Debat Minyak : Apa Penyelesaiannya??  


Semalam aku melihat siaran ulangan Debat Khas pada pukul 1 pagi di Astro Awani. Aku tidak mahu membuat sebarang ulasan panjang, cuma apa yg boleh aku simpulkan, debat ini lebih bertujuan utk MENCARI SERIBU ALASAN DARIPADA MENCARI SATU PENYELESAIAN untuk mengurangkan penderitaan rakyat. Tiada pemenang dan tiada pengalah, sbb harga minyak akan terus kekal. Rakyat akan terus 'menikmati' kadar inflasi yang akan terus meningkat.


Baca rumusan penuh debat =>

RUMUSAN, hujah DSAI

* Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
* Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
* Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
* Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
* RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
* RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
* Maka selesailah masaalah

LAIN – LAIN HAL

* Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
* Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI’ IMF.
* Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
* Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.

AHMAD SHABERY

* Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN“
* Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
* Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakan

TAMBAHAN SIKIT

* Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi

Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.


Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?

* Zukifli Sulong

Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?

NOTA

* DSAI akan bertanding dalam pilihanraya kecil, dalam masa se singkat – singkatnya
* Adakah di Permatang Pauh ?

Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

17 comments

  • princesslavender3  
    9:16 AM

    Cam bangkai je dok dpn tv. Dok hadap org x wat homewrk p berdebat. Aku rasa nk srh je shaberi tu resign pehtu g mana2 prod. house ambik belakon jd pak guard kilang ke pe ke..

    Camtu kalu jd menteri meh aku anta anak aku je g debat.. sure membangun negara.. Tu pasal mulut berbuih2 tu.. aduhaiiii.. geli tol!

  • izali  
    9:19 AM

    shida,

    tak baik debat sentuh peribadi....hehe

  • Wah Hoo  
    9:27 AM

    memang tahupun takkan ada penyelesaiannya. Kecuali ubah kerajaan.

  • izali  
    9:42 AM

    sakuragi,

    sekurangnya pak menteri jgn la ubah fakta...bg la alasan yg agak logik. jawab soalan yang ditanya, jgn ungkit sejarah perang israel dgn negara islam atau at least bagi cadangan terbaik utk selesaikan kemelut minyak dan inflasi...

  • Anonymous  
    1:53 PM

    Saya setuju dengan rumusan hujah-hujah DSAI itu. Memang betul. Ia menyelesaikan masalah. Jika kita semua mati pupus dalam tempoh 10 tahun. Tapi kalau Malaysia terus wujud untuk 20-50 tahun lagi, penyelesaian yang dicadang itu boleh sustain atau tidak? Itu isunya. Tiada jawapan mahupun jaminan dari DSAI.

    Hujah-hujah Shabery pula begini:

    * Kenaikan harga minyak perlu kerana ia adalah tekanan global masakini. Ia dipacu oleh sistem ekonomi dunia. Ia bukan masalah terpencil.

    * Negara yang masih kekalkan harga minyak rendah, semua dilanda inflasi yang tinggi. So, menurunkan harga minyak sebenarnya bukan boleh dibuat begitu-begitu saja. Ada 'harga lain' yang akan dibayar.

    * Kita tak boleh terus memeras subsisdi PETRONAS. Sebab PETRONAS sudah berikan keuntungan/royalti lebih 90% kepada kerajaan. So, how much more we want to ask from them?

    * Kalau kerajaan terus peras, nanti PETRONAS akan hilang dayasaing. Ia akan kekurangan kapital pusingan untuk melabur di tempat-tempat lain.

    * Ya, boleh guna sumber lain. Seperti poin yang DSAI ungkitkan. Persoalannya: adakah penyelesaian itu jangkapendek atau jangkapanjang? Jangan kerana hari ini mahu turunkan harga minyak -- suatu masa pula kenaikan itu akan mendadak berganda-ganda. Kerana tabungan pengimbang sudah susut.

    * Beban rakyat memang kerajaan faham. Tapi ia ditangani dengan cara yang berbeza. Daripada bagi 'subsidi minyak' kepada seluruh penghuni Malaysia (tak kira kaya, miskin, tak kira orang asing, orang tempatan): bukankah lebih baik subsidi itu diberi dalam bentuk yang lebih spesifik?

