Salam Maulidul Rasullah SAW  


Ni gambar perarakan Maulidul Rasul yang dianjurkan oleh sekolah isteriku, SMK Saujana Utama, Sg Buloh.

BTW, bersempena Maulidur Rasul marilah kita memperingati segala pengorbanan Baginda SAW dengan mengamalkan semua sunnah Rasulullah sama ada secara lisan atau perbuatan (fi'liyyah). Belajarlah Fiqh daripada Sirah Rasulullah dan bukanlah membaca Sirah semata-mata. Banyak perkara yang menjadi yang menjadi kekeliruan hari ini boleh diselesaikan dengan Fiqh Sirah - iaitu Sunnah Fi'liyyah Rasulullah sendiri.

Sunnah Fi'liyyah Rasulullah yang paling agung ialah menegakkan Negara Islam di Madinah yang wajar dijadikan teladan dalam pemerintahan sesebuah negara. Jika masyarakat majmuk dijadikan alasan, maka Ralullulah turut menjadi pemimpin masyarakat majmuk yang bukan sahaja terdiri dari golongan Muhajirin dan Ansar, malah golongan Yahudi dan Nasara, serta puak munafikin.

Wallahu A'lam.

Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

0 comments

Post a Comment