginda yang juga Sultan Terengganu, berkumpul di luar bangunan terminal.

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/tuankupulang2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Sebahagian besar berbaris di sepanjang jalan menuju ke lapangan terbang itu, sejauh kira-kira 1km.

Laungan "Daulat Tuanku" bergema di lapangan terbang itu sebaik sahaja pesawat khas yang membawa baginda mendarat di LTSM pada kira-kira pukul 10 pagi.

Tuanku Mizan diiringi oleh Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dalam penerbangan dari Kuala Lumpur.

Kebarangkatan pulang baginda disambut oleh anggota MPPR Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail, Menteri Besar Datuk Ahmad Said, para anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu.

Bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga Adun Jerteh, tidak kelihatan di lapangan terbang itu.
The image “http://buletinonline.net/images/berita2/tuankupulang3.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Bacaan doa selamat diadakan sejurus selepas Tuanku Mizan berangkat tiba.

Semasa manaiki kereta untuk berangkat meninggalkan lapangan terbang itu, baginda berkenan bersalaman dengan beberapa orang yang berbaris di sepanjang jalan itu.

Baginda berangkat pulang ke negeri ini untuk menyertai FEI/ISN/EAM-Malaysia Endurance Circuit 2008 di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu, yang akan bermula pada pukul 4 petang ini.

Setengah jam sebelum itu Pemangku Sultan Terengganu Tengku Muhammad Ismail tiba di lapangan terbang itu dengan pesawat khas lain dengan diiringi seorang lagi anggota MPPR iaitu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Tengku Muhammad Ismail menunggu ketibaan ayahanda baginda di bilik khas di LTSM sebelum berangkat menuju ke istana.The image “http://buletinonline.net/images/berita2/luarbiasa7.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Majlis sambutan keberangkatan pulang Tuanku Mizan, dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) bagi menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi rakyat terhadap baginda.

Dua hari lepas, Mampat telah mengadakan kempen menggumpul tandatangan rakyat sebagai tanda taat setia mereka kepada Sultan Terengganu.

Rakyat negeri ini juga memasang riben kuning pada kenderaan masing-masing bagi memperlihatkan sokongan terhadap baginda.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Chelsea & 2 Orang Yahudi Akan Bermain Di Malaysia  





Menurut Yahoo! Sport News, persefahaman dibuat oleh FAM dan Pasukan Chelsea untuk membenarkan pasukan Chelsea bermain di Malaysia dalam siri jelajah pasukan Chelsea ke Asia sebagai persiapan EPL musim 2008/9 termasuklah dua orang warga Israel Avram Grant dan Tal Ben.

Sejarah Kekejaman Israel

Aku secara peribadi amat menentang tindakan FAM ini, kerana Malaysia tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara haram Israel. Bukan itu sahaja Israel dan Yahudi merupakan kaum yang amat dilaknat oleh Allah kerana kekejaman mereka terhadap umat Islam termasuklah dalam siri pembunuhan nabi-nabi dan para rasul yang dilantik oleh Allah. Termasuk cubaan mereka untuk meracun Baginda Rasulullah SAW.

Sehingga kini, regim zionist Yahudi masih berterusan melakukan kekejaman kepada rakyat Palestin dan negara-negara Arab yang lain. Adakah FAM yang diterajui oleh Khairi Jamaluddin masih ingin membela mereka?? Adakah kerana semata-mata kerana kepentingan pembangunan bola sepak, kita membelakangi negara dan agama??

Aku amat berbesar hati jika Presiden FAM, DYMM Sultan Ahmad Shah melakukan sesuatu dalam kes ini.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Lupa Upload Gambar Birthday Huda  


Camana aku bleh lupa nak upload gambar besday anak aku sorang nih....bukan apa, gambar tatau letak kat folder mana. Bayangkan gambor kat PC buruk aku nih(tp power baru updrade...hehe) lebih 4000 keping....uhuhu. Aku lak x sempat lagi nak organize gambor2 latest terutama lepas PRU12 nih...uhuhuuuu

Btw, selamat ulangtahun ke 4 dari babah...jgn nakal ye sayang. Belajar rajin2 sampai obesi....duit abah support, takyah la buat loan PTPTipu tuh yer cyg bucuk....:p

Jom tengok gambar dia dari baby => kat sini

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Daulat Tuanku : Kami Rakyat Bersama Tuanku  


Daulat Tuanku, kami akan tetap bersama Tuanku, walaupun ada pihak yang cuba utk menderhaka kepada pihak istana. Kami bertambah sedih, kerana pihak yang menderhaka itu mendakwa merekalah pejuang sebenar orang Melayu dan kononnya merekalah yang sanggup berkorban untuk membela Institusi Kesultanan Melayu. Mereka harus dihukum pancung atau sula selayaknya....

