Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Harga Minyak Turun RM2.20??  

Tahukan anda harga pasaran dunia sudah turun?

Bloomberg melaporkan harga minyak pada 29 Julai 2008, ialah sekitar USD122 / RM398 se tong.

Semasa Pak Lah mengumumkan kenaikan minyak pada 4 Jun 2008, harga minyak dunia ialah USD149 / RM486 se tong iaitu RM3.00 seliter. Kerajaan menjanjikan subsidi 30 sen daripada harga pasaran iaitu RM2.70 seperti yg kita bayar hari ini.

Berapakah harga 1 liter petrol dunia sekarang??

Secara mudah 1 tong minyak bersamaan 159 liter. Jika harga minyak ialah USD122 atau RM398 se tong, Maka harga minyak dunia sekarang ialah:

RM2.50 (tanpa subsidi)
RM2.20 (dengan subsidi)

So??

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Debat Minyak : Apa Penyelesaiannya??  


Semalam aku melihat siaran ulangan Debat Khas pada pukul 1 pagi di Astro Awani. Aku tidak mahu membuat sebarang ulasan panjang, cuma apa yg boleh aku simpulkan, debat ini lebih bertujuan utk MENCARI SERIBU ALASAN DARIPADA MENCARI SATU PENYELESAIAN untuk mengurangkan penderitaan rakyat. Tiada pemenang dan tiada pengalah, sbb harga minyak akan terus kekal. Rakyat akan terus 'menikmati' kadar inflasi yang akan terus meningkat.


Baca rumusan penuh debat =>

RUMUSAN, hujah DSAI

* Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
* Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
* Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
* Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
* RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
* RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
* Maka selesailah masaalah

LAIN – LAIN HAL

* Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
* Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI’ IMF.
* Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
* Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.

AHMAD SHABERY

* Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN“
* Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
* Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakan

TAMBAHAN SIKIT

* Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi

Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.


Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?

* Zukifli Sulong

Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?

NOTA

* DSAI akan bertanding dalam pilihanraya kecil, dalam masa se singkat – singkatnya
* Adakah di Permatang Pauh ?

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Hari Malang Yang Terubat  

Hari ni aku ke pejabat pos untuk renew roadtax kereta aku. Awal pagi aku dah sampai Pos besar Shah Alam, tp rupanya pejabat pos penuh dengan manusia yang beratur menagih subsidi minyak yang dirampas penyangak wang rakyat.

Selalunya roadtax renewal di pejabat memakan masa 10-15 tapi memakan sejam lebih. Amat malang sistem JPJ pulak down. Bayangkan aku sejam lebih menunggu. So, aku ke bank 'adik Dato' Seri Najib Tun Razak' untuk withdraw komisen Adsense sbyk USD156.76 (dlm RM505.25).

Kemudian aku ke Pejabat Pos Kelana Jaya dengan harapan sistem JPJ kembali normal. Alhamdulillah sistem dah ok, tapi no giliran menunjukan ada lagi 100++ yang menunggu giliran.

Tapi nasibku agak baik, kerana ada seorang pelanggan berbangsa cina menawarkan utk renew sekali dengan dia walaupun tidak kenal. Ni pun gara2 aku yang peramah bersembang dengan dia sambil menunggu giliran. Thanks a lot Lim for ur help.

Hatiku terubat lagi, apabila renew roadtax aku layak menerima 'wang ehsan' secara tunai sbyk RM625.00 atau RM1.70 sehari yg kononnya dikatakan rebet petrol. Tapi adakah RM1.70 cukup utk menampung kenaikan harga barang keperluan harian sekarang?? Pernah aku lunch nasik berlauk ayam berharga RM9. Tu baru lunch belum lagi pampers, susu anak, serta bil-bil yang lain. Bil letrik pun turut naik.

Tapi aku masih beryukur kerana sekurangnya aku bekerja sendiri, aku masih mampu menghadapinya. Tapi bagaimana nasib orang yang bergaji RM1000 sebulan??? Kalau takat pak guard, tukang sapu, cleaner yg bergaji RM400 macamana???

Wahai Pak-pak Menteri, korang yang bergaji RM50 ribu sebulan (tidak termasuk elaun ahli lembaga pengarah), lesen-lesen kontraktor yang korang sapu, serta side-side income melalui proxy yang dilantik, sanggup ke korang tido lena dalam banglo mewah melihat rakyat menderita??? Apa jenis manusia korang nih....

Tapi hatiku sedikit terubat dengan jawapan korang...UBAH GAYA HIDUP!!! Ya betul...

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Gaji CEO TNB RM1,107,280,00???  

Gaji CEO TNB RM1,107,280,00???

Apa terer sgt CEO TNB nih hingga layak terima gaji sebegitu rupa?? Aku tidak akan HALALkan sebarang kenaikan tarif letrik yang akan aku bayar kepada TNB. TNB milik rakyat dan kembalikan hak rakyat...

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim : Sape Liwat Sape??  




Kenyataan pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas laporan polis oleh Saiful Bukhari.


Aku sebenarnya tergelak bila dengar berita ini. Bukan apa, politik Malaysia ni dan jadi macam cerita kartun. Tak abis lagi dengan isu minyak naik, barang naik, krisis makanan, tambahan pula tarif letrik akan naik 1 Julai ni (dikala CEO TNB menikmati gaji RM90k sebulan sekarang) pastu timbul plak isu nih.