    * Contohnya: perlupusan cukai rakyat bagi yang bergaji RM2K. Bayaran subsidi tunai kepada pemilik kenderaan kuasa rendah (baca: bukan mewah). Menambah peruntukan kepada pembangunan golongan kelas sederhana dan rendah (contoh: seperti koridor pembangunan yang mengutamakan industri kecil dan rakyat dari kawasan pedalaman). Ini adalah contoh insentif yang terfokus. Bukan insentif minyak yang dinikmati oleh semua orang.

    TAMBAHAN POIN:
    Anwar dok kata masalah harga minyak itu disebabkan oleh: penyalahgunaan kuasa, pengurusan yang tak cekap dan rasuah. Itu tuduhan Anwar. Tapi Shabery jawab dengan bijak. Dia kata itu tiada kaitan, sebab seluruh dunia mengalami masalah yang serupa. Ini bukan unik kepada Malaysia saja. Dan bila Anwar sebut isu-isu spekulasi itu: sebenarnya Anwarlah yang segaja mengheret tentang sejarah dan kisah silam dia sendiri. Sebab semua elemen itu turut diternak semasa dia jadi Menteri Kewangan bertahun-tahun. Jadi persoalannya, kalau dulu dia tak boleh selesaikan -- kenapa sekarang baru mahu selesaikan? Adakah sebab memang isu itu sukar? Atau, adakah sebab Anwar sendiri tidak cekap ketika itu?

  • izali  
    2:27 PM
    This comment has been removed by the author.
  • izali  
    3:03 PM

    sdr rem,

    pertama, royalti pertonas kpd kerajaan bukan 90%, patutlah sdr tidak berani mengemukakan fakta, sbb fakta tersebut nyata sekali silap...

    2. anwar tidak menyarankan utk mengambil duit petronas langsung. RM5b dana khas yg disebut bukan duit petronas, tetapi hasil yg TELAH DIBAYAR oleh petronas kepada kerajaan. maknanya ianya adalah duit milik penuh kerajaan yg TELAH DIBAYAR oleh petronas. Petronas tiada kena mengena dlm pelan tindakan ini. so, tiada kena mengena kekurangan kapital pusingan pelaburan dan sebagainya.

    3. walaupon ianya langkah sementara kita masih mempunyai komiditi lain yg mempunyai nilai tinggi dlm pasaran spt kelapa sawit yg mencecah RM680 setan.

    4. syarikat kroni? mmg betul...brp billion yg telah kerajaan bayar utk bail out UEM Renong, MAS, TNB, Perwaja Steel?? ke mana kes perwaja steel berakhir?? adakah saudara mahu mengganti RM13 billion subsidi yg dibail out dr duit kerajaan???

    begitu juga kes2 kerugian bank2 yg diserap oleh dana harta dan dana modal...spt isu merging antara commrce dan bank bumiputra, philleo allied dan maybank...bukankah sykt tersebut dimiliki oleh kroni?? siapa tokey besar cimb bank sekarng kalo bukan kroni???

  • Anonymous  
    5:44 PM

    Izali: "perbincangan menjadi amat panjang melipitu pelbagai aspek makro dan makro ekonomi...dan its will never end."

    Itu yang gagal diperjelaskan oleh Anwar. Aspek makro dan mikro ekonomi. Yang dia nampak cuma subsidi minyak untuk rakyat saja. That's fine. Nak bagi sangat, bagilah. Tapi implikasi lain, bagaimana? Soal inflasi. Soal kebergantungan berterusan. Soal hilang tabungan domestik (i.e. sebab kalau itu disubsidikan kepada rakyat -- ia akan mengalir dalam bentuk perbelanjaan habis-pakai. Bukan jadi pelaburan yang produktif).

    Izali: "tp cuma few things, merujuk komen sdr di blog sy royalti minyak adalah 90%. mana sdr dpt info sesat tersebut???"

    Sdra tahu tak apa yang saya rujuk itu? Tentang keuntungan PETRONAS yang disalur kepada kerajaan – dalam pelbagai bentuk? Tentang konsep bahawa minyak adalah hak Negara. PETRONAS Cuma dapat upah sejemput untuk mengurusnya. Faham ka?

