Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Test Update Blog  


Pantai Indah Seaview Resort


Gunung Ledang Resort

Lama betul tak update blog, takde benda nak merapu, dek kekalutan kepala otak aku nak memahami Article 16 (6) Perak Constitution, bleh ke Sultan Perak pecat MB?? Perlembagaan mana lak dia ada kuasa pecat MB? Macamana nak lantik MB baru jika MB lama masih belum dilucutkan jawatan atau meletak jawatan??

Nak lucut jawatan bukan melalui undi tidak percaya ke?? Nak undi tak percaya bukan kena ada sidang dun ke?? Belum lagi cerita pasal speaker...

Ish konfius aku nih....kalo lawan kata derhaka, tap sultan sendiri pun tak ikut perlembagaan ikut Fasal 16(6) tuh...

Errr...gambar takdo kono mengono dengan aku merapu nih. hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Family Day @ Pantai Indah Seaview Resort, Kuala Selangor  




Saksikan keindahan Pantai Seaview Resort

Ucapan perasmian oleh YB Dr Dzulkifli Ahmad - Ahli Parlimen Kuala Selangor

Sesi fotografi sebelum pulang.

Pd 28-29 Jun 2008 lepas kami menyertai Hari Keluarga anjuran PAS Cawangan Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam yang diadakan di Pantai Seaview Resort, Kuala Selangor. Program 2 hari 1 malam itu dirasmikan oleh YB Dr Zulkifli Ahmad selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor. Antara acara menarik ialah BBQ dan sukaneka.

Cerita tentang Pantai Indah Seaview Resort, resort ni menawarkan penginapan apartment 3 bilik dengan harga serendah RM100. Apa yang aku suka selain swimming pool, ialah keindahan kawasan sekeliling. Ini kerana resort ni terletak menghadap laut dan ditepi kuala sungai. Walaupun tidak setanding dengan kawasan pantai lain spt Cherating, Pulau Pangkor, dan Terengganu, tapi dengan lokasi lebih kurang 15 minit dari Bandar Klang ianya amat berbaloi. Sila lihat video di atas.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Sotong Celup Tepung paling sedap di dunia..  

Tengok je la yer....yummy

Para ikan beratur menunggu pelanggan..hehe

Ni ha gerai tu....cari Gerai Jerong @ D'Rhu Bayu Seafood

Sesiapa yang pernah pergi ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur mesti melalui Pantai Kelulut, Marang. Jika korang perasan, terdapat deretan gerai makanan laut yang agak popular dengan makanan laut segar termasuklah 'sotong celup tepung'. Setakat pengalaman aku men'kedarah' makanan spesies laut ni, ini lah yang ter'best' dan terhangat di pasaran. Aku tidak pernah lupa untuk singgah setiap kali aku balik ke Terengganu.

Bukan sahaja menu makanan yang segar, harga yang berpatutan, tapi permandangan yang indah Pantai Kelulut dan Pulau Kapas yang boleh dilihat dari sini amat menggamit kalbuku. Chewwah...

Layan video permandangan Pulau Kapas...


Permandangan Pulau Kapas dari Pantai Kelulut Marang

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Lepak-lepak di Pantai Teluk Ketapang, Terengganu  

Lepak sambil pekena kepok lekor...


Kalo kat KL bleh menjala camni kan besh...

Kalau balik Terengganu tak singgah di Pantai Teluk Ketapang memang rugi. Pantai Teluk Ketapang juga dikenali dengan Pantai Epok. Epok tu sebenarnya sebutan bagi 'airport' oleh orang Ganu. Sesape yang lepak sini boleh nampak Lapangan Terbang Sultan Ismail yang sekarang ni dalam proses tumbesaran. Layanzz...

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Lagi-lagi Masjid Kristal Terengganu  






Balik kampung baru-baru ni aku berkesempatan utk melawat masjid yang paling kontroversi iaitu Masjid Kristal. Masjid ni tak la jauh sangat, lebih kurang 10 minit perjalanan dari rumah orang tu aku. Masjid yang terletak di Pulau Wan Man ini boleh boleh dilalui menerusi tambak yang dibina tidak jauh dari Muzium Negeri Terengganu, Losong.

Sepanjang perjalanan kami, aku agak kagum dengan ciri-ciri binaan masjid ini, cuma keadaan infra masih belum siap sepenuhnya. Boleh tengok video dan gambar yang aku paparkan.

Cuma aku merasa amat sedih bila kaki mula menjejaki dewan masjid, kerana pelawat langsung tidak menghormati masjid. Jauh sekali untuk menunaikan solat sunat, kebanyakan pengunjung begitu hingar membuat bising, membiarkan anak-anak berlari, malah mereka sibuk untuk bergambar sehingga lupa mereka sebenarnya di dalam masjid. Para pengawal juga tidak bertanggungjawab membiarkan ini berlaku.

Lagi video...




Entri lepas tentang Masjid Kristal di sini.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Cuti-cuti Malaysia : Zoo Taiping  

Jalan ke Zoo Taiping pun tak plan, saja nak singgah. Tak ada apa nak diceritakan sbb masuk zoo mana-mana pun hampir sama jer. Lihat gambar zoo-zoo lain di sini.

Harga tiket ialah RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Cuti-cuti Malaysia : Bukit Merah Laketown Resort  



Ni sebenarnya program mengejut sempena Hari Guru pada 17-18 Mei 2008 baru-baru ni. Bukan apa, aku sebenarnya lansung tak ingat Hari Guru ni, so untuk cover balik aku ajak la wife aku ke Bukit Merah Laketown Resort, Perak bersama 2 orang sabahat baik aku, Romzi dan Zaidi.