Aku pun tak ambil tau sangat, tapi ramai kawan2 + client yang tanya aku pasal kes ni smp YM aku jadi macam hotline, so terpaksa la aku buat sikit research meliwat secara rambang. Takde la susah sgt, baca history mamat hensem tu, latar belakang dia pastu tgk youtube kenyataan pak-pak menteri, tgk artikel berkaitan, call member aku kat parlimen, ahli politik dan bla2....

Aku bukanlah nak disclose hasil pencarian aku tuh, korang carilah jawapan sendiri sama ada betul atau tak benda ni. Bak kata Nabil....lu pk la sendiri.

Cuma aku tertarik satu kenyataan sorang menteri bahawa Malaysia negara demokrasi dan kerajaan tidak pernah menghalang karier mana-mana ahli politik. Kalo ni memang kenyataan tipu la oleh seorang bergelar menteri. Rasanya semua dah tau amalan cantas mencantas dalam dunia politik nih, dari berebut ketua cawangan smp ke peringkat pusat. Contoh byk sgt, tak larat nak cerita.

So, aku tak hairan lah kalo wujud konspirasi nih ke atas DSAI, sbb dia bukan mangsa pertama cuma cara yang berbeza. Teringat tahun 1998 dulu, masa tu aku masih student, DSAI dicantas oleh TDM sendiri. Tapi sekarang ni setelah siasatan terperinci, semua tuduhan digugurkan. Bukan cantas ke tuh??

Cuma pendapat aku, ni isu klimaks dan penentu untuk siapa akan jadi pemenang, Pak Lah vs DSAI. Berdasarkan sumber yang rapat dengan aku dan boleh dipercayai, chance utk Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Persekutuan amatlah besar, dan dengan isu ini Pak Lah berpeluang utk menghalang.

Sekarang ni ibarat DSAI akan mengambil sepakan penalti dan Pak Lah sebagai penjaga gol. Gol atau tidak kita tunggu dan lihat, even Bekham, Ronaldo pun miss penalti, ye tak?

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Royalti Terengganu : Sireh Pulang ke Gagang  

Akhirnya hasil royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu yang dirampas oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Menurut Dewan Rakyat sejak Mac 2004 - Mac 2007, wang ehsan yang dibayar adalah berjumlah RM7.364 bilion. Satu angka kalau mengikut logik akal kepala otak aku ni boleh sekurang-kurangnya boleh mengurangkan paras kemiskinan rakyat Terengganu yang sehingga hari ini masih berada di tangga ke-2 di Malaysia. Hairan bukan??

Baca berita selanjutnya

T'ganu dapat balik royalti minyak
Jun 14, 08 4:40pm

Kerajaan Persekutuan hari ini bersetuju untuk mengembalikan wang royalti minyak sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata pemberian wang royalti itu akan dilaksanakan setelah perincian mengenai syarat-syarat terhadap perkara berkenaan ditetapkan.

"Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk kembalikan wang royalti minyak kepada Terengganu dan butiran, prosedur serta langkah yang diambil itu akan ditetapkan apabila perbincangan dengan kerajaan Terengganu diadakan," katanya.

Abdullah, yang dalam rangka lawatan sehari ke Terengganu, berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno Terengganu di Primula Beach Resort di Kuala Terengganu.

Kerajaan Terengganu sebelum ini meminta Kerajaan Persekutuan menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri untuk digunakan bagi projek-projek pembangunan rakyat.

Menurut laporan Bernama, Kementerian Kewangan pada 5 September 2000 telah menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ihsan.

Wang itu disalurkan terus melalui projek pembangunan dan bukannya melalui kerajaan negeri apabila PAS memerintah Terengganu selepas pilihanraya umum 1999.

Baru-baru ini, Dewan Rakyat diberitahu kerajaan Pusat telah menyalurkan wang ihsan kepada kerajaan Terengganu bagi tempoh tiga tahun sejak Mac 2004 hingga Mac 2007 berjumlah RM7.364 bilion.

Mengulas lanjut, Abdullah berharap dengan pemberian semula royalti minyak itu, kerajaan Terengganu dapat menguruskan wang berkenaan dengan baik dan membuat perbelanjaan berhemah dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di negeri itu.

"Saya yakin boleh (kerajaan Terengganu uruskan wang royalti itu dengan baik). Kalau kita dah ada wang, pandai-pandailah uruskan kerana kita akan menghadapi pelbagai situasi yang memerlukan perbelanjaan yang kadang-kala lebih daripada kita jangkakan.

"Kalau duit sudah habis, perbelanjaan itu tidak merupakan perbelanjaan yang berhemah, maka kita yang akan menghadapi banyak masalah. Maka dengan itu, pentadbiran dan perbelanjaan yang berhemah mestilah menjadi amalan kita. (sama ada) masa susah atau pun senang," katanya.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Daulat Tuanku : Kami Rakyat Bersama Tuanku  


Daulat Tuanku, kami akan tetap bersama Tuanku, walaupun ada pihak yang cuba utk menderhaka kepada pihak istana. Kami bertambah sedih, kerana pihak yang menderhaka itu mendakwa merekalah pejuang sebenar orang Melayu dan kononnya merekalah yang sanggup berkorban untuk membela Institusi Kesultanan Melayu. Mereka harus dihukum pancung atau sula selayaknya....

DAULAT TUANKU.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button