Al-Fatihah : Dato' Ishak Baharom pergi meninggalkan kita  

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.

Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.

Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.

Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.

Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.

Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.

Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Dato' Ishak Baharom koma...  

Diberitakan bahawa Sahibus Samahah Dato' Seri Utama DiRaja Dato' Haji Ishak bin Haji Baharom (Bekas Mufti Selangor) sedang koma dan telah di kejarkan ke Hospital Sg Buloh pagi tadi. Bersama kita doakan kesejahteraan dan kesihatan beliau.

Sahibus Samahan Dato' pernah berkhidmat sebagai Mufti Selangor pada 1985 - 1997. Aku masih teringat kes beliau menahan peserta-peserta ratu cantik yang beragama Islam satu masa dulu, beliau dikecam hebat oleh pimpinan-pimpinan negara pada masa itu sehingga membawa kepada pemecatan beliau. Kes ulama' dipinggirkan sudah lama berlaku dalam sejarah pemerintah kerajaan yang mengaku negara Islam, jadi aku tidak hairan kalau ianya berlaku di Malaysia, sebuah negara 'Islam Hadhari'.

Aku beberapa kali mengikuti kuliah beliau di Taman Ehsan, Kepong. Dengan suaranya yg agak sentimental aku kadang-kadang mengantuk jugak, tapi ucapan beliau penuh dengan pengisian dan keinsafan, maka tak jadi aku melelapkan mata. Cuma aku cukup kagum, walaupun sudah uzur, beliau masih meneruskan tugas-tugas sebagai seorang ulama' yang disegani. Cuma sayang sekali beliau tidak ada tempat lagi di media arus perdana negara kita.

Kita doakan semoga beliau cepat sembuh. Amiin.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Proton SAGA 2008 RED vs Mitsubishi Evolution 10  

Mitsubishi Lancer Evolution 10

Proton SAGA 2008 RED Design

Serupa tak?? Sekali pandang SAGA 2008 RED Design (gambar dicilok dari blog Reez) mmg superb, nyaris2 nak overtake Evo 10. Caya la...

Kalau lah SAGA ni dilengkapkan dengan enjin 1.6 atau 1.8 serta dipasang dengan sistem turbocharge, sure lebih power dan boleh bersaing di pasaran yg lebih kompetetif. Kalau tak sampai 290hp mcm EVO10, at least dapat 180hp pon dah ok.

Sape nak beli SAGA 2008 RED Design (290hp??!!) leh konteki:

Syam @ 019-3487887 - Klang Valley <= nih jiran aku Amir @ 0197744641 - Johor, Melaka, NS <= nih adik aku

ps: ya ya mcm aku nak beli keter nih, anak berderet 3 org nak letak mana?? haha...

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Al-Fatihah : Pak Suharto Kembali ke Rahmatullah  

JAKARTA (Indonesia): Former Indonesian president Suharto, an army general who crushed Indonesia's communist movement and pushed aside the country's founding father to usher in 32 years of tough rule that saw up to a million political opponents killed, died Sunday. He was 86.


"He has died,'' Dr Christian Johannes told The Associated Press, adding that he died at 1.10pm (2.10pm Malaysian time).


Dozens of doctors on Suharto's medical team had been rushed to the Pertamina Hospital in the capital, Jakarta, after his blood pressure fell suddenly Saturday night. Suharto had slipped out of consciousness for the first time in more than three weeks of treatment, doctors said.


Suharto, had been in intensive care with lung, heart and kidney failure since he was admitted to the hospital on Jan 4. Over the past week his physicians had spoken of a recovery, but by Sunday that had changed dramatically. - AP


Source : www.thestar.com.my

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Operasi Lalang  

tepi umah : sebelum..

tepi umah : selepas...

depan umah : sebelum..uhuhu malu nak upload.

depan umah : tadaa...selepas. mcm sama jek...

Jentera 'canggih' yg memenatkan tulang belakang yg dimport dari German.

Aku dengan bengangnya mengishtiharkan Operasi Lalang kepada lalang2 yg menceroboh ke laman rumahku. Lalang ni dari umah sebelah sebenarnya, merebak masuk...adeh.

Btw, masa beli rumah ni, kononnya nak buat lanskap cun melecun la, macam-macam pokok aku tanam. Mula2 besh, pokok membesar dengan hijaunya. Tp biasa la, mula2 je semangat pastu...hampeh. Dah le takde pengalaman. Pengalaman tanam pokok cili, kangkung ada la sikit.

So, base kpd pengalaman aku yg silap dulu tuh, bbrp tips lanskap:

1. Rumput : tanam secara penuh, bukan spot menyepot jer. Mahal x pe janji puas hati. Gunakan pasir halus sbg base.
2. Kalo tanam dlm pasu tuh, rajin2 la siram dan membaja. (ni basic, semua org tau)
3. Kalo tanam pokok yg suka membiak, (pokok ntahapekeame tu, cam pokok pisang kecik ada bunga tuh) pastikan korang kontrol akar dia, ala..mcm birth control tuh.
4. Daripada tanam pokok bunga yg tadak pekdah, baik tanam pokok buah. Contohnya kelapa sawit, sbb kelapa sawit mahal skrg nih RM570 setan. haha...ni tips bapak aku.

