Tag : My 8 Habits (Habitat?!!)  

Adeh, aku kena tagged 3 orang blogger sekaligus Dek Ien, En Farmasi, dan Cikgu Azleen. Tak pasal2 nak kena jawab, dah ler susah plak soklan tuh..pasal "habit"dan mmg aku tak suka nak disclose habit aku nih. Dulu2 ada la aku tulih dalam autobiography bila tekel wife aku, resume mintak keje dan masa apply MBA kat UiTM.

Btw, aku try penuhi permintaan 'peminat' aku nih.

1. Bangun tidur :
- lepas bangun tidur pepagi masuk bilik air, gosok gigi, mandi dan amik wudhuk. Dah jadi habit aku kalo lepas mandi mesti amik wudhuk even bukan nak solat.

2. Kerja :
- habit bila pagi masuk ofis aku akan on laptop cek email, production report dan macam2 report lagi. Pastu minum dengan bos.

3. Balik kerja :
- main dengan anak kejap, then naik bilik bertapa sekejap sebelum mandi. Wife dan anak2 aku pun dah biasa habit aku yg "suka berkurung" dlm bilik bila balik kerja. Then baru solat maghrib sama2 lepas tu ajar Iqra' kat anak2 aku.

4. Tengok TV :
- aku suka 'control' remote control , tak kisah la masa kat kampung ke, umah ibu mertuaku ke.

adeh..x de idea dah.

5. Driving :
- Aku lebih suka guna highway dan tak suka berjimat pasal tol. Suka memandu di lorong paling kanan, dan tak suka ada kenderaan di depan, tak kena hi-beam kena cucuk..ahaks. Kalau long distance, suka drive waktu malam sebab sejuk dan senang overtake. (Nak wat camana, dah habitat semulajadi..ahaks)

6. Shopping :
- Express shopping, pilih barang terus bayar kat kaunter balik. Tp kalo bawak wife aku...adeh.

7. Cuti-cuti Malaysia:
- Suka bercuti bawak famili jenjalan. Suka alam semula jadi dan tak suka bandar besar dan tempat ramai orang. Cuti-cuti tahun 2007 ni termasuk Sg Klah Hot Spring, Pulau Pangkor, Pantai Cherating, Terengganu (my hometown), Perlis, Bukit Melawati, Penang, Aquaria KLCC, dan Taman Pertanian Bukit Cahaya. Percutian lepas boleh lawat Blog Cuti-cutiku.

8. Sebelum tidur :
- cek email dan report lagi. cek dan update blog. buat planning kerja untuk esok. cium anak2 aku dan umi dorang sebelum tido.

SekianG sahaja habit aku.

Ps: aku tatau nak tag sape.....hehe

Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

4 comments

  • Acaii Jawe  
    7:52 AM

    waaa,best gak abg punye habit kira best gak,hihi..lelagi amik wudhuk tu dan control remote control tv,hihii..:)

  • izali  
    7:59 AM

    hehe..nak wat camana, dah habitat semulajadi....uhuhuhu

  • Anonymous  
    9:43 AM

    oik.. yg bahagian cuti2 malaysia tu napa xmasukkan zali masuk jail huahuahauah!

  • izali  
    9:56 AM

    a'ah lupa yg masuk jail tuh....tp tu psl keje bukan cuti2 mesia...hehe

Post a Comment