Cuti-cuti Malaysia : Bukit Merah Laketown Resort
at Tuesday, June 10, 2008
Ni sebenarnya program mengejut sempena Hari Guru pada 17-18 Mei 2008 baru-baru ni. Bukan apa, aku sebenarnya lansung tak ingat Hari Guru ni, so untuk cover balik aku ajak la wife aku ke Bukit Merah Laketown Resort, Perak bersama 2 orang sabahat baik aku, Romzi dan Zaidi.
Oleh kerana kami pergi mengejut, kami tidak membuat reservation. Tapi nasib kami agak baik kerana dapat menyewa sebuah apartment 3 bilik yg berhadapan tasik dengan harga RM200 semalam.
Tapi pengalaman aku di Bukit Merah tidaklah sehebat yg diwarkan, sbbnya kawasannya agak panas dan kurang berangin. Walaubagaimanapun tarikan utama ialah Bukit Merah Waterpark dengan tiket beharga RM21 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak atas 90 cm.