Showing posts with label album. Show all posts
Showing posts with label album. Show all posts

Test Update Blog  


Pantai Indah Seaview Resort


Gunung Ledang Resort

Lama betul tak update blog, takde benda nak merapu, dek kekalutan kepala otak aku nak memahami Article 16 (6) Perak Constitution, bleh ke Sultan Perak pecat MB?? Perlembagaan mana lak dia ada kuasa pecat MB? Macamana nak lantik MB baru jika MB lama masih belum dilucutkan jawatan atau meletak jawatan??

Nak lucut jawatan bukan melalui undi tidak percaya ke?? Nak undi tak percaya bukan kena ada sidang dun ke?? Belum lagi cerita pasal speaker...

Ish konfius aku nih....kalo lawan kata derhaka, tap sultan sendiri pun tak ikut perlembagaan ikut Fasal 16(6) tuh...

Errr...gambar takdo kono mengono dengan aku merapu nih. hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Aksi Juara 'cilik' Ihtifal PASTI 2008  



Aksi Sang Juara 'cilik' mendeklamasikan sajak.


Aku amat terpaku melihatkan dua orang pelajar PASTI diatas yg menjadi peserta dalam Ihtifal PASTI 2008 peringkat Kuala Selangor yang diadakan di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh. Amat mengagumkan lagi, kanak-kanak lelaki tersebut baru berumur 4 tahun.

Lihat rakaman video kumpulan Nasyid yang menjadi juara dan aksi-aksi para peserta yang sempat aku rakam di bawah:



Kumpulan nasyid yang menjadi juara dar PASTI Al-Wafi



Gelagat para peserta, ibu bapa dan penonton.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Karnival Sukan PASTI Ibn Sina 2008  



Perbarisan Para Pelajar



Antara gelagat pelajar dan ibu bapa.


Pada 2 Ogos 2008 baru-baru ini PASTI Ibn Sina telah menganjurkan Karnival Sukan di Padang 2B2, Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam yg disertai oleh anak aku Faizatul Fatihah.

Karnival Sukan 2008 ini merupakan acara sukan julung-julung kali yang diadakan memandangan PASTI Ibn Sina baru sahaja ditubuhkan awal tahun 2008. Acara diserikan lagi dengan kehadirah Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkifli Ahmad sekaligus merasmikan acara ini.

Walaupun Karnival Sukan ini khas untuk para pelajar, ibu bapa juga turut diberi peluang dalam acara dewasa. Bukan itu sahaja cabutan cabutan bertuah juga turut disediakan.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Sejambak Bunga Mawar di Hari Lahir Isteriku Tercinta  

2 Dozen Red Roses 'Virginia'

Vanilla Chocolate Cake

Hari ini merupakan Hari Lahir Isteriku yang ke 31. Tiada apa yg aku berikan kpd isteriku, kecuali sejambak bunga ros 24 kuntum Virginia dan coklat Ferrero Rocher yg aku order dari www.blooming.com.my dan dihantar ke sekolahnya sebagai kejutan.

Selamat hari lahir buat isteriku terchenta, semoga dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur. Semoga keluarga bahagia yg kita miliki kekal berpanjangan dunia dan akhirat. Amiin. Cuma abang teringin nak baby lagi, boleh sayang?? hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Lepak-lepak di Pantai Teluk Ketapang, Terengganu  

Lepak sambil pekena kepok lekor...


Kalo kat KL bleh menjala camni kan besh...

Kalau balik Terengganu tak singgah di Pantai Teluk Ketapang memang rugi. Pantai Teluk Ketapang juga dikenali dengan Pantai Epok. Epok tu sebenarnya sebutan bagi 'airport' oleh orang Ganu. Sesape yang lepak sini boleh nampak Lapangan Terbang Sultan Ismail yang sekarang ni dalam proses tumbesaran. Layanzz...