DAULAT TUANKU.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Komisen Adsense Lebih Pantas Dengan Western Union  





Semalam aku withdraw komisen Google Adsense menggunakan servis Western Union Quick Cash. Sebenarnya ini first time aku guna servis Western Union nih, dan servis ni merupakan mod pembayaran paling cepat program Google Adsense.

Sebelum ni macam2 persoalan timbul dlm kepala otak aku, kat mana agent dia, berapa caj (isu besar gak nih), kalau takde bin tak pe ke....akhirnya isu tu terjawab semalam.

Bagaimana untuk mengeluarkan duit dengan Western Union??


Rupanya agent Western Union ni kat CIMB jer (atau BSN). Tiada caj dikenakan sbb ianya dah dibayar oleh pihak yg menghantar wang tersebut (Google Adsense). Berbeza dengan cek, pelanggan akan dikenakan caj oleh bank bila nak clearkan cek tersebut.

Persoalan jika TIADA BIN / BINTI juga tiada masalah.

So, sesiapa yang nak keluarkan duit melalui Western Union ni sila isi borang dengan maklumat yg terdapat dalam Statement of Earnings.

Komen aku pilih la mod pembayaran Western Union Quick Cash ni sbb paling cepat dan yg paling penting tiada caj dikenakan. Lepas tu bleh la pegi western food plak...hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Hosting Murah RM10 Setahun??  

Sahaja teringin kot nak tukar ke hosting berbayar, so aku try la survey pakej2 web hosting nih. Kalau taip 'webhosting' kat Google atau Yahoo!, bersepah2 jumpa hosting berbayar nih.

Lastly terbacalah satu blog yg review (bukan review pun, cuma ringkasan) di http://hosting4budget.blogspot.com tentang hosting murah kat Malaysia.

Terkejut gak ada rupanya yg hosting berharga RM10 setahun yang ditawarkan oleh http://www.anjungcafehosting.com. Ingat beli ayam apa 10 hinggit?? hehe

Btw, aku saja nak kongsi apa sebenarnya 'Hosting' nih, apa plak beza dengan 'Domain'.


Hosting

Menurut Kamus Dewan Sivik dalam kepala otak aku nih, hosting atau web hosting atau internet hosting kira cam tempat parking web kita kat internet la. Hosting provider ada server dia sendiri utk kita parking website kita kat situ.

Tak paham?? Tak paham baca nih, (dipetik dr Wikipedia.org)

An Internet hosting service is a service that runs Internet servers, allowing organizations and individuals to serve content to the Internet. There are various levels of service and various kinds of services offered.
Domain

Domain ni alamat website tuh. Apa nama beli domain? Beli domain maknanya kita beli domain dengan khas. Contohnya izali.com. izali.net, izali.org dan macam2 lagi. Sebelum kita pilih kat domain yang kita berkenan, kita kena merisik dulu sama ada bunga dah dipetik orang. Err gitu la lebih kurang. Boleh domain cek kat sini.

Setakat yang aku survey, domain paling murah ialah kat JomHost.com dengan harga RM35 sahaja (macam beli pampers jek..hehe).

Ps: saja survey kot 2-3 tahun lagi nak buat website professional....:p

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Salam Maulidul Rasullah SAW  


Ni gambar perarakan Maulidul Rasul yang dianjurkan oleh sekolah isteriku, SMK Saujana Utama, Sg Buloh.

BTW, bersempena Maulidur Rasul marilah kita memperingati segala pengorbanan Baginda SAW dengan mengamalkan semua sunnah Rasulullah sama ada secara lisan atau perbuatan (fi'liyyah). Belajarlah Fiqh daripada Sirah Rasulullah dan bukanlah membaca Sirah semata-mata. Banyak perkara yang menjadi yang menjadi kekeliruan hari ini boleh diselesaikan dengan Fiqh Sirah - iaitu Sunnah Fi'liyyah Rasulullah sendiri.

Sunnah Fi'liyyah Rasulullah yang paling agung ialah menegakkan Negara Islam di Madinah yang wajar dijadikan teladan dalam pemerintahan sesebuah negara. Jika masyarakat majmuk dijadikan alasan, maka Ralullulah turut menjadi pemimpin masyarakat majmuk yang bukan sahaja terdiri dari golongan Muhajirin dan Ansar, malah golongan Yahudi dan Nasara, serta puak munafikin.

Wallahu A'lam.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Kerja Kosong Terkini...