Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, Terengganu  

Ni la kampungku, Terengganu Darul Iman. Antara tempat menarik yg aku most rekemeng ialah masjid terapung kuala ibai. Tp sebelum tu beli dulu keropok lekor kat tepi jalan sebelum masuk kawasan masjid tu. Sambil makang kepok leko sambil hirup udara laut china selatan yg segar serta menikmati keindahan masjid, tasik dan taman sekelilingnya. Rasa nok mari sokmo sining...guane gamok??


Tengok la video yg aku amik nih....hehe



Masjid Tengku Tengah Zaharah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Jump to: navigation, search

Masjid terapung ini sebenarnya diberi nama Masjid Tengku Tengah Zaharah sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu , Al-Marhum Sultan Mahmud terletak kira-kira 7 km dari bandar Kuala Terengganu, mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.

Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.

Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.

Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Terengganu, Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, mini perpustakaan, bilik dan pejabat imam, stor dan tempat wuduk serta kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.

Dengan gabungan hiaan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya mentari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan , pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.


Lihat Album Penuh (37 gambar)

Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

0 comments

Post a Comment