Hari Malang Yang Terubat  

Hari ni aku ke pejabat pos untuk renew roadtax kereta aku. Awal pagi aku dah sampai Pos besar Shah Alam, tp rupanya pejabat pos penuh dengan manusia yang beratur menagih subsidi minyak yang dirampas penyangak wang rakyat.

Selalunya roadtax renewal di pejabat memakan masa 10-15 tapi memakan sejam lebih. Amat malang sistem JPJ pulak down. Bayangkan aku sejam lebih menunggu. So, aku ke bank 'adik Dato' Seri Najib Tun Razak' untuk withdraw komisen Adsense sbyk USD156.76 (dlm RM505.25).

Kemudian aku ke Pejabat Pos Kelana Jaya dengan harapan sistem JPJ kembali normal. Alhamdulillah sistem dah ok, tapi no giliran menunjukan ada lagi 100++ yang menunggu giliran.

Tapi nasibku agak baik, kerana ada seorang pelanggan berbangsa cina menawarkan utk renew sekali dengan dia walaupun tidak kenal. Ni pun gara2 aku yang peramah bersembang dengan dia sambil menunggu giliran. Thanks a lot Lim for ur help.

Hatiku terubat lagi, apabila renew roadtax aku layak menerima 'wang ehsan' secara tunai sbyk RM625.00 atau RM1.70 sehari yg kononnya dikatakan rebet petrol. Tapi adakah RM1.70 cukup utk menampung kenaikan harga barang keperluan harian sekarang?? Pernah aku lunch nasik berlauk ayam berharga RM9. Tu baru lunch belum lagi pampers, susu anak, serta bil-bil yang lain. Bil letrik pun turut naik.

Tapi aku masih beryukur kerana sekurangnya aku bekerja sendiri, aku masih mampu menghadapinya. Tapi bagaimana nasib orang yang bergaji RM1000 sebulan??? Kalau takat pak guard, tukang sapu, cleaner yg bergaji RM400 macamana???

Wahai Pak-pak Menteri, korang yang bergaji RM50 ribu sebulan (tidak termasuk elaun ahli lembaga pengarah), lesen-lesen kontraktor yang korang sapu, serta side-side income melalui proxy yang dilantik, sanggup ke korang tido lena dalam banglo mewah melihat rakyat menderita??? Apa jenis manusia korang nih....

Tapi hatiku sedikit terubat dengan jawapan korang...UBAH GAYA HIDUP!!! Ya betul...

Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

2 comments

  • Aiden Reez  
    11:03 AM

    Assalamualaikum...

    Nasib baik roadtax saya mati tahun depan... Takde la nak bersesak-sesak renew di Pejabat Pos... Berebut-rebut line dengan org yang ingin mengutip rebate minyak...

    :D

    Ape boleh buat... Yang pasti, harga barangan akan terus meningkat dari masa ke semasa... Persoalannya, adakah pendapat kita juga akan terus meningkat?

    Itulah kebimbangan yang kita hadapi sekarang...

  • Anonymous  
    4:50 PM

    betul la tu Reez, tak rasa kita ni tertindas ke??

Post a Comment