Speed Up My PC and Internet  

Anak2ku turut menolong semasa proses meng'upgrade'....tolong menyibuk.

Finally, selepas dipanah petir, akhir PC aku bertambah sihat, malah makin cergas. Sebenarnya yang rosak hanya USB port, so semua yg connected to USB semua malfunction spt printer, ADSL modem, Digital Camera, Pendrive dan bla2...

Oleh kerana USB tu 'build in' atau terbina dalam dengan Motherboard (papan ibu ke ibu papan??) maka aku ingat kena tukar motherboard seketul. Dah alang2 tukar motherboard, so aku upgrade la processor + memory sekali.

Spesifikasi asas PC lama : (beli pd tahun 2002...dah 6 tahun maa)

Processor : Intel Pentium 4 1.6 Mhz (Upgraded to Pentium 4 2.4 Mhz pada 2006)
Motherboard : Intel 845BG (Upgraded to MSI PM8M-V pada 2007)
RAM : 256 MB DDR PC400 (Upgraded to 512 MB pada 2003 )

so, aku upgrade ke:

Processor : AMD Athlon Dual Core 4000+ 2.1Mhz => RM218.00
Motherboard : ASUS M2A-VM => RM225.00
RAM : 1GB DDR PC667 = > RM67.00


My review:

Nak kata power rangers, tak la...sbb ni kira basic specs jek. Lagi pon aku dah lama tak layan game power2. Tp dengan keupayaan bersamaan dengan 4.0 Ghz, semua keje jadi smooth termasuk internet. Bila surfing internet terutama web yg guna byk multimedia mmg laju.

Yang paling besh bila guna Movie Editor software spt Ulead DVD Movie Factory atau Window Movie Maker terasa la macam kereta 280 hp (keter idaman tu..hehe). Tambahan dengan grafik terbina dalam 512MB ATI Radeon X1250 (shared memory) besh la jugak layan Need For Speed Undergound mahupun Solitaire.

Tp kan, motherboard lama aku tuh sebenarnya bleh guna balik, cuma beli jer USB PCI Card dengan harga RM35. So, sape nak beli angkat tangan....

Untuk dijual:

1. Motherboard MSI PM8M-V (Socket 478) = RM100 (Free USB PCI Card worth RM35)
2. Memory 256 DDR RAM PC400 = RM50
3. Memory 256 DDR RAM PC266 = RM50
4. Pentium IV 1.6Ghz (2 Unit) = RM100 each
5. Pentium Iv 2.4Ghz (1 Unit) = RM150

Semua dalam keadaan baik dan sihat (perfectly working) termasuk motherboard dah boleh guna jika install USB PCI Card tuh.

Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

0 comments

Post a Comment