Mari Mengundi : Untuk Panduan Kita Bersama  

Aku cukup tertarik bila terbaca artikel ni, artikel cukup pendek dan padat yg boleh menjadi panduan untuk memilih pemimpin semasa Pilihanraya Umum ke 12 nanti. Bagi aku cukup dengan sirah kepimpimpinan Perdana Menteri Agung Negara Islam Madinah iaitu Rasulullah SAW serta para Khulafa' Ar-Rashidin.

Kepimpinan Perdana Menteri Negara Islam pada masa itu dengan jelas meletakkan batas halal dan haram walaupun dalam masyarakat majmuk termasuk musuh no 1 Islam iaitu orang Yahudi serta golongan munafik.


"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."

Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w. yang dinukilkan sebagai panduan kepada umat Islam memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang.

"Pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," menurut beberapa pandangan ulama'.

Umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bkar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.

Kini giliran umat Islam untuk memilih pemimpin berpandukan kepada kaedah syarak untuk mewakili rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya akan datang.

Syarak menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.

Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah.

Sebagai contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.

Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani.

Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips untuk memilih pemimiin dalam pilihan raya akan datang.

Islam juga melarang para pengundi memilih individu yang menggunakan hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.

Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran.


Aku teringat dlm sejarah pemerintahan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dengan jelas memerangi golongan yang enggan membayar zakat kepada negara. Tapi hari ini, ramai individu dan syarikat yg enggan membayar zakat termasuklah PETRONAS.

Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

2 comments

  • aman  
    5:39 PM

    huhu...dah cukup umur dah tapi tak sempatnak daftar...

  • shadowX_19  
    11:48 AM

    @aman same la aku.. aku bukan tak sempat tapi malas nak daftar. tak minat ngan politik ni

Post a Comment

Kerja Kosong Terkini...