Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Selamat Harijadiku ke...  

adik aku 10 Disember , aku lak 11 Disember....

Pd 11 Disember 2007 baru genap la umur ku 30 tahun. Dlm byk2 besday yg aku celebrate, ni la 1st time celebrate dgn family belag parent aku n family belah parent wife aku (ibu bapa mertuaku la..)

BTW, doakan aku moga murah rezeki, moga tawun depan leh beli rumah ke sejibik lagi atau dpt sambau mpv ke...errkk materealistik sungguh aku nih. hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Kenangan Terindah: Ramadhan di Kelantan 1995/96  





Masjid Kg Laut, Nilam Puri, masjid tertua di Malaysia.
Gambar Ehsan : http://raykinzoku.fotopages.com

Salam semua,

Dah lama tak update blog, baru nak update tetiba kena Tag plak oleh Topek. Soalannya plak memang susah giler iaitu, "Kisah Ramadhan Yg Tidak Dapat Dilupakan". Adeh, macam exam 'openbook' plak, even masa exam bleh tgk buku pun susah gak nak jawab.

Camana ek nak start, sebenarnya aku takde kisah ramadhan yg betul2 tidak dapat dilupakan, semuanya besh belaka. Cuma aku terkenang ramadhan sewaktu aku belajar di Nilam Puri dulu pada 1995/96.

Dan yg paling aku rindu ialah Masjid Kg Laut, di mana tempat kami selalu berbuka puasa, berterawih, bertadarrus, bertahajjud dan sebagainya. Tambahan pula masjid ni tidak lekang dengan kuliah dan tazkirah oleh tok guru pondok sekitar (bukan seperti negeri lain yang mengharamkan tazkirah/kuliah, bahkan bekas mufti pon dilarang berkhutbah). Sempatlah jugak aku mengaji kitab-kitab tua yg tulisannya susah nak baca. Ada lagi aku simpan hingga sekarang.

Aku juga teringat bila hari khamis (hari terakhir kuliah) aku akan keluar ke bandar Kota Bharu, untuk berbuka di pasar depan stesen bas (ape ntah nama pasar malam tuh). Kegemaranku ialah 'Nasi Kerabu Ayam Percik'. Kemudian aku akan berterawih di Masjid Muhammadi.

Lepas terawih, aku akan merayau sorang-sorang berjalan kaki sekitar bandar KB. Pegi pasar malam, shopping complex, lepak kat tepi sungai dan macam2. Penah aku merayau smp pukul 1 pagi. Kat KB ni tak perlu risau, sbb kadar jenayah kurang, that's why aku rasa selamat jalan kaki smp awal pagi. (Cuba jalan kaki sorang2 kat KL pukul 1 pagi)

Dah rasa boring, then aku balik ke Masjid Muhammadi (aku x balik ke kolej) dan tidur di masjid. Pada bulan puasa ramai orang kat masjid ni untuk beriktikaf dan yang best kebanyakan masjid -masjid di Kelantan tidak dikunci pada waktu malam. Suasana meriah bermula pd pukul 4 pagi, ketika ramai jamaah utk bangun bertahajjud dan solat malam serta bertadarrus. Aku pon turut serta tp penah sekali bila azan subuh, semua orang sibuk bersolat sunat, aku jer tgh syok tidur tak sempat nak bangun...haha

Esoknya selepas Kuliah Jumaat TG Hj Nik Abdul Aziz, dan solat jumaat baru aku balik semula ke kolej.

Dan kenangan paling tidak dilupakan semasa aku belajar di Nilam Puri ialah aku bermimpi berjumpa dengan isteriku, lebih kurang setahun sebelum aku berjumpa dengannya secara real semasa belajar di kampus induk...hehe

Tu je la kot, kenangan paling indah seumur hidupku...."Ramadhan di Kelantan 1995/96"

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Merdeka! Merdeka! Kebabommm...  

