Janda Baik Yang Demam & Tupai-Tupainya..  

Gambar ni bukan kat Janda Baik, tapi kat Hutan Lipur Sg Kancing.

Berita sedih lagi menyayat hati kerana tanggal 19 April 2008 iaitu hari yang sama berlangsungnya siaran langsung secara langsung majlis Ulangtahun MsjBox ke 3 di Restoran Tupai-tupai, kami sepatutnya bercamping di Hutan Lipur Janda Baik, Pahang anjuran Kelab Guru SMK Saujana Utama, tapi oleh kerana keluargaku semua demam, kami terpaksa membatalkan penyertaan di saat akhir...isk isk

Ps; Tiada tupai yang terkorban semasa entry ini ditulis, demam ada la kot...hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Selamat Hari Lahir Buat Anakku Faiz Irfan  


Pada 3 tahun lepas, di hari Jumaat tanggal 15 April 2005, isteriku selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Pusat Rawatan Islam Sungai Buloh pada jam 9.30 pagi. Syukur sbb yang pertama dapat baby boy, yang kedua nasib baik pagi Jumaat. Kalo Faizatul Huda (no 2) dulu, lahir pukul 1.25 pm hari Jumaat, kelam kabut jugak takut tak sempat solat Jumaat.

Perkataan yang suka Irfan sebut ialah 'power', skit2 power. Nampak keter sport...keter power. Nampak motor kat tv. motor power. Bila aku drive slow...babah bwk keter 'power' la skit.

Ps: Sekarang Irfan dan pun berumur 3 tahun so, boleh la kita proceed no 4 ek? Boleh ye sayang...boleh ek? hehe

Lihat Album penuh Fiaz Irfan sejak lahir hingga sekarang di sini.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Jemputan ke Majlis Ulangtahun MsjBox ke 3  


Klik gambar utk maklumat lanjut

Aku selaku salah seorang member MSJBOX yang tak berdisiplin dengan bangganyer ingin menjemput korang semua utk menghadiri Ulangtahun MSJBOX kali 3 yang ke 18 seperti butiran berikut:

Tarikh : 19 April 2008 (Sabtu)
Masa : 2.00 pm – 5.30 pm
Konsep : Warna – Warni
Makan : Ala-Carte (Anggaran Rm15)
Lokasi :
Restoren & Kafe Tupai - Tupai
51A Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia
50460 Kuala Lumpur
Tel: +603 2143 2525
Fax: +603 2144 5921

Tp berita sedihnyer, aku tak dapat join kerana tidak dapat dapat mandat 2/3 daripada anggota kabinet yang baru ditubuhkan kerana terpaksa berada di luar kawasan. So, aku mintak maaf bbyk kpd korang semua dan aku mewakili kaum kerabat diraja izali dengan ucapan I Love U Allz, dan jgn ada sesiapa yg tercedera lagi...hehe

Dan sebagai hadiah, terimalah video klip semasa MSJBOX Family Day @ PD yang baru aku upload, jom layanz...



{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Jenis-jenis Kanser Wanita & Kos Rawatan Penyakit Kritikal  

Serangan Kanser Mengikut Jantina (Sumber : Institut Kajian Nilai)

Baru-baru ini aku dijemput untuk berceramah berkenaan Takaful : Peranan Dalam Kasih Sayang Sebuah Keluarga di sebuah kilang di Petaling Jaya, Selangor. So, antara topik yang diutarakan ialah risiko wanita menghidapi serangan kanser. Berikut adalah senarai penyakit kanser yang menyerang wanita berdasarkan kajian aku :

  1. Kanser paru-paru
  2. Kanser payudara
  3. Kanser kulit
  4. Kanser ovari
  5. Kanser rahim
  6. Kangser pangkal rahim
  7. Kanser faraj
  8. Kanser vulva
  9. Kanser usus besar
  10. Kanser rektum
Aku pun tak tahu kenapa wanita lebih terdedah dengan penyakit kanser ni (selain penyakit buatan orang...hehe) tapi yang penting sekurangnya jika ianya berlaku, payung sudah disediakan. Penekanan aku semasa sesi ceramah tersebut ianlah pentingnya mengadakan satu simpanan dan dalam masa sama simpanan tersebut menjamin dana khas penyakit kritikal tanpa menjejaskan tabungan / simpanan kita.

Tahukah anda kos rawatan Penyakit Kritikal sekarang?



Ini merupakan kos rawatan di Malaysia tidak termasuk kos petrol untuk berulang alik ke hospital dan sebagainya.

So, nasihat aku, beringatlah sebelum kena, jangan terhantuk baru terngadah....

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Al-Fatihah Buat Ibu Yusni Jaafar  

Takziah buat Ibu Yusni Jaafar yang meninggalkan kita pada 2.30 pagi tadi bersamaan 23 Rabiulawal 1429 / 1 April 2008 akibat 'liver failure' di Hospital Selayang.

Semoga arwah ibu Yusni, ditempatkan di kalangan roh para anbiya', sahabat, syuhada' dan para solihin.

Al- fatihah

Berikut adalah pesanan terakhir ibu Yusni yang disiarkan di mStar Online :

"Ibu gembira ayah ada, anak-anak ibu semua ada. Lama ibu tak tidur dengan ayah, Ema, Erna dan cucu-cucu ibu. Lepas ini ibu hendak pergi jauh. Tak payah cakap siapa-siapa. Kalau siapa cari ibu kata ibu happy sangat sekarang..."

Sedih aku baca nih...isk isk

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

My Analytical Report & My Earning with Nuffnang  



Aku tatau apa yang dorang dorang suka sangat skodeng blog aku nih, sehingga unique visitor mencecah 240 orang dengan 452 pageviews. Kalau nak dibandingkan dengan blog lain yg lebih glamer 240 visitor tu kira ramai la bg aku...hehe. Sebelum ni yang paling tinggi 345 visitor pada 18 Feb 2008, iaitu lepas Family Day MsjBox di Pantai Seri Purnama, Teluk Kemang, Port Dickson.

Apa itu Nuffnang? Dan apa kelebihan Nuffnang kepada Blogger??

Nuffnang menggelarkan mereka sebagai Asia's First Blog Advertising Community. Dengan bahasa mudahnya, Nuffnang menawarkan kepada blogger atau advertiser utk meletakkan iklan dan sebagai balasan advertiser akan dibayar berdasarkan kepada unique visitor dan juga bila iklan itu di klik. Maklumat lanjut boleh ke ruangan FAQ Nuffnang.

Apa yang suka tentang Nuffnang ni bukan sebab 'make money online' dengan Nuffnang ni, sbb dalam akaun aku pun baru ada RM83.73, kalau dengan Google Adsense aku mampu dapat RM80 dalam masa beberapa hari sahaja. Tp memandangkan kita tidak perlu membuat apa2, ianya dikira sebagai 'free money'. Siapa yang tanak duit free kan??

Ok, bukan 'make money online' yang aku nak cerita, tp aku lebih tertarik dengan Nuffnang Analytical Report yang ditawarkan secara real time (atau sejam lewat). Bagi aku ianya satu bonus. Kita bukan sahaja dapat mengetahui jumlah pengunjung dan berapa pageviews, malah kita boleh tau dari mana mereka datang dan dari mana mereka mengetahui blog kita sama ada seacrh engine atau refferal lain. Kita juga boleh mengetahui keyword apa yg digunakan semasa mencari blog kita di search engine.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button