Hosting Murah RM10 Setahun??  

Sahaja teringin kot nak tukar ke hosting berbayar, so aku try la survey pakej2 web hosting nih. Kalau taip 'webhosting' kat Google atau Yahoo!, bersepah2 jumpa hosting berbayar nih.

Lastly terbacalah satu blog yg review (bukan review pun, cuma ringkasan) di http://hosting4budget.blogspot.com tentang hosting murah kat Malaysia.

Terkejut gak ada rupanya yg hosting berharga RM10 setahun yang ditawarkan oleh http://www.anjungcafehosting.com. Ingat beli ayam apa 10 hinggit?? hehe

Btw, aku saja nak kongsi apa sebenarnya 'Hosting' nih, apa plak beza dengan 'Domain'.


Hosting

Menurut Kamus Dewan Sivik dalam kepala otak aku nih, hosting atau web hosting atau internet hosting kira cam tempat parking web kita kat internet la. Hosting provider ada server dia sendiri utk kita parking website kita kat situ.

Tak paham?? Tak paham baca nih, (dipetik dr Wikipedia.org)

An Internet hosting service is a service that runs Internet servers, allowing organizations and individuals to serve content to the Internet. There are various levels of service and various kinds of services offered.
Domain

Domain ni alamat website tuh. Apa nama beli domain? Beli domain maknanya kita beli domain dengan khas. Contohnya izali.com. izali.net, izali.org dan macam2 lagi. Sebelum kita pilih kat domain yang kita berkenan, kita kena merisik dulu sama ada bunga dah dipetik orang. Err gitu la lebih kurang. Boleh domain cek kat sini.

Setakat yang aku survey, domain paling murah ialah kat JomHost.com dengan harga RM35 sahaja (macam beli pampers jek..hehe).

Ps: saja survey kot 2-3 tahun lagi nak buat website professional....:p

Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

5 comments

  • emilayusof  
    3:32 PM

    Salam Izali! Murahnya!! Thank you for your info!

    Saya bayar domain RM50 dan hosting RM100 setahun!

  • Anonymous  
    8:44 AM

    RM10 kalo 1 page sessuai la kot sbb kapasiti kecik...:)

  • beba  
    9:09 AM

    salam,

    terjumpa your blog masa dok mencari2 hosting murah.. :D

    just nak cakap pasal domain tu..paling murah yg saya jumpe and guna sekarang ni kat mercumaya.net rm30 setahun..

  • hulubalang  
    2:27 AM

    www.anjungcafehosting.com telahupgra RM10 untuk 200 MB setahun.. awat lah untuk beli hosting dan ada 30 hari percubaan

  • Anonymous  
    11:11 PM

    Kalo yg RM10 tuh ad SSL gak ke?

Post a Comment