Gambar Melawat Tugu Negara

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 50. Merdeka ke 50 lebih bermakna pada aku jika:

1. Merdeka dari bayar loan rumah (ada 22 tahun lagi..uhuhuu)
2. Merdeka dari bayar loan kereta (ada 2 tahun lagi)
3. Merdeka dari bayar hutang2 kad kredit (skit lagi...yess)
4. Merdeka dari bayar bil2 (selamanya....)
5. Merdeka dari bayar cukai2 (selamanya...)

Merdeka ke 50 juga lebih cun lagi jika:

1. Dapat tukar kereta baru
2. Dapat renovate rumah
3. Dapat buat lanskap cun
4. Dapat naik pangkat
5. Dapat naik gaji

Semua terpaksa ditangguhkan akibat saham ditutup bercampur2....ahaks. Tp yg best hutang JPA aku dah settle....yehahahaha

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Aku, Anakku & Cuti-cuti Malaysia  

Aku akan mula bercuti pada 10-13 Julai 2007. Jangan ditanya ke mana aku pergi, yg pasti aku akan putus hubungan dengan dunia luar, tiada internet bahkan tiada telefon. So, sesiapa yg nak tengok posting2 aku, aku cuba gak penuhi permintaan korang. Aku tampal slide show anak2 aku start dari dorang berumur 1 hari hingga gambar2 terkini...:)




Anak sulungku Faizatul Fatihah dilahirkan pada 16 September 2002 di Selangor Medical Center, Shah Alam Selangor. Panggilan manja, Along.





No 2 ialah Faizatul Huda dilahirkan pada 12 Mac 2004 (hari jumaat) di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Sg Buloh, Selangor. Panggilan manja Angah Huda.





Yg bongsu (buat masa ini) ialah Faiz Irfan, yg dilahirkan pada 15 April 2005 (juga hari Jumaat) di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Sg Buloh, Selangor. Panggilan manja ialah Adik Irfan.

Tunggu gambar2 famili kami bila balik bercuti nanti....:)

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Singgah di Pantai Cherating  


Spt biasa, bila aku balik Ganu aku akan melalui Lebuhraya Utara Selatan (LPT). Kemudian aku akan menyusuri jalan pantai dari Kuantan terus ke Ganu. Dan selalunya aku akan singgah di Pantai Cherating utk berehat setelah penat drive. Kadang2 juga kami akan sewa chalet kat situ.

Baru2 ni, sempat la kitorang brekfast sambil menikmati matahari terbit (sbb aku bertolak dr KL pkul 4 pagi).


Tengok video anak2ku main air, aku plak berendam dlm air...haha

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

My Gallery  

Salam buat para sahabat,

New link 'My Gallery' created. Terdapat album versi penuh terkini keluarga kami.

- gambar latest - Trip to Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.
- gambar2 lain spt Trip to Eye on Malaysia belum update.
- maybe akan update photos 2007 je kot, gambar 2006 dan sebelun zaman jurassic lain bleh tgk www.cuti.com.my/album

Next trip, kami akan menggempur Aquaria KLCC, kalau takde aral melintang.....yehahaha

Tungguuuuu..... photos will be updated soon, kalo jd pegi la. kalo tak jadi tu, tak de jodoh la tu...wakakaka

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Dinner @ Kelana Seafood  



ni la gambar famili aku, anak baru 3 orang hehe...umo baru 29, rasanya sempat lagi kot 8 orang, insya Allah. :)

soalan biasa org tanya aku sape jaga anak, aku cakap antor nursery. pastu dorang tanya lagi, nape x hire bibi aka maid. aku jwb senang jek...mahal la maid. hahaha

Posted by Picasa

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

My Wife & I  



I love you so much...muaachhh, forever in time.

Posted by Picasa

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Ulangtahun Perkahwinan ke 5  



Selamat Menyambut
ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 5

23 Dis 2001 - 23 Dis 2006

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button