    Izali: "isu ketirisan, yes...brp billion subsidi yg ditanggung oleh kerajaan utk bail out sykt kroni spt perwaja steel (RM13billion) uem renong, mas, termasuk beberapa bank antaranya bank bumiputra. dan siapa tokey besar cimb bank skrg kalo bukan kroni?? beliau org no 10 terkaya di malaysia skrg ini..."

    Pertama, bila masuk bab kroni ini, DSAI bukan orang terbaik yang patut cakap. Orang yang berlumur mukanya dengan taik, jangan pandai-pandai bercakap tentang taik orang lain. Ini bukan serangan peribadi kepada DSAI. Ini adalah nilai perseptif terhadap kredibiliti dan personaliti politik beliau. Bila Anwar cakap pasal tiris, memang patut Shabery mengungkit kisah silam Anwar. Sebab Abnwar hanya bermain spekulasi. Andaian dan generalisasi simplistik.

    Kedua, habis -- apa mau dibuat dengan syarikat yang bermasalah ini? Dibiar hangus bankrap? Kemudian menjana pengangguran? Kemudian merencat kitar ekonomi hiliran yang lain (spt. industri-industri terbitan yang terjana: misalnya Kak Peah yang menjual nasi lemak di kantin syarikat)? Zaman Anwar dulu, lagi banyak syarikat yang dia bail out. So, sekarang apa masalahnya? Ya, bila masuk bab kroni, saya pun tak suka. Tapi kalau MAS dibiar bankrap: bayangkan natijah kepada ekonomi makro Malaysia! Ke mana pekerjanya akan pergi? Kita mau naik flight mana untuk perjalanan antarabangsa? Bukankah itu nanti akan menyebabkan pengaliran wang ke Negara asing berlaku lebih rancak kerana terpaksa gunakan kemudahan mereka? Sekadar satu contoh.

    Izali: "Cadangan sementara?? ABSOLUTELY NO, kita masih mempuyai simpanan gas asli yg besar yg tidak diutilise sepenuhnya. kita juga masih mempunyai komoditi berharga yg spt kelapa sawit yg harganya sudah meningkat RM680, kerajaan sudah seharusnya memikirkan sumber alternatif yg lain.."

    Simpanan gas yang tak diutilise sepenuhnya? Berapa banyak? Sampai bila: 10, 20, 50, 80 tahun? Kalau ada takungan 100 tahun pun – masih tak cukup bagus! Dan paling penting: bolehkah gas asli mengambil peranan petroleum secara totok-totok begitu?

    Kelapa sawit -- yang ini pun hujah bangang. Pertama, harga komoditi kelapa sawit tidak menentu. Sebab ada banyak saingan minyak lain. Juga sebab faktor climate change. Lagipun, kapasiti pengeluaran minyak sawit ada ambang maksimanya. Bukan boleh produce, produce, produce dan produce – hingga infiniti. Habis siapa nak guna kalau banyak sangat?? Kedua, kita ada krisis makanan. Kita tak boleh luaskan lagi ladang kelapa sawit sebab kita kena revolusikan sistem pertanian negara dengan segera. Dari tanaman komersial kepada tanaman makanan.

    Sumber alternatif lain? Ya, apa dia. Tolong bagitau? Apa? Kalau ada, bolehkah sumber itu mengukuhkan tabungan domestik negara sebagaimana yang dilakukan oleh proses penjimatan subsidi minyak? Jawab! Sebab tabungan domestic sangat penting sebagai langkah penampan jika berlaku kebejatan ekonomi dan serangan ‘kapitalisme’ (macam episod 1998).

