Finally, aku berjaya gak update blog. Ni pic anak aku yg ke 4 Faizatul Wafa yg dilahirkan di Pusat Bersalin Umra, Shah Alam pada 18 November 2009 dengan berat 2.7 kg sahaja. (3 bulan baru nak update...uhuhuu)
Wafa' ni maknanya 'orang yg menunaikan', maksudnya org yg menunaikan tanggjawab, menunaikan hutang. Pendek kata rajin la kot. Insya Allah...
Pada 2 Ogos 2008 baru-baru ini PASTI Ibn Sina telah menganjurkan Karnival Sukan di Padang 2B2, Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam yg disertai oleh anak aku Faizatul Fatihah. Karnival Sukan 2008 ini merupakan acara sukan julung-julung kali yang diadakan memandangan PASTI Ibn Sina baru sahaja ditubuhkan awal tahun 2008. Acara diserikan lagi dengan kehadirah Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkifli Ahmad sekaligus merasmikan acara ini.
Walaupun Karnival Sukan ini khas untuk para pelajar, ibu bapa juga turut diberi peluang dalam acara dewasa. Bukan itu sahaja cabutan cabutan bertuah juga turut disediakan. {read more}
Anak aku kena demam + ruam. Saspen gak takut denggi...tp alhamdulillah. Tak pe la, hari ni cuti ngaji Iqra'...esok sambung k. Ni gilir tiga2 orang demam pas sorang-sorang ikut syif. {read more}
Pada 3 tahun lepas, di hari Jumaat tanggal 15 April 2005, isteriku selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Pusat Rawatan Islam Sungai Buloh pada jam 9.30 pagi. Syukur sbb yang pertama dapat baby boy, yang kedua nasib baik pagi Jumaat. Kalo Faizatul Huda (no 2) dulu, lahir pukul 1.25 pm hari Jumaat, kelam kabut jugak takut tak sempat solat Jumaat.
Perkataan yang suka Irfan sebut ialah 'power', skit2 power. Nampak keter sport...keter power. Nampak motor kat tv. motor power. Bila aku drive slow...babah bwk keter 'power' la skit.
Ps: Sekarang Irfan dan pun berumur 3 tahun so, boleh la kita proceed no 4 ek? Boleh ye sayang...boleh ek? hehe
Lihat Album penuh Fiaz Irfan sejak lahir hingga sekarang di sini.
Camana aku bleh lupa nak upload gambar besday anak aku sorang nih....bukan apa, gambar tatau letak kat folder mana. Bayangkan gambor kat PC buruk aku nih(tp power baru updrade...hehe) lebih 4000 keping....uhuhu. Aku lak x sempat lagi nak organize gambor2 latest terutama lepas PRU12 nih...uhuhuuuu
Btw, selamat ulangtahun ke 4 dari babah...jgn nakal ye sayang. Belajar rajin2 sampai obesi....duit abah support, takyah la buat loan PTPTipu tuh yer cyg bucuk....:p
Ni merupakan aktiviti mingguan kami sefamili pada hari minggu (err..hampir setiap minggu). Lokasi jogging dekat dgn rumahku di tasik kawasan perumahan Shah Alam 2, Puncak Alam.
Btw, khemah ni aku beli kat Econsave dengan harga RM29.90. Murah sbb kecik saiz S, lg pon tengok meterial dia mcm tak berkualiti, tp ok la daripada sesape takde khemah...haha.
Cerita bab bercamping, byk kali gak aku join masa kecik2 dulu smp aku aku dah tua nih. Tepi laut, atas bukit, tepi tasik, tepi air terjun, kolam air panas...rasanya byk gakla. Dalam laut n atas pokok je tak pernah, Jun n Sheda terer la kot...
Cuma aku nak share pengalaman pahit manis aku bercamping dulu-dulu:
1. Pengalaman camping Pantai Tuk Jembal, Terengganu, ribut petir melanda dan sebatang pokok kelapa tumbang lebih kurang 1 meter dari khemah kami. Alhamdulillah selamat.
