Al-Fatihah : Dato' Ishak Baharom pergi meninggalkan kita  

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.

Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.

Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.

Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.

Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.

Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.

Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri.

Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

7 comments

  • mama ranggie  
    10:30 AM

    al-fatihah...

  • izali  
    11:01 AM

    x sempat nak pegi solat jenazah kat masjid negeri...terpaksa jaga anak kat rumah...rugi2

  • iEn  
    12:36 PM

    Al-Fatihah untuk beliau

  • fysal  
    1:17 PM

    Al-Fatihah buat ArwAH uSTAZ iSHAK bAHAROM, Kenangan manis antara aku dan Ustaz yang tidak pernah aku lupakan ialah, Arwah Ustaz Sempat menjamah ayam yang aku belikan dan dimasak oleh ayahdaku ketika menghadiri Sekolah menengahku 10 tahun yang lalu..walaupun aku tidak berkesempatan menemui Arwah Ustaz pada masa itu, namun ayahku cukup rasa gembira kerana ayam yang aku belikan itu sempat dimasak oleh ayahdaku untuk dijamu kepada Arwah pada ketika itu..kehebatan arwah sebagai ulamak yang hebat dan terulung masih sukar dicari ganti hingga ke hari ini..

  • izali  
    1:30 PM

    arwah al-fadil ustaz mmg hebat, dia terlalu hebat hingga diban oleh TV3, RTM dan media arus perdana yg lain....

    sape cakap kena ban, Arwah Al-Fadhil Ustaz yg cakap...penah makan bersama masa di pusat tarbiyyah taman ehsan, kepong...

  • Jie  
    9:41 AM

    Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan semoga Allah SWT memberi ketabahan dan kesabaran kepada keluarga atas ujian diterima.

    ~ kecewa baca kosmo semlm, kisah Datuk Ishak Baharom cuma seperenggan tp kisah artis 2-3 muka surat. Sepatutnya tokoh yang hebat ini yang banyak memberi panduan dan memberi kita ilmu yg manafaat , banyak yg boleh di tulis

    Al Fatihah

  • izali  
    10:56 AM

    kak jie,

    dunia dah akhir zaman kak. kerani opis sy tuh ishak baharom pon x kenal....ish sedey tol la. sy dgr arwah koma masuk spital dah rasa sebak....

Post a Comment

Kerja Kosong Terkini...