Finally  

Faizatul Wafa' (lagi gambar di sini)

Finally, aku berjaya gak update blog. Ni pic anak aku yg ke 4 Faizatul Wafa yg dilahirkan di Pusat Bersalin Umra, Shah Alam pada 18 November 2009 dengan berat 2.7 kg sahaja. (3 bulan baru nak update...uhuhuu)

Wafa' ni maknanya 'orang yg menunaikan', maksudnya org yg menunaikan tanggjawab, menunaikan hutang. Pendek kata rajin la kot. Insya Allah...

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Paintball @ Mudtrekker  

Aksi bergaya selepas tembak musuh. Puas hati aku.

Hobi bertukar main paintball plak. Ish bila aku nak beli own marker nih. Tippman X7 ok gak tp rega bleh bayar rumah aku sebulan. Ish pasar malam takde jual ke?? Susah sgt main pistol air je la....

Btw, ni masa kitorang main kat Mudtrekker, Kuang. Battlefeld lagi ganas dan lasak dari Tanamera. Betul-betul hutan. Risau gak main kat sini, takut sesat sampai ke Siam la plak. Tapi bila cerita kepuasannya...pergh. Tp teringin nak main kat dalam building, cam kat PWTC atau KLCC. Ala2 komando gitu. Err bleh ke??

Tp next battle time cuti sekolah plak. Adeh melepas lak peluang nak berjihad.
.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Proton Exora TV Commercial  





Cun gak, bleh beli nih....err semua nak beli. hehe. Tp takkan 125hp jek??

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Main Hujan di Tasik Perdana  


Tatau nak tulis apa....titik
Posted by Picasa

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

EPL and My Kiddos...  

Faizatul Fatihah...MU fan.

Faizatul Huda...Arsenal fan.

Faiz Irfan...Chelsea fan

aku?? ceilling fan....haha

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Test Update Blog  


Pantai Indah Seaview Resort


Gunung Ledang Resort

Lama betul tak update blog, takde benda nak merapu, dek kekalutan kepala otak aku nak memahami Article 16 (6) Perak Constitution, bleh ke Sultan Perak pecat MB?? Perlembagaan mana lak dia ada kuasa pecat MB? Macamana nak lantik MB baru jika MB lama masih belum dilucutkan jawatan atau meletak jawatan??

Nak lucut jawatan bukan melalui undi tidak percaya ke?? Nak undi tak percaya bukan kena ada sidang dun ke?? Belum lagi cerita pasal speaker...

Ish konfius aku nih....kalo lawan kata derhaka, tap sultan sendiri pun tak ikut perlembagaan ikut Fasal 16(6) tuh...

Errr...gambar takdo kono mengono dengan aku merapu nih. hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Selamat Hari Raya Aidil Fitri  


Salam Aidilfitri,

Lama betul tak update blog. Bukan sibuk sangat, bukan takde line stremyx, sedangkan kat rumah dan ofis ada wireless. Boleh berblog sampai dalam bilik atau toilet kalo nak, tp rasa malas sangat nak update blog. Kesian plak kat pengunjung tetap blog nih.

Ok la, tanak mengomel panjang, di kesempatan ni hamba sekeluarga ingin memohon maaf kepada sesiapa yg mengenali diri ini. Maaf zahir dan batin.

Seperti biasa, rumah kami tiada 'open house' sbb rumah kami sentiasa 'open' untuk beraye. Bukan ape, di hari raya la kita nak bermesra dgn semua tetamu yg datang. Kalau buat open house takat salam, makan lepas tu blah, tak sempat nak beramas mesra. Tp jgn risau lah, juadah istimewa tetap menanti. Datang jgn tak datang...

Tak lupa juga buat rakan Msjbox, jangan serik dtg umah aku esp pakcik Shai, Shida n princess, Umie, Azkam n frens serta Retna n kiki yang sesat entah ke mana (gambar di sini). Tidak dilupakan juga sahabat semasa di SMKA Tok Jiring, UM, UiTM, Bank Islam dan sahabat seperjuangan. Rumahku sentiasa terbuka utk kalian.

Akhir kata, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Posted by Picasa

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Aksi Juara 'cilik' Ihtifal PASTI 2008  



Aksi Sang Juara 'cilik' mendeklamasikan sajak.


Aku amat terpaku melihatkan dua orang pelajar PASTI diatas yg menjadi peserta dalam Ihtifal PASTI 2008 peringkat Kuala Selangor yang diadakan di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh. Amat mengagumkan lagi, kanak-kanak lelaki tersebut baru berumur 4 tahun.

Lihat rakaman video kumpulan Nasyid yang menjadi juara dan aksi-aksi para peserta yang sempat aku rakam di bawah:



Kumpulan nasyid yang menjadi juara dar PASTI Al-Wafi



Gelagat para peserta, ibu bapa dan penonton.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Kerja Kosong Terkini...