Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Blogger Award from Kak- E & Yonna  

Di terima dr Deq Yonna from Penang with love. Sape nak makan Char Kuew Teaw Penang, leh hubungi Deq Yonna.

Ni plak diterima dari Kak-E aka Umie-E. Kak E ni pandai masak...mcm2 masakan dia boleh masakan dr masakah barat timur utara selatan semua boleh.

BTW, TQVM.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Tag Ramadhan al-Mubarak  

Aku kena TAG lagi. Kali ni dari Auntie Umie, so sambil pakaikan pampers kat anak aku, aku menekan keyboard:

Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
Seingat aku umur 5 tahun aku puasa 5 hari. Anakku Faizatul Fatihah (5 tahun) lagi hebat, setakat hari ni dah 8 hari. Ok, aku start puasa penuh pada tahun 1986 masa darjah 3. Aku sorang je penuh time tu...eh riak dan takabbur lak. hehe


Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
Dari 1986 - 2007, jawapannya tak pernah. Err.. dah 21 kali Ramadhan aku dah puasa. Adakah aku layak menghuni syurgaMu ya Allah. hmmm....

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
Masa kecik bapak aku tak bagi main bungan api pun apatah lagi mercun. Bila jadi bapak budak baru aku main sakan..haha. Main mercun ada la sekali dua seumur hidupku ini. isk isk.

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
Kurma + air teh susu panas + kueh mueh. Jarang makan nasik. Sbb tu masa aku keje bank dulu aku tak penah pergi mana-mana event buka puasa (even free sponsored by vendors). Dulu penah penah buat kat Sheraton Hotel, Renaissance Hotel, Restoran Nelayan, Restoran Seri Melayu, dan bla2. Aku prefer berbuka kat umah bersama anak isteri tersayang.

Lagu raya manakah yang anda suka??
Semua lagu lama yg evergreen eveready, tp takde satu pon yg aku hafal. Tp yg paling feberet lagu Lebaran Ini dendangan gabungan kumpulan nasyid dalam album Maafkan oleh Raihan. Download di sini.

Tahun ini anda beraya di mana??
Raya 1-2: Rumah ibu mertuaku di Tg Karang, Selangor.
Raya 3-4: Rumah ibuku di Kg Teluk Pasu, Kuala Terengganu.


Pernahkah anda bertugas di hari raya??
Tidak pernah.

Apakah kenangan paling manis di hari raya??
1. Pada Syawal 1422, pertama kali IZA dan LI beraya bersama.
2. Pada Syawal 1423, pertama kali beraya 'bertiga'.
3. Pada Syawal 1424, pertama kali raya di rumah sendiri.
4. Pada Syawal 1425, pertama kali beraya 'berempat'.
5. Pada Syawal 1426, pertama kali beraya 'berlima'
Semua tu manis belaka...chewwah.

Aku nak sebarkan tag raya ni kpd mangsa2 berikut, jgn lupa menjawab dengan penuh perasaan...hehe

1. Abang Kassim Selamat
2. Datin Carneyz
3. Uncle J Di situ
4. Mama Rahsia
5. Miss Faizzah
6. Miss Meera
7. ShayLuvU
8. Datin Ila

babah, bila nak gi shopping nih??
takde shopping...raya tak jadi tahun ni, anak bulan tak nampak.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Tag : My 8 Habits (Habitat?!!)  

Adeh, aku kena tagged 3 orang blogger sekaligus Dek Ien, En Farmasi, dan Cikgu Azleen. Tak pasal2 nak kena jawab, dah ler susah plak soklan tuh..pasal "habit"dan mmg aku tak suka nak disclose habit aku nih. Dulu2 ada la aku tulih dalam autobiography bila tekel wife aku, resume mintak keje dan masa apply MBA kat UiTM.

Btw, aku try penuhi permintaan 'peminat' aku nih.

1. Bangun tidur :
- lepas bangun tidur pepagi masuk bilik air, gosok gigi, mandi dan amik wudhuk. Dah jadi habit aku kalo lepas mandi mesti amik wudhuk even bukan nak solat.

2. Kerja :
- habit bila pagi masuk ofis aku akan on laptop cek email, production report dan macam2 report lagi. Pastu minum dengan bos.

3. Balik kerja :
- main dengan anak kejap, then naik bilik bertapa sekejap sebelum mandi. Wife dan anak2 aku pun dah biasa habit aku yg "suka berkurung" dlm bilik bila balik kerja. Then baru solat maghrib sama2 lepas tu ajar Iqra' kat anak2 aku.

