Rusuhan di Kampungku
Tragedi Batu Burok, Terengganu.
Aku sungguh kesal bagaimana tragedi begini boleh berlaku ketika sambutan kemerdekaan negara masih hangat. So, aku cuba dapatkan maklumat dari sahabat2ku dari Terengganu, kampungku tercinta.
Fakta:
- Lokasi ceramah ditutup oleh pihak polis sejak pukul 5 petang.
- Orang ramai mula berkumpul utk ke lokasi ceramah tetapi dihalang oleh pihak polis.
- Pentas ceramah dirobohkan oleh polis ketika tuan rumah tiada. Untuk makluman, ceramah bakal diadakan di premis persendirian dan bukan tempat awam seperti yang dilaporkan oleh media.
- Orang ramai masih berkumpul.
- Polis mula bertindak dengan 'water canon', untuk menyuraikan keadaan.
- Polis makin mengganas dengan menggunakan peluru hidup. 2 orang lelaki tidak bersenjata cedera ditembak didada dan dileher. Khabarnya dirawat di HUSM.
- Keadaan menjadi huru-hara.
- Sekumpulan remaja membakar bendera Malaysia dan UMNO. Perwatakan mereka ala-ala mat rempit, dan PAS mendakwa mereka budak upahan UMNO kerana ada yang mengenali mereka.
- Diberitakan sehingga 3.30 masih kejar-mengejar masih berlaku.
Gambar tidak dapat disiarkan kerana dirampas oleh pihak polis. Baru aku perasaan ada kebenarannya kerana akhbar dan berita hanya menyiarkan gambar yang sama. Pembangkang mendakwa ada pihak cuba menghapuskan bukti.
Video telah diupload di YouTube.com tetapi telah didelete oleh hacker.
http://www.youtube.com/watch?v=K721M9g2fUw
http://www.youtube.com/watch?v=jgVRntCosqE
http://www.youtube.com/watch?v=eHb1TCT2apg
Komen aku :
1. Suruhanjaya Diraja harus diwujudkan untuk membuat penyiasatan terperinci, kemungkinan tragedi ini merupakan perancangan jahat sesetengah pihak.
2. Isu permit juga tidak timbul kerana ceramah akan diadakan dalam dalam premis persendirian dan polis tidak berhak untuk menghalang kerana ianya sah dari segi undang.
3. Polis juga harus lebih adil kerana negara kita merupakan negara demokrasi dan semua pihak harus diberi peluang yang saksama.
4. Polis harus bersikap profesional dan bukan berlagak seperti askar regim zionis melepaskan 'peluru hidup' sesuka hati.
2:01 AM
Oooo kampung bro izali ghupenya.. ;)) hehe umie tak tahu sangat la citer psl rusuhan nie.. baru siang td dapat tahu melaui berita.. erm..
9:34 PM
Nampaknya ada segelintir masyarakat yang belum membuka minda atas kebenaran. Kalau nak buat macam tu pun, ada tindak tanduknya, hmmmm~
9:47 AM
ape yg xpuas hatik tu. mcm trajedi kat JB lak erk :|
10:24 PM
tu la, ada ke patut pegi rusuhan pakai kain pelikat....hehe