Dato' Ishak Baharom koma...  

Diberitakan bahawa Sahibus Samahah Dato' Seri Utama DiRaja Dato' Haji Ishak bin Haji Baharom (Bekas Mufti Selangor) sedang koma dan telah di kejarkan ke Hospital Sg Buloh pagi tadi. Bersama kita doakan kesejahteraan dan kesihatan beliau.

Sahibus Samahan Dato' pernah berkhidmat sebagai Mufti Selangor pada 1985 - 1997. Aku masih teringat kes beliau menahan peserta-peserta ratu cantik yang beragama Islam satu masa dulu, beliau dikecam hebat oleh pimpinan-pimpinan negara pada masa itu sehingga membawa kepada pemecatan beliau. Kes ulama' dipinggirkan sudah lama berlaku dalam sejarah pemerintah kerajaan yang mengaku negara Islam, jadi aku tidak hairan kalau ianya berlaku di Malaysia, sebuah negara 'Islam Hadhari'.

Aku beberapa kali mengikuti kuliah beliau di Taman Ehsan, Kepong. Dengan suaranya yg agak sentimental aku kadang-kadang mengantuk jugak, tapi ucapan beliau penuh dengan pengisian dan keinsafan, maka tak jadi aku melelapkan mata. Cuma aku cukup kagum, walaupun sudah uzur, beliau masih meneruskan tugas-tugas sebagai seorang ulama' yang disegani. Cuma sayang sekali beliau tidak ada tempat lagi di media arus perdana negara kita.

Kita doakan semoga beliau cepat sembuh. Amiin.

Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

2 comments

Post a Comment