Komisen Adsense Lebih Pantas Dengan Western Union  





Semalam aku withdraw komisen Google Adsense menggunakan servis Western Union Quick Cash. Sebenarnya ini first time aku guna servis Western Union nih, dan servis ni merupakan mod pembayaran paling cepat program Google Adsense.

Sebelum ni macam2 persoalan timbul dlm kepala otak aku, kat mana agent dia, berapa caj (isu besar gak nih), kalau takde bin tak pe ke....akhirnya isu tu terjawab semalam.

Bagaimana untuk mengeluarkan duit dengan Western Union??


Rupanya agent Western Union ni kat CIMB jer (atau BSN). Tiada caj dikenakan sbb ianya dah dibayar oleh pihak yg menghantar wang tersebut (Google Adsense). Berbeza dengan cek, pelanggan akan dikenakan caj oleh bank bila nak clearkan cek tersebut.

Persoalan jika TIADA BIN / BINTI juga tiada masalah.

So, sesiapa yang nak keluarkan duit melalui Western Union ni sila isi borang dengan maklumat yg terdapat dalam Statement of Earnings.

Komen aku pilih la mod pembayaran Western Union Quick Cash ni sbb paling cepat dan yg paling penting tiada caj dikenakan. Lepas tu bleh la pegi western food plak...hehe

Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

3 comments

Post a Comment

Kerja Kosong Terkini...