So, dlm byk spesies2 bunga kat umah aku tuh, aku ingat nak buang semua la, nak tinggal pokok2 buah n pokok herba yg ada pekdah skit. (Biasa la, ayat merajuk...uhuhuuu)

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Rakan MSJBOX : Fysal  

Rancak bincang masalah negara + 3 gelas air buah.

Ni kat rumah Fysal. Terima kasih bagi tumpang solat.

Baru2 ni, (err dah lama dah, cuti Maal Hijrah ari tuh), aku se famili ke Selama, Perak. Tujuan asal kami ke sana adalah untuk 'merisik' (hah!! merisik?? jeng jeng jeng...). Ye la merisik, tp bukan merisik orang tapi....biarlah rahsia.

So dah alang2 aku sampai ke sana, maka berjumpa lah dengan Fysal a.k.a Papa Ika. Ini pun kebetulan sbb dia balik jumpa anak isteri dia. Elok2 keje kat pusat peranginan Langkawi gi pindah ke pusat pengumpulan sawit...haha. Jgn marah Fysal. Cuma terkilan sbb tak sempat nak jumpa baby Ika.

Btw, aku doakan korang dapat pindah dan keje sekali, ye la sian Ika tidak dapat penuh kasih sayang dr papanya...papanya pulak sure rindu giler kat Baby Ika, terutamanya Mama Ika...muehahaha. Takpe Fysal, aku paham....

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Projek Amal Wakaf - Jariah Berkekalan  

Assalamulaikum wrt wbt

Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan yang terletak di pusat komersial Bandar Seremban Selatan kini memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai skim waqaf At Tibyan dalam usaha untuk meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur untuk memantapkan lagi sistem pembelajaran dan pengajaran anak-anak dalam bidang pengajian Islam dan ulum diniyah.

Sehubungan itu, pihak At Tibyan telah melancarkan projek Wakaf Satu Keluarga Satu Set Kerusi dan Meja yang bernilai RM50 sahaja.

Kepada mereka yang ingin menyertai skim ini, menyumbang sambil beramal, bolehlah menghubungi Ustaz Mohd Fuad Othman di talian 019-3941353 / 017-6460080.

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun berikut:

AKAUN BIMB : 14041020237336
AKAUN CIMB : 05100002631058
AKAUN MUAMALAT : 05010003041714

Kelas pengajian seperti Kelas Bahasa Arab, Al-Quran dan Tajwid, serta Tasawwur Islam juga ditawarkan.

Sila layari http://at-tibyan.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Sekian.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Speed Up My PC and Internet  

Anak2ku turut menolong semasa proses meng'upgrade'....tolong menyibuk.

Finally, selepas dipanah petir, akhir PC aku bertambah sihat, malah makin cergas. Sebenarnya yang rosak hanya USB port, so semua yg connected to USB semua malfunction spt printer, ADSL modem, Digital Camera, Pendrive dan bla2...

Oleh kerana USB tu 'build in' atau terbina dalam dengan Motherboard (papan ibu ke ibu papan??) maka aku ingat kena tukar motherboard seketul. Dah alang2 tukar motherboard, so aku upgrade la processor + memory sekali.

Spesifikasi asas PC lama : (beli pd tahun 2002...dah 6 tahun maa)

Processor : Intel Pentium 4 1.6 Mhz (Upgraded to Pentium 4 2.4 Mhz pada 2006)
Motherboard : Intel 845BG (Upgraded to MSI PM8M-V pada 2007)
RAM : 256 MB DDR PC400 (Upgraded to 512 MB pada 2003 )

so, aku upgrade ke:

Processor : AMD Athlon Dual Core 4000+ 2.1Mhz => RM218.00
Motherboard : ASUS M2A-VM => RM225.00
RAM : 1GB DDR PC667 = > RM67.00


My review:

Nak kata power rangers, tak la...sbb ni kira basic specs jek. Lagi pon aku dah lama tak layan game power2. Tp dengan keupayaan bersamaan dengan 4.0 Ghz, semua keje jadi smooth termasuk internet. Bila surfing internet terutama web yg guna byk multimedia mmg laju.

Yang paling besh bila guna Movie Editor software spt Ulead DVD Movie Factory atau Window Movie Maker terasa la macam kereta 280 hp (keter idaman tu..hehe). Tambahan dengan grafik terbina dalam 512MB ATI Radeon X1250 (shared memory) besh la jugak layan Need For Speed Undergound mahupun Solitaire.