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Lupa Upload Gambar Birthday Huda  


Camana aku bleh lupa nak upload gambar besday anak aku sorang nih....bukan apa, gambar tatau letak kat folder mana. Bayangkan gambor kat PC buruk aku nih(tp power baru updrade...hehe) lebih 4000 keping....uhuhu. Aku lak x sempat lagi nak organize gambor2 latest terutama lepas PRU12 nih...uhuhuuuu

Btw, selamat ulangtahun ke 4 dari babah...jgn nakal ye sayang. Belajar rajin2 sampai obesi....duit abah support, takyah la buat loan PTPTipu tuh yer cyg bucuk....:p

Jom tengok gambar dia dari baby => kat sini

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

My Desktop Wallpaper  

I'm a busy man, very busy. Let the picture (and monitor as well) tell u how bz I am...haha.

Ps: kalo monitor 42 inch pon x cukup maa....

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

DRC Football Team  

barisan skuad DRC FC, aku baju putih duduk paling kanan

antara aksi menarik cuba menyepak bola ke arah lawan...hehe

Kasut emas, ni la kasut yg byk berjasa menyumbat gol sendiri...wargkaka

Ni la, Futbol Team aku yg diberi mana DRC FC. DRC ialah singkatan Dok Rok Cettong yg diasaskan oleh kapten pasukan, Panglima Awang Hitam. Sebenarnya team ni baru setup balik sbb dah lama tak turun padang sejak FAM dilanda rasuah beberapa ketika dahulu.

So, ada branik nak lawan?? hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Photo Competetion : Vote My Photos  


I join photo competetion at www.eoe.com.my name A Smile Is Worth A Thousand Words. So, appreciate if u all guyz to vote my photos.

Prizes:
1st prize – 1 x Olympus FE-280 worth RM799
2nd prize – 1 x RM300 eoe Online product voucher
3rd prize – 1 x RM100 eoe Online product voucher


Should my photos listed as a winner?? You decide it....:)

Note: photos taken at Pantai Batu Burok, Terengganu. See more photos here.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Korban dan Aqiqah  

acara gotong royong

lepas bahagi kpd fakir miskin, apa lagi.....

yum yum...besh tak?? hehe

Mcm biasa la, aku bukan ni jenis yg update blog on time, sbb byk lagi priority yg aku kena buat. (contohnya tukar pampers anak2...haha)

Raya haji baru ni aku sambut di rumah familiku di Terengganu. Sesiapa dari Ganu - Klatey mmg tahu betapa meriahnya raya haji di sini. Tiap-tiap tahun keluargaku tidak melepaskan peluang utk berkorban, ye la setahun sekali.

Lagi pun kat kampung aku nih, acara korban dilakukan secara kongsi iaitu dibahagikan kepada 7 bahagian. Biasanya satu bahagian lebih kurang RM250 - RM350 sahaja, tak la mahal kan. Tahun ni aku dan keluargaku ambik 2 bahagian utk korban dan 1 bahagian utk aqiqah anakku.

Sesiapa yang belum belum berkorban, aku doakan kalian tercapai hajat kalin utk tahun 2008 ni, insya Allah.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

My Trip to Taman Burung, Kuala Lumpur  





Baru2 ni bawa famili aku jenjalan ke Taman Burung Kuala Lumpur, berdekatan dengan Tasik Perdana Kuala Lumpur. Ok la jugak jenjalan Taman Burung ni, tak macam zoo-zoo lain kat Malaysia nih (tengok gambar di sini) sbb burung-burung dilepaskan berkeliaran.

Antara pengalaman menarik juga dapat tengok burung kakak tua (atau Macaw) buat persembahan burung (tengok video di sini). Ok, malas nak citer banyak, korang layan la video n gambar2 kat sini. Bayaran masuk RM12 utk dewasa dan RM6 utk kanak-kanak.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Selamat Harijadiku ke...  

adik aku 10 Disember , aku lak 11 Disember....

Pd 11 Disember 2007 baru genap la umur ku 30 tahun. Dlm byk2 besday yg aku celebrate, ni la 1st time celebrate dgn family belag parent aku n family belah parent wife aku (ibu bapa mertuaku la..)