2. Semasa camping di Lata Tembakah, Besut, khemah kami ditenggelami air akibat banjir. Kami juga tak dapat balik sbb jalan keluar utama juga ditutup dinaiki air. Akibat lama berendam air, kukakikakukokakukaku dijangkiti penyakit ntahapekenamantah.
3. Semasa camping di Tasik Kenyir, waktu malam terdengar bunyi gajah mengamuk mematahkan ranting kayu berdekatan khemah kami. Pagi esok bila bangun tiada ranting pon yang patah, tapak gajah pon tak jumpa.
BTW, kita tunggu kat PD esok, kat mana khemah ini akan terpasang. Atas pokok, dlm laut...tungguu.
Semalam, Sabtu (erk sejak bila aku pandai updek blog awal nih..) kami jenjalan di Pantai Jeram, Kuala Selangor. Bagi aku yg berasal dari Pantai Timur yg terkenal dengan pantai yg best, maka aku ingat tiada yg special kat pantai nih.
Tapi rupanya baru aku perasan, Pantai Jeram nih cukup unik sbb selain pasir yg hitam (atau lumpur) byk fauna yg boleh ditemui di sini. Antaranya ikan belacak dan puluhan burung-burung mencari makanan di sini.
Walaupun tidak sama dengan pantai di di Terengganu atau Pahang, Pantai Jeram ni mempunyai keunikan tersendiri.
Dengan penuh bangga aku mengucapkan TAHNIAH kpd anak sulongku FAIZATUL FATIHAH kerana dapat la jugak no 3. Sebenarnya target no 1, tp byk sgt open house raya masa exam dia tu, tak nampak plak dia study...biasa la bebudak.
BTW, ni result dia: - BM 100% (A) - Pra IT 96% (A) - BI 100% (A) - Math 86% (A) - Sains 96% (A) - P. Islam 100% (A) - Penulisan 98% (A)
TAHNIAH dari babah, usaha lagi dan lagi...biar dapat 100% semua. Nanti babah bawak gi Cameron Highland yerk. (tp mak dorang ajak pegi Pulau Manukan...uhuhuuu)
{read more}
"Ifan mam, ubat adek...." (Irfan demam, ubat takde...). Adeh, nak nangis aku dgr anak bongsuku merengek dia demam. Oooo malas makan ubat, kata takde....bijak bijak.
Selamat Hari Lahir buat anak sulongku Faizatul Fatihah aka Along pd 16 September yg ke 5. Semoga besar esok menjadi seorang muslimah yang mukminah yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Katanya nak jadi doktor, maknanya aku kena kumpul duit at least RM100k utk sambung course medic esok. (tak pe la babah tak tukar toyota estima pon, pakai wira buruk jek...uhuhuuu)
ps: Aku sebenarnya tatau "Hari Jadi" anak aku nih sbb kurang maklumat bila tarikh tepat persenyawaan sperma dan ovum. wakakaka...
Biasanya aku atau wife aku akan mengajar anak2 kami Iqra' lepas solat maghrib. Anakku yg sulung Faizatul Fatihah (5 thn) baru Iqra' 2, bacaannya alhamdulillah agak lancar tp biasa la utk 5 @ 10 minit pertama. Manakala anakku no 2 Faizatul Huda (3 thn) masih Iqra' 1. Bacaanya temgok mood dia.
Tgk video aku amik nih, aku rasa garang jugak aku ngajar anak2ku...hehe
Faizatul Fatihah. Ni aku tgh penat, suara pon ngantuk jer...
Anak2 ku bergambar dengan cikgu2 masa hari sukan baru2 ni. Takyah la aku sebut semua nama2 cikgu2 tu, sbb aku pun x kenal. Aku pun panggil cikgu jer... hehe