Tp kan, motherboard lama aku tuh sebenarnya bleh guna balik, cuma beli jer USB PCI Card dengan harga RM35. So, sape nak beli angkat tangan....

Untuk dijual:

1. Motherboard MSI PM8M-V (Socket 478) = RM100 (Free USB PCI Card worth RM35)
2. Memory 256 DDR RAM PC400 = RM50
3. Memory 256 DDR RAM PC266 = RM50
4. Pentium IV 1.6Ghz (2 Unit) = RM100 each
5. Pentium Iv 2.4Ghz (1 Unit) = RM150

Semua dalam keadaan baik dan sihat (perfectly working) termasuk motherboard dah boleh guna jika install USB PCI Card tuh.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Selamat Tahun Baru 1429 Hijrah  


Doa awal dan akhir tahun.


Selamat Tahun Baru 1429 Hijrah kepada semua pengunjung blogku, (pengunjung setia @ tak setia...hehe). Semoga tahun akan datang membuka peluang dan kejayaan yang lebih besar kepada kita dunia dan akhirat. Amiin.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

DRC Football Team  

barisan skuad DRC FC, aku baju putih duduk paling kanan

antara aksi menarik cuba menyepak bola ke arah lawan...hehe

Kasut emas, ni la kasut yg byk berjasa menyumbat gol sendiri...wargkaka

Ni la, Futbol Team aku yg diberi mana DRC FC. DRC ialah singkatan Dok Rok Cettong yg diasaskan oleh kapten pasukan, Panglima Awang Hitam. Sebenarnya team ni baru setup balik sbb dah lama tak turun padang sejak FAM dilanda rasuah beberapa ketika dahulu.

So, ada branik nak lawan?? hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

New Proton Saga 2008  

Photo from www.terato.com


Proton SAGA 2008 Commercial Ads

Congratulation, finally Proton BLM : Saga 2008 open for booking to public. The price of the car expected to be RM30,000 - RM40,000 thats affordable to low-mid income Malaysian. With booking fee only RM500 you can book it now. Visit Paultan.org website for more review, photos and video.

Call my colleague to get more discount price. (and commission for me...hehe)

Syam @ 019-3487887 - Klang Valley
Amir @ 0197744641 - Johor, Melaka, NS (Singapore, Batam??!!)

Colour available.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Photo Competetion : Vote My Photos  


I join photo competetion at www.eoe.com.my name A Smile Is Worth A Thousand Words. So, appreciate if u all guyz to vote my photos.

Prizes:
1st prize – 1 x Olympus FE-280 worth RM799
2nd prize – 1 x RM300 eoe Online product voucher
3rd prize – 1 x RM100 eoe Online product voucher


Should my photos listed as a winner?? You decide it....:)

Note: photos taken at Pantai Batu Burok, Terengganu. See more photos here.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Chua Soi Lek Sex Video  





Pak Lah: Tak pe.Dia dah mohon maaf dah tu...
Najib: Isu kecil aje ni.
Zainuddin Maidin: RTM, jgn besarkan isu ini.
Anwar Ibrahim: Dulu aku kena tuduh liwat korang sumbat aku masuk dlm. penjara. Apasal dia tak kena sama? Reformasi!!
Ong Ka Ting: No.komen..

My Comment : It's a moral crisis, he should resign...

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Korban dan Aqiqah  

acara gotong royong

lepas bahagi kpd fakir miskin, apa lagi.....

yum yum...besh tak?? hehe

Mcm biasa la, aku bukan ni jenis yg update blog on time, sbb byk lagi priority yg aku kena buat. (contohnya tukar pampers anak2...haha)

Raya haji baru ni aku sambut di rumah familiku di Terengganu. Sesiapa dari Ganu - Klatey mmg tahu betapa meriahnya raya haji di sini. Tiap-tiap tahun keluargaku tidak melepaskan peluang utk berkorban, ye la setahun sekali.

Lagi pun kat kampung aku nih, acara korban dilakukan secara kongsi iaitu dibahagikan kepada 7 bahagian. Biasanya satu bahagian lebih kurang RM250 - RM350 sahaja, tak la mahal kan. Tahun ni aku dan keluargaku ambik 2 bahagian utk korban dan 1 bahagian utk aqiqah anakku.

Sesiapa yang belum belum berkorban, aku doakan kalian tercapai hajat kalin utk tahun 2008 ni, insya Allah.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Join My Yuwie Network  


A new concept in social networking

Yuwie is a new free service that offers all features you would expect from a social networking site. It's easy to use, and it's been gathering a huge amount of new users every day, because of its revolutionary system that pays users for the page views they generate from writing blogs, uploading pictures and videos, etc. It's all AD supported, users will never get charged.
  • Socialize
  • Make Friends
  • Join Clubs
  • Make Contacts Worldwide
  • Have Fun
  • Get Paid
More info or either join here.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Kerja Kosong Terkini...