Camping @ Depan Rumahku  

khemah ni sama tinggi ngan anak aku jek

siap makan nasik tu..

Ni gara-gara nak pegi Family Day Camping @ Port Dickson anjuran MSJBOX pada 16 Februari 2008. So, sesape blom beli khemah beli cepat2 yek.

Btw, khemah ni aku beli kat Econsave dengan harga RM29.90. Murah sbb kecik saiz S, lg pon tengok meterial dia mcm tak berkualiti, tp ok la daripada sesape takde khemah...haha.

Cerita bab bercamping, byk kali gak aku join masa kecik2 dulu smp aku aku dah tua nih. Tepi laut, atas bukit, tepi tasik, tepi air terjun, kolam air panas...rasanya byk gakla. Dalam laut n atas pokok je tak pernah, Jun n Sheda terer la kot...

Cuma aku nak share pengalaman pahit manis aku bercamping dulu-dulu:

1. Pengalaman camping Pantai Tuk Jembal, Terengganu, ribut petir melanda dan sebatang pokok kelapa tumbang lebih kurang 1 meter dari khemah kami. Alhamdulillah selamat.

2. Semasa camping di Lata Tembakah, Besut, khemah kami ditenggelami air akibat banjir. Kami juga tak dapat balik sbb jalan keluar utama juga ditutup dinaiki air. Akibat lama berendam air, kukakikakukokakukaku dijangkiti penyakit ntahapekenamantah.

3. Semasa camping di Tasik Kenyir, waktu malam terdengar bunyi gajah mengamuk mematahkan ranting kayu berdekatan khemah kami. Pagi esok bila bangun tiada ranting pon yang patah, tapak gajah pon tak jumpa.

BTW, kita tunggu kat PD esok, kat mana khemah ini akan terpasang. Atas pokok, dlm laut...tungguu.

Err lupa nak ajak, so aku mewakili pihak pengurusan MSJBOX (yang giler kuasa..haha) menjemput anda semua ke program Family Day Camping @ Port Dickson pada 16 Februari 2008 nanti. Click 4 furtther info.

Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

14 comments

  • izali  
    1:40 AM

    test

  • umi_e  
    7:53 AM

    seronoknya camping... kak e tak beli lagi ni... errmmmm tak belipun tak apa kot sebab PD kampung kak e :p

  • izali  
    8:05 AM

    kak-e,

    kalo gitu kita gih camping kat umah kak-e jer la...bab makan x risau, kak-e terer masak, jom serbu umah kak-e...hehehe

  • mama ranggie  
    9:42 AM

    kita jpe disini...

  • izali  
    10:52 AM

    mama,

    insya Allah...bwk makanan sedap2 yer :p

  • mikaounik  
    12:08 PM

    tunggu laaa entry khemah saya..
    di taja khas tau..heheheheee..

  • princesslavender3  
    12:45 PM

    Hahahhaha!! ooooit ko test goyang2 dulu eh??? apsal?? takut sok khemah ko kena pasang cctv eh?? Apa mcm? Sah kalis bunyik & goyang x??? Bleh ke nak masuk anak beranak dlm tu eh?? Khemah aku ntah besar mana lah gamaknya.. ngehngehngeh!

  • TIRAI HIDUP  
    1:54 PM

    khemah anak anak satu,dan khemah izali satu .Sebab mana tahu korang ni bukan boleh romantik dan duduk dekat dekat sebab 'budak'ko tu lambat lepa kata org Kedah!kahkahkah....so memang bagus cadangan haku ni kan??walau pon haku x pi PD tapi harap pesanan haku ni sampai la kat semua kapel yg nak pi...aku nak ajak budin pi tapi kami nak bawak satu khemah je boleh ke???kahkahkah!!

  • izali  
    3:22 PM

    mika,

    khemah mmg terer la, sbb leh sangkut kat pokok kelapak....hehe

    sheda,

    test dulu khemah ko, nak grand lagi ko pasang siap2, pastu letak atas kete...kalo smp PD ok, maknanya ok la tuh...muehehe

    lawa,

    bwk setengah je la khemah.... wakakaka

  • izali  
    3:39 PM

    abes la blog famili aku dicemari anasir kurang sihat....uhuhuhuuuu

  • azlanlin  
    9:49 PM

    tahniah..berjaya wujudkan suasana khemah di dalam hutan batu..menarik gak tu. Aku kekadang pasang khemah kat porch kete je...saja nak layan anak2...hehhehe

  • izali  
    12:46 AM

    bro azlan,

    biasa la tu bro, dlm rumah pon penah, bini aku kdg bising2 aku pasang dlm rumah..wkakaka

  • Kasawari  
    2:46 PM

    Wah bro.. dah kempen ni..
    saya lum cari khemah lagi..
    nanti leh khemah sebelah menyebelah.. anak2 leh geng.. he he

  • izali  
    5:12 PM

    bro kasawari,

    bukan pilihanraya je ada kempen...khemah pon ada. muehehe

Post a Comment

Kerja Kosong Terkini...