BTW, doakan aku moga murah rezeki, moga tawun depan leh beli rumah ke sejibik lagi atau dpt sambau mpv ke...errkk materealistik sungguh aku nih. hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Kenangan SMKA Tok Jiring 1990 - 1994  





Ni la sekolah menengah aku start form 1 - 5. Sekolah aku nih kira antara sekolah terbaik la kat Terengganu. Ingat aku masa SPM 94, skolah aku antara 3 terbaik bersama dgn SM Sains Sultan Mahmud (SESMA) dan SM Sains Dungun. Takat MRSM tu korek idung je la...wargkaka.

BTW, bukan nak bangga sgt pon, tp yg penting aku nak ucap terima kasih byk kat para guru, ustaz, cikgu-cikgi yg mengajar aku jadi manusia sebenar. Jasa kalian tidakku lupakan....

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Kenduri BERSIH @ Istana Negara  

tgk gambar yg aku amik...





rakaman video aku..


klik for more videos


Kali ini aku beraya di depan Istana Negara sempena Himpunan Aman Bersih pada 10 November 2007. Himpunan Aman BERSIH ini bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (Sultan Mizan kesayangku...)untuk mendesak PRU12 yg lebih bersih. Klik utk baca apa itu BERSIH?

Aku pon tatau la brp org yg hadir, korang tengok sendiri gambar dan video yang aku amik.

Tp dalam byk2 'kenduri' yg aku terlibat, demo ini yg paling tersusun. Pihak penganjur juga menyediakan pasukan khas untuk memantau keselamatan dan juga trafik. Berita TV3 mengucapkan tahniah kpd 4000 anggota keselamatan kerana berjaya mengawal keadaan, tp sebenarnya dorang byk duduk lepak bawah pokok jer. Yang byk mengawal keadaan ialah pasukan Unit Amal (berpakaian seragam merah), dan para peserta yg berdisiplin. Tahniah.

Cuma berlaku kekecohan di Masjid Jamek. Aku takde kat situ, sbb aku dah sampai kat Istana. Tp yg turut ditangkap 2 orang sahabatku Ustaz Ridzuan dan Wan Zul. Sebenarnya tak lah kecoh, cuma pihak polis dan FRU cuba menghalang orang ramai dengan semburan gas dan air pemedih mata. Biasa la keje FRU mmg nak sembur jer. Dah memang arahan pihak atas utk halang Himpunan Aman Bersih ni. Tp bagus jugak FRU sembur, at least kita tau la jugak sape yg buat kecoh dulu...

Sekali lagi tahniah kpd pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan Himpunan Aman Bersih dengan selamat. Cuma aku kecewa, media dan TV takut nak siar cerita sebenar, biasa la Malayais kan negara demokrasi terpimpin....haha.

Takat ni dulu, kang blog aku plak kena ban plak....hehe

ps: digicam aku x bw bwk, takut kena rampas ngan polis...ni pakai henpon buruk :)

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Masjid Kristal, Terengganu  




Lihat Gambat 360 Masjid Kristal dr Pulau Duyung

Maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a :

Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid."

Keterangan
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang dibina di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Wan Man. Ianya merupakan satu juzuk dari himpunan yang dinamakan Taman Tamaddun Islam. Menelan belanja kira-kira RM250 juta. Pembinaannya diserahkan kepada Patrick Lim.

Setakat ni tiada penghuni di pulau ni dan spesis yang tinggal di sini pada ketika ini adalah bewok (biawak) dan kera.

Kalau Idris Jusoh memberi alasan perobohan Masjid Desa Makmur Kijal kerana tiada penghuni pun di situ, maka masjid kristal itu sendiri didiami oleh bewak dan kera menjadi alasan ianya layak dibina.

Apa pun alasannya projek masjid kristal ini adalah bertujuan:-
- Untuk pelancongan.
- Untuk mewujudkan projek kepada Patrick Lim (dengan habuan)
- Untuk bermegah-megah.