    Izali: "petronas akan rugi?? operasi petronas di malaysia hanyalah 26% dah selebihnya di luar negara, sbb itu petronas merupakan syarikat ke 8 paling untung di dunia....setakat hari ini (6 bulan) kerajaan sudah pon membayar lebih RM60 billion kpd kpd kerajaan, berbanding RM80 billion shj utk 2007"

    So, apa poinnya? Boleh bagi penjelasan sikit?
    Kalau dikata: PADA KETIKA INI Petronas adalah syarikat yang sangat untung. Boleh bayar kerajaan sehingga RM60 billion setakat ini. Nah, bukankah itu cekap? Itu tandanya Petronas berdaya-saing di bawah modus kawalan BN. So, if everything is in order: kenapa nak campur tangan dengan polisi BN terhadap proses kawalan harga minyak (dan bagaimana PETRONAS dioreintasikan)? Hujah sdra itu sebenarnya menyokong BN. Bukan menyokong PR.

    Izali: "so, RM5 billion dr anggaran RM120 biliion thn ini utk kurang 50 sen tak boleh?? RM13 billion utk perwaja boleh plak...."

    Memang boleh. Sebab subsidi kepada Perwaja akan adalah berbentuk pelaburan produktif. Menghasilkan pekerjaan. Ia menjana sistem ekonomi hiliran. Ia boleh 'memberanakkan' duit tersebut -- lalu mengukuhkan tabungan domestik. So, pulangan dalam jangkamasa panjang lebih positif kepada negara secara keseluruhan. Ini ciri ekonomi yang mapan.

    Tapi subsidi RM5 billion untuk minyak itu akan ke mana? Ia adalah pelaburan tak produktif. Ia akan jadi penggunaan habis pakai. Lebih sedih lagi, yang habis pakai ini pun... tidak sampai 50% yang benar-benar dipakai oleh rakyat Malaysia yang betul-betul perlukannya. Ia turut dikongsi oleh penduduk asing, pendatang haram dan syarikat-syarikat multi-nasional.

    You get the picture?

  • izali  
    5:52 PM

    yes i the picture. clearly before reading ur comment....

    yes it's true bail out MAS, UEM Renong utk menyelamatkan sykt tersebut drpd bankrap. Tapi kenapa sykt tersebut bankrap?? kenapa perwaja bangkrap?? kenapa perwaja dikaitkan dgn kerugian billion ringgit, dgn sebuah sykt di hong kong??

    dan siapa pula di belakang tabir kerugian sykt2 tersbut??

  • izali  
    6:22 PM

    sekadar tambahan...

    yes i got the picture clearly bofore reading ur post....

    royalti yg ditermia kerajaan bukannlah 90% thats the fact, u shud admit it., even inclusively non-monetary benefit, it will not reach 90% or even 50%

    Betul, kita tidak boleh biarkan MAS dibiarkan bangkrap. tp kenapa saham MAS dibeli dgn harga RM8 seunit sedangkan harga sebenar dlm lingkungan RM4 sahaja oleh kerajaan melalui khazanah nasional???

    Tp selepas bail out apa jadi kpd staff MAS?? Siapa yg makin kaya dan siapa yg makin miskin??

    sumber alternatif?? aku agak idealistik kalo malaysia ikut sweden gunakan etanol ganti petrol tp tak payah la ideal sgt. untilise gas asli atau ngv. sekurang for next 5 years kita dah jimatkan 20-40% penggunaaan petrol/disel dr 600 juta tong production sehari...

    thahs why, KERAJAAN SUKA MENCARI 1000 ALASAN DRPD 1 PENYELESAIAN... dan hasilnya rakyat miskin terus sengsara, kroni2 makin kaya...

    ps: Yes minyak bukan indicator kenaikan inflasi, tp inflasi is one of major factor dlm kenaikan inflasi...faktor inflasi dlm buku text spm pon ada..hehe

    i like to diskus with u professionally, but your word very rude, like taik kucin bla bla. so i think u better debate with orang utan...

  • zura lias  
    10:41 PM

    aku rase,bukan seribu alasan je..sekurang-kurangnya ade seribu otak yg leh pikir ape yg bagus n ape yg x bagus..

    tp aku palin x suke..kenape die x jwb isu pasal transport tu..aku mmg tertunggu-tunggu shabery jwb pasal isu transport..sbb itu mmg janji paklah,kurangkan subsidi utk tingkatkan public transport..so,dh ade balance..utk ape lak lebihan tu diorg nk gune..