4. Tengok TV :
- aku suka 'control' remote control , tak kisah la masa kat kampung ke, umah ibu mertuaku ke.

adeh..x de idea dah.

5. Driving :
- Aku lebih suka guna highway dan tak suka berjimat pasal tol. Suka memandu di lorong paling kanan, dan tak suka ada kenderaan di depan, tak kena hi-beam kena cucuk..ahaks. Kalau long distance, suka drive waktu malam sebab sejuk dan senang overtake. (Nak wat camana, dah habitat semulajadi..ahaks)

6. Shopping :
- Express shopping, pilih barang terus bayar kat kaunter balik. Tp kalo bawak wife aku...adeh.

7. Cuti-cuti Malaysia:
- Suka bercuti bawak famili jenjalan. Suka alam semula jadi dan tak suka bandar besar dan tempat ramai orang. Cuti-cuti tahun 2007 ni termasuk Sg Klah Hot Spring, Pulau Pangkor, Pantai Cherating, Terengganu (my hometown), Perlis, Bukit Melawati, Penang, Aquaria KLCC, dan Taman Pertanian Bukit Cahaya. Percutian lepas boleh lawat Blog Cuti-cutiku.

8. Sebelum tidur :
- cek email dan report lagi. cek dan update blog. buat planning kerja untuk esok. cium anak2 aku dan umi dorang sebelum tido.

SekianG sahaja habit aku.

Ps: aku tatau nak tag sape.....hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

New Virus Detected!!!  


adeh, tak pasal2 aku lak kena virus.....uhuhuuu. btw, utk jaga hati adik iEn aku sorang nih, aku cuba la halau virus tuh...syoh syoh syoh. ekekeke...

1) Apakah resolusi yang anda gunakan?
ntah aku pon tatau....1024 x 768 kot. kat mana nak cek?? hehe

2) Tema atau ciri-ciri blog?
tema?? ntahaapaapa....blog ni sebenarnya dedicated to my family, my kids n my frens, tp dah jd blog rojak plak....kira cam kalerful la

3) Kekuatan Blog anda? (Shoutbox, Komen, Ramai Kenalan, Entri yang menarik perhatian atau lain2, sila nyatakan)
kekuatan blog aku ialah sbb aku selalu posting kisah family aku, my kids, coti2 mesia. aku rasa dorang suka tgk anak2 aku yg comel kot. ye betol, anak2 ku yg comel merupakan kekuatan kpd diriku (err apa aku melalut nih...hehe)

4) Kelemahan Blog anda?
Byk kelemahan, selagi benda nih ciptaan manusia mmg byk kelemahan....:p

5) Jenis connection anda?
Streamyx la...kadang2 hotspot.

6) Berapa kali anda menukar baju atau template Blog?
Aku x suka tuka2 template....tp aku suka usha template baru.

7) Kekerapan posting?
Selalu, kadang2, jarang2......sukati aku la bila nak posting. hahaha...

9) Sejak bila anda mengenali Blog?
Dah lama kenal, dah jauh pakcik jalan...jalan ke depan bukan ke belakang. errr apa soklan ek?? Start blogging Disember 2006. Sebelum tuh lom terbukak hati.....

9) Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan blog yang disediakan?
Puas hati ke??? aku rasa kalo dia tulon aku update automatik pon ok gak...leh aku lepak jek..ahakz

10) Adakah anda berasa tensyen bila Blog rosak? Bagaimana anda mengatasi?
Blog aku x penah plak rosak....kalo rosak aku akan antor workshop iEn

11) Apakah harapan anda pada Blog?
Semoga blog aku nih dinobatkan sbg blog terbaik di planet ini (siap ko john chow). Hehe x de harapan la, just sharing info, cari kawan, cari mangsa aku nak sakat....bla2. Yang penting, bila aku tua2 esok then anak2 aku dah besar bleh la aku jenguk2 kat sini.....

mangsa2 lain yg kena tagging aka virus oleh iEn ialah:
Topek, Khal, Aria, Umie, Izali, Hummy, Airynn, Forumer, Kak Long, Shai

Jom kita pegi blog dorang plak. (err jaga ko iEn grrr.....)

edited by aku on 7 July 2007 lebih kurang kol 11 lebey....

tapi aku rasa x besh la kat x pass meme / tag ni kat orang lain, so the next victim will be:

1. 6shot aka 5sal
2. Retna si Anak Omak
3. Matju Jejaka Klate
4. Striker Awex HUSM
5. Junadix, Big Boss MSJ Box

The rule must be followed....muahahaha, beshnyer beshnyerr....

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button