Cuti-cuti Malaysia : 4D3N @ Pulau Pangkor  

Pada 10 - 13 Julai 2007 baru2 ni kami pegi ke Pulau Pangkor. Sebenarnya wifeku berkursus di sana. So, disebabkan kesian anak2 aku lama berpisah dgn umi dia, so amik keputusan utk amik cuti seminggu dan ikut sekali semua famili. Sebab yg kedua, kesian plak wife aku celebrate besday sorang2 kat sana. Sebab ketiga, time off peak season.

Hari Pertama (10 Julai 2007)

Perjalanan bertolak dr rumah aku di Puncak Alam al-Altantuya jam 11 pagi melalui Kuala Selangor - Kampung Topek - Sabak Bernam - Manjung. Tiba di pekan Lumut jam 2 petang. Dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor, kami menaiki feri dengan tambang RM10 pegi balik. (wife aku free sbb kerajaan bayar, anak2 aku pon free gak). Ops lupa kete aku parking kat area Pekan Lumut dgn kos RM30 utk 4 hari 3 malam.

Then rombongan cik kiah pon tiba ke jeti Pulau Pangkor lebih kurang pukul 3 ptg (40 min perjalanan). Kira besh gak la naik feri sbb permandangan dr feri mmg cantik. Kalo korang nak naik feri aku cadangkan feri Mesra Feri Sdn Bhd sbb dia ada ruangan open air kat tingkat atas. Jgn naik feri yg cam F1 tuh. Antara permandangan cantik ialah perkampungan nelayan (lihat gambar), dockyard TLDM (apa ek bahasa melayu), serta macam2 la...hehe

Tiba di Jeti Pulau Pangkor, kami sewa teksi (sebenarnya van) ke tempat kursus di Teluk Nipah. Perjalanan lebih kurang 10 minit sahaja (8 km) dengan tambang RM10. Tibanya di Teluk Nipah kami terus ke Pangkor Bay View Resort utk pendaftaran kursus. Selalunya aku booking hotel secara online, tp disebabkan resort tu dah full house so terpaksa lah kami cari hotel / resort berdekatan. Plan awal nak booking Coral Bay Resort, tp jauh dari tempat kursus wife aku.

Kami akhirnya ambil keputusan utk stay di Nipah Bay Villa (lihat gambar) sbb itu yg paling besh dan yg paling dekat dan yg penting berpatutan (RM250 utk 4 hari 3 malam)

Aktiviti petang tu hanya la ronda2 sekitar Pantai Teluk Nipah (lihat gambar) dan singgah beli baju kat gift shop (lihat gambar) yg banyak kat area situ (fuh terbang lagi duit aku). Then balik rehat di chalet kami.

Oleh kerana wife aku kursus start pukul 8.30, so sempat la kitorang dinner kat situ sambil celebrate birthday wife aku (lihat gambar). Sebenarnya aku order kek senyap2 ngan akak chalet tuh, so kira surprise la kat wife aku. Makan kat chalet ni mmg sedap sbb ianya dimasak sendiri oleh tuan chalet (terima kasih Pak Cik Mat). Harga pon berpatutan Kos makan malam + kek RM80 sahaja. (kira murah la kalo nak banding ngan KL Tower tuh....hampeh ko Retna. ekeke).

Hari Kedua (11 Julai 2007)

Hari kedua aku bangun awal, sejurus selepas solat subuh aku ke pantai (sorang2). Tujuannya aku nak ambik gambar sunrise kat Pangkor, tp rupenyer pantai Teluk Nipah ni menghadap ke barat, matahari terbit ikut timur...hehe. Beli sarapan dan balik.

Pagi tu selepas wife aku pegi kursus, aku bawak anak2 aku ke pantai nak mandi laut. Mandi hingga tengah hari. Balik dan tido. (lihat gambar)

Pd petang tu kami sebenarnya plan nak bersiar2 sekitar Pulau Pangkor dengan bot, tp oleh kerana wifeku agak penat, kami ambil keputusan utk ke Pulau Giam sahaja utk bersnorkelling. Tp agak kecewa tpt snorkelling tu kurang selamat sbb aku bawak anak2 aku yg masih kecil. So, kami berpindah ke Pantai Pulau Giam (lihat gambar). Tak puas hati snorkelling kat sini sbb air agak keruh. Kos bot dan sewa google RM25 sahaja. (asalnya RM35 kalo pusing sekitar Pulau Pangkor).

Hari Ketiga (12 Julai 2007)

Aktiviti pd pagi hanya tido di chalet sbb aku dan anak2 agak kepenatan (kononnya bersnorkelling hari sebelum tu). Aktiviti bermula pd petang bila wife balik kursus. (ni la akibatnya kalo pegi bukan sbb cuti2 mesia, jadual pon kena ikut dia jek).