Lalu kita renungkan dengan hadith yang tertera di atas....

Di manakah kita.........."

di petik dr BuletinOnline.Net
gambar n video: dah tentu digicam buruk aku....

komen aku: motif utama masjid ni dibina bukan utk menjadi tempat solat, dan pulau ni memang takde penghuni pon. tiada jambatan, dan aku rasa mungkin ada perkhidmatan bot utk hantar orang bersolat di situ bila masjid tu siap nanti. patrick lim n kroni jugak yg untung. apa kata ketua audit negara?? hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

MsjBok Raya @ My House  


Lihat Album Penuh


Dah 2 minggu baru nak update. Geng MsjBox beraya di rumahku, antara yg turut memeriahkan majlis.

1. shai
2. sheda n 2 girlz
3. umie
4. azkam n fren
5. retna n kiki (sempat dgr sore jek)

asalnya dorang nak dtg ari sabtu 27/11, tp kensel lak. penat kitorang masak spesial tau....tp sik baik tetamu tak penah putus kat umah aku. so, hari ahad dorang datang, makan mi goreng je la, tp mi goreng spesial udang RM16 hinggit sekilo...hehe

retna n kiki sesat ntah padang besar ke bukit kayu hitam ke mana tah aku tatau. aku call soh dorang patah balik tp degil nak ikut jalan sendiri (masa tu kiki yg jwb call). kan dah sesat...padan muka. haha.

ni la sejarah beratus org dtg umah aku, dorang la pemecah rekod...muahaha. (err 100 ++ ada kot, sejak aku pindah sini...hehe)

btw, next time korang jgn serik dtg lagi....ada rezeki aku renovate lanskap laman umah aku special utk korang, err sape nak sponsor??

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Raya @ Empangan Tasik Kenyir  



Ni pon lg satu, hari raya gi tasik kenyir, sebenarnya ni program raya bersama keluarga, saja release tensen. bukan jauh sgt pon, saja pegi makan nasik jek bersama famili, pastu pusing2 amik gambar....

Cadang nak pegi naik bot, tp sbb cuaca kureng sesuai, pastu nak mandi air terjun, tp air terjun sejuk giler, so kensel...

mandi kat tasik?? hah nak mampos....kedalaman purata tasik ni menurut pegawai bertugas ialah 300 kaki (90 meter) dan ada sesetengah tempat yg mencecah 4000 kaki @ lebih 1 kilometer dalam....ada branik??

lihat gambar mandi-manda tasik tenyir tahun 2006 di sini

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Raya @ Pantai Batu Burok  



apakejadahnyer hari raya pon lepak pantai....hehe. ni sebenarnya dah lepas ziarah rumah saudara, so lepak la kat pantai. maklum la, kat kl mana de pantai...yg ada pon pantai hill park yg hampesh, so sesekali balik ganu, apa lagi....mandi lauuuut

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Album Hari Raya Aidilfitri  



hehe..lama aku x hupdek blog. pape pon selamat hari raya maaf zahir batin. umah aku masih lagi terbuka kpd sesiapa nak datang. kol je yek...:)

Lihat album penuh.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Selamat Hari Raya I'dul Fitri  


Salam I'dul Fitri al-Mubarak
Maaf Zahir & Batin

daripada kami sekeluarga:



Adab Menyambut I'dul Fitri

> Perbanyakkan syukur kepada Allah SWT
> Bertakbir dari terbenam matahari pada terakhir Ramadhan hingga waktu solat I'dul Fitri
> Mandi sunat I'dul Fitri
> Memakai secantik pakaian yg dimiliki
> Bersarapan sebelumkeluar solat
> Bersolat sunat I'dul Fitri
> Solat di lapangan kecuali hari hujan
> Pergi dan balik ke tempat solat mengikut jalan yg berbeza
> Ziarah menziarahi
> Bermaafan
> Elakkan perkara yg melalaikan dan membazir

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button