Lagi-lagi Masjid Kristal Terengganu
at Saturday, June 14, 2008
Balik kampung baru-baru ni aku berkesempatan utk melawat masjid yang paling kontroversi iaitu Masjid Kristal. Masjid ni tak la jauh sangat, lebih kurang 10 minit perjalanan dari rumah orang tu aku. Masjid yang terletak di Pulau Wan Man ini boleh boleh dilalui menerusi tambak yang dibina tidak jauh dari Muzium Negeri Terengganu, Losong.
Sepanjang perjalanan kami, aku agak kagum dengan ciri-ciri binaan masjid ini, cuma keadaan infra masih belum siap sepenuhnya. Boleh tengok video dan gambar yang aku paparkan.
Cuma aku merasa amat sedih bila kaki mula menjejaki dewan masjid, kerana pelawat langsung tidak menghormati masjid. Jauh sekali untuk menunaikan solat sunat, kebanyakan pengunjung begitu hingar membuat bising, membiarkan anak-anak berlari, malah mereka sibuk untuk bergambar sehingga lupa mereka sebenarnya di dalam masjid. Para pengawal juga tidak bertanggungjawab membiarkan ini berlaku.
Lagi video...
Entri lepas tentang Masjid Kristal di sini.