Oleh kerana kami pergi mengejut, kami tidak membuat reservation. Tapi nasib kami agak baik kerana dapat menyewa sebuah apartment 3 bilik yg berhadapan tasik dengan harga RM200 semalam.

Tapi pengalaman aku di Bukit Merah tidaklah sehebat yg diwarkan, sbbnya kawasannya agak panas dan kurang berangin. Walaubagaimanapun tarikan utama ialah Bukit Merah Waterpark dengan tiket beharga RM21 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak atas 90 cm.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Janda Baik Yang Demam & Tupai-Tupainya..  

Gambar ni bukan kat Janda Baik, tapi kat Hutan Lipur Sg Kancing.

Berita sedih lagi menyayat hati kerana tanggal 19 April 2008 iaitu hari yang sama berlangsungnya siaran langsung secara langsung majlis Ulangtahun MsjBox ke 3 di Restoran Tupai-tupai, kami sepatutnya bercamping di Hutan Lipur Janda Baik, Pahang anjuran Kelab Guru SMK Saujana Utama, tapi oleh kerana keluargaku semua demam, kami terpaksa membatalkan penyertaan di saat akhir...isk isk

Ps; Tiada tupai yang terkorban semasa entry ini ditulis, demam ada la kot...hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

My Trip to Port Diskson + MsjBox Family Day  

sesi bergambor ramai2...baru amik tpt duduk

Tidak dapat dipastikan sama ada ini adalah ayam atau arang batu...hehe

Sementara aku mengupdek trip aku ke yang julung kali ke Port Dickson + MsjBox Family Day @ PD, korang makan la ni dulu yek.


{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Cuti-cuti Malaysia : Batu Pahat & Ayer Hitam, Johor  

1. Dataran Penggaram, Batu Pahat



Kalau cuti Tahun Baru Cina tahun lepas kami pegi ke Aquaria KLCC (gambar di sini), baru2 ni kami pegi ke Batu Pahat dan Ayer Hitam, Johor. Destinasi ni bukan lah destinasi idamanku utk pegi melancong tp atas urusan bisnes di Parit Raja.

Perjalanan kami sebenarnya tak rancang, so aku tak la booking hotel, kira gamble jek. Smp kat Batu Pahat, kami pon mencari hotel atau mana2 rumah tumpangan untuk menginap.

Hampir 5-6 bijik hotel gak aku cari, tp semua full house. Last2 aku smp ke Hotel Katerina. Aku tatau pon tu hotel Chua Soi Lek, tp sik baik penuh...haha. Tp aku cukup respek dengan kehospitalitian mamat receiptionist tu. Dia yang tolong call hotel yg kosong tp gagal. Tp dia tak putus asa, dia bagi aku tolong fotostatkan senarai hotel kat Batu Pahat dengan peta sekali.

Nasib kami baik dengan hanya satu panggilan, kami dapat booking Hotel Novo Park kat area situ gak. Dengan bayaran RM113, kami dpt 1 bilik kecik (baby suite...ekeke), aku rasa besar lagi bilik anak aku. Tp syukur, dapat familiku tumpang berehat.

Misi malam tu diteruskan dgn cari makanan dan lepak di Dataran Penggaram, Batu Pahat. Then balik mandi n tido.

2. Pusat Pasu dan Kraftangan Ayer Hitam


Kalo berkenan, klik gambar, print pastu tunjuk kat tuan kedai...hehe




Selepas solat Jumaat dan makan di rumah sahabatku di Ayer HItam, kami ke pusat jualan pasu dan barangan kraftangan di Ayer Hitam. Barangan agak murah, tp aku standby RM150 je dlm poket...sbb aku tau kalo aku withdraw lebih, terlebih plak terbang dari poket aku...haha

Pukul 6.00 ptg bertolak dr Tol Ayer Hitam dan tiba di Tol Jelutong, Shah Alam pada pukul 8.05 utk bersolat. Tak lah jauh sangat, Ayer Hitam - Shah Alam dlm 2 jam lebih jek.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Korban dan Aqiqah  

acara gotong royong

lepas bahagi kpd fakir miskin, apa lagi.....

yum yum...besh tak?? hehe

Mcm biasa la, aku bukan ni jenis yg update blog on time, sbb byk lagi priority yg aku kena buat. (contohnya tukar pampers anak2...haha)

Raya haji baru ni aku sambut di rumah familiku di Terengganu. Sesiapa dari Ganu - Klatey mmg tahu betapa meriahnya raya haji di sini. Tiap-tiap tahun keluargaku tidak melepaskan peluang utk berkorban, ye la setahun sekali.

Lagi pun kat kampung aku nih, acara korban dilakukan secara kongsi iaitu dibahagikan kepada 7 bahagian. Biasanya satu bahagian lebih kurang RM250 - RM350 sahaja, tak la mahal kan. Tahun ni aku dan keluargaku ambik 2 bahagian utk korban dan 1 bahagian utk aqiqah anakku.

Sesiapa yang belum belum berkorban, aku doakan kalian tercapai hajat kalin utk tahun 2008 ni, insya Allah.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

My Trip to Taman Burung, Kuala Lumpur  





Baru2 ni bawa famili aku jenjalan ke Taman Burung Kuala Lumpur, berdekatan dengan Tasik Perdana Kuala Lumpur. Ok la jugak jenjalan Taman Burung ni, tak macam zoo-zoo lain kat Malaysia nih (tengok gambar di sini) sbb burung-burung dilepaskan berkeliaran.

Antara pengalaman menarik juga dapat tengok burung kakak tua (atau Macaw) buat persembahan burung (tengok video di sini). Ok, malas nak citer banyak, korang layan la video n gambar2 kat sini. Bayaran masuk RM12 utk dewasa dan RM6 utk kanak-kanak.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button