Aktiviti pd petang agak menarik iaitu bermotor sekitar Pulau Pangkor. Dengan kos RM15 sejam kami sewa skuter Moskito milik chalet kami menginap utk pusing2 sekitar pulau.

Destinasi pertama yg kami pergi ialah Pantai Tortoise Bay (lihat gambar), kemudian menyusuri Pantai Teluk Bogak (lihat gambar). Dari Pantai Teluk Bogak kami boleh melihat Pulau Pangkor Laut serta permandangan Pangkor Laut Resort (hotel termahal di Pangkor dgn kos RM850 per night). Selepas itu kami ke perkampungan nelayan Teluk Gadong serta Kota Belanda (lihat gambar) melalui Pekan Pangkor.

Dari Pekan Pangkor kami menuju ke Pantai Teluk Dalam (lihat gambar) melalui jalan yg agak mencabar (mcm jalan Tapah - Cameron Highland). Permandangan di Teluk Dalam agak memukau dengan kepelbagaian lanskap semulajadi dan pantai yg bersih. Akhirnya kami pulau ke Teluk Nipah melalui lapangan terbang serta jalan yang berbukit bukau. Perjalanan mengambil masa 2 jam. (anak aku tido atas motor, alhamdulillah tiada kecelakaan berlaku)

Tiba di Teluk Nipah kami lepak di pantai menyaksikan permandangan indah matahari terbenam aka sunset (lihat gambar).

Hari Keempat (13 Julai 2007)

Alhamdulillah jadual wifeku abis agak awal iaitu pd 10 pagi. So, bersiap dan pulang.

Tibanya di pekan Lumut kami shopping makanan laut kering spt sotong dan kraftangan kerang-kerangan di Lumut Craft Centre (lihat gambar). Boleh dikatakan barangan di sini agak murah dan dijual dgn harga borong. Setelah abis berbelanja lebih kurang RM100++ (uhuhuuu pebenda la yg anak n wife aku beli?!!) aku pulang ke rumah.

TIPS

so, sesape nak pegi Pulau Pangkor, ni beberapa tips:

1. cari chalet kat Teluk Nipah, sbb situ yg paling cantik, kedai makanan banyak serta aktiviti bertumpu kat situ.

2. Elakkan peak season, sbb masa kami pegi pon orang agak ramai even off peak. Unless kalo korang suka ramai2 orang. So, korang pegi la weekdays ke atau pun musim tengkujuh...ahaks.

3. Jgn beli makanan laut (sotong atau seumpamanya) di Pulau Pangkor, better beli kat Lumut sbb murah.

4. Pastikan memori kad anda video cam / digicam anda besar. Beli je 2 GB memoy card terus sbb byk sgt nak ambik gambar. Standy 2 set battery.

5. Masa snorkelling jgn simpan wallet dalam seluar cam aku...ekeke

KLIK UTK FULL ALBUM (tp byk lagi gambo lom update...uhuhuuu)

Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

11 comments

  • chomelista homestay  
    4:07 PM

    Wah syok nye lah gi pangkor.. bila la sy nak jejak sana ni! :-(

  • emilayusof  
    5:31 PM

    Comel ya amat anak-anak anda!

  • Topek  
    4:17 PM

    huhuhu... dah lalu kg topek, x nak ajak topek sekali. huhuhu... kat lorong 6 jer.. :D

  • izali  
    6:48 PM

    deida,
    gi la...besh

    kak emila,
    TQVM

    topek,
    x leh, kang tak muat feri lak....hehe

  • uMIe MieSYa  
    2:21 AM

    Panjang betul KARANGAN bro izali nie... saya baru baca 2 RANGKAP je nie... esok sambung rangkap yg seterusnya.. muahahahaha....

    Entri yg nie ke bro apdate malam kelmarin?? nengok tarikh macam dh lama je apdate... :-? Moshkill nih...

  • izali  
    2:34 AM

    hehe..ni version yg dah edit la...:P

  • Anonymous  
    10:48 PM

    kot ye nak gi pangkor pon nape tak singgah kuale amik ien oooiii kokokhokhoh!!

  • izali  
    9:08 AM

    ferry penuh la....muehehehehe

  • Anonymous  
    3:11 PM

    as orang luar yang membaca ur blog, dan i mmg nak tahu info melancong, u did a very damn good review so far berbanding website lain. tahniah. mungkin i nak gi tioman. anyway do add me in ym id:eddysean@yahoo.com

  • Hotel in Malaysia  
    3:20 PM

    Thanks for the tips bro, kadang kadang bila dah plan bercuti ni macam macam terlupa, terlalu ghairah nak bercuti :D

  • Unknown  
    10:05 PM

    abg izali..sy nk tnye ..chalet yg abg dduk tu byar bpe?...sy n kwn2 nk pegi 3 org 2 hari 1 mlam. hjung minggu..ade cdangan x chalet yg murah yg ssuai utk student mcm kmi ni..bajet RM 100 ...(kalau dpt la)

Post a Comment