  • Anonymous  
    11:34 PM

    tu la, nak tau jugak mana peginya peruntukan RM4.13 billion yg kononya utk naik taraf pengangkutan awam. tambang bas express, bas skolah tak turun, makin naik ada...

    jika subsidi makanan diberikan, kenapa harga makanan lebih mahal dgn kenaikan hingga 30 peratus?? contohnya beras...

    aku bayar cukai beb....

  • Anonymous  
    8:41 AM

    Izali saya qoute ini dari Blog Dr Ramzah "Yes minyak bukan indicator kenaikan inflasi tapi inflasi is one of major factor dalam kenaikan inflasi" Saya kira anda ingin tulis kenaikan harga minyak instead of inflasi.

    Saya tak pernah baca buku teks SPM, tapi jika dari membacanya anda come out into conclusion kenaikan harga minyak itu penyebab inflasi, sama ada pengarang itu sasau (saya tak fikir dia sasau) andalah sebagai pembaca yang tak faham. Kita nak baca apapun waima novel sampah yang penuh adegan romen-romen pun perlu berguru, jadi kita tak tertipu bahawa semua yang penulis tu tulis boleh kita buat. Contoh menjilat burit dan kelentit.

    I don't know awak ini backgroundnya apa tapi memang sangat bodohlah kalau anda fikir kenaikan harga minyak adalah "MAJOR" factor dalam inflasi.

    Hasil dari pengamatan saya, inflasi adalah disebabkan oleh pengguna sendiri, bagaimana pengguna memberikan respon terhadap kenaikan harga pada sesuatu barangan. Saya kira amat perlu bagi anda membaca bersama kadar keanjalan keluk permintaan bersama dengan inflasi.

    Izali,

    Kalau kita nak kata harga minyak major factor dalam inflasi, adakah dalam buku teks itu ada cerita inflasi boleh terjadi dalam oleh 2 setuasi ini, sama ada demand pull inflation or supply push inflation. Kalau buku tu tak ada cerita, makanya maafkanlah saya atau remark yang agak brutel sebentar tadi. I guess awak patut baca atau belajar lebih lagi pasal inflasi, sebelum membabi buta memberikan komen yang memalukan bangsa kita sahaja.

    Saya malas nak menceceh pepanjanglah sebab saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena jah dengan sistem pendidikan kita, belajar pandai-pandai pun tapi tak faham pasal inflasi. Kalau tak faham sebab dan akibat inflasi cam ner nak curb inflation?

  • izali  
    9:24 AM

    mardhiah,

    kenaikan minyak bukan satu2 faktor inflasi, byk lg faktor lain mempengaruhi inflasi.

    tp inflasi di melaysia pd tahun 2005 adalah sekitar 3 peratus. inflasi terus meningkat hingga dilaporkan skrg mencecah 6-8 peratus.

    yes, inflasi dipengaruhi oleh supply n demand. tp apa yg mempengaruhi supply n demand?? apa yg mengubah keluk / curve tersebut??

    apa yg mempengaruhi permintaan pengguna dlm pasaran??

  • izali  
    9:42 AM

    lagi satu mardhiah,

    tak perlu lah mencarut dgn istilah2 lucah dlm blog sy ni, kalo u ada 3-4 phd pon kalau tiada akhlak, tiada guna 1 sen pon.

    watch ur mouth....

  • Anonymous  
    3:59 PM

    mardhiah,

    jadi awak setuju laa harga minyak naik? awak mampu sangat la nak bayar ek? ni mesti orang kaya or kroni kerajaan BN-Umno ni...tu yang setuju sangat kerajaan naikkan harga minyak...masalahnya naik mendadak sangat sampai menyusahkan orang dalam masa yang teramat singkat...bagitau pun kurang daripada 24jam...and kalau nak tau, hari ni minyak dah start turun banyak, USD 6, rekod dalam 17 tahun...so ape lagi alasan kerajaan? mungkinkah ada alasan lain kenapa harga minyak tak boleh diturunkan?

  • izali  
    4:40 PM

    fariz

    betul ,harga minyak turun $134.60 per barrel hari ini. Nampak gaya petronas rugi la...hehe

Post a Comment