Faedah Senaman Berjalan Kaki - KKM
Aku akan aktif blogging...
Rupanya dah 10 tahun aku tinggalkan dunia blogging.
Finally
Wafa' ni maknanya 'orang yg menunaikan', maksudnya org yg menunaikan tanggjawab, menunaikan hutang. Pendek kata rajin la kot. Insya Allah...
Posted in anak » 9 comments »
Paintball @ Mudtrekker
Hobi bertukar main paintball plak. Ish bila aku nak beli own marker nih. Tippman X7 ok gak tp rega bleh bayar rumah aku sebulan. Ish pasar malam takde jual ke?? Susah sgt main pistol air je la....
Btw, ni masa kitorang main kat Mudtrekker, Kuang. Battlefeld lagi ganas dan lasak dari Tanamera. Betul-betul hutan. Risau gak main kat sini, takut sesat sampai ke Siam la plak. Tapi bila cerita kepuasannya...pergh. Tp teringin nak main kat dalam building, cam kat PWTC atau KLCC. Ala2 komando gitu. Err bleh ke??
Tp next battle time cuti sekolah plak. Adeh melepas lak peluang nak berjihad.
. {read more}
Posted in hobi » 5 comments »
EPL and My Kiddos...
aku?? ceilling fan....haha
Posted in anak » 78 comments »
Test Update Blog
Gunung Ledang Resort
Nak lucut jawatan bukan melalui undi tidak percaya ke?? Nak undi tak percaya bukan kena ada sidang dun ke?? Belum lagi cerita pasal speaker...
Ish konfius aku nih....kalo lawan kata derhaka, tap sultan sendiri pun tak ikut perlembagaan ikut Fasal 16(6) tuh...
Errr...gambar takdo kono mengono dengan aku merapu nih. hehe
Posted in album, cuti, famili » 1 comments »
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Salam Aidilfitri,
Lama betul tak update blog. Bukan sibuk sangat, bukan takde line stremyx, sedangkan kat rumah dan ofis ada wireless. Boleh berblog sampai dalam bilik atau toilet kalo nak, tp rasa malas sangat nak update blog. Kesian plak kat pengunjung tetap blog nih.
Ok la, tanak mengomel panjang, di kesempatan ni hamba sekeluarga ingin memohon maaf kepada sesiapa yg mengenali diri ini. Maaf zahir dan batin.
Seperti biasa, rumah kami tiada 'open house' sbb rumah kami sentiasa 'open' untuk beraye. Bukan ape, di hari raya la kita nak bermesra dgn semua tetamu yg datang. Kalau buat open house takat salam, makan lepas tu blah, tak sempat nak beramas mesra. Tp jgn risau lah, juadah istimewa tetap menanti. Datang jgn tak datang...
Tak lupa juga buat rakan Msjbox, jangan serik dtg umah aku esp pakcik Shai, Shida n princess, Umie, Azkam n frens serta Retna n kiki yang sesat entah ke mana (gambar di sini). Tidak dilupakan juga sahabat semasa di SMKA Tok Jiring, UM, UiTM, Bank Islam dan sahabat seperjuangan. Rumahku sentiasa terbuka utk kalian.
Akhir kata, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. {read more}
Aksi Juara 'cilik' Ihtifal PASTI 2008
Aksi Sang Juara 'cilik' mendeklamasikan sajak.
Aku amat terpaku melihatkan dua orang pelajar PASTI diatas yg menjadi peserta dalam Ihtifal PASTI 2008 peringkat Kuala Selangor yang diadakan di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh. Amat mengagumkan lagi, kanak-kanak lelaki tersebut baru berumur 4 tahun.
Lihat rakaman video kumpulan Nasyid yang menjadi juara dan aksi-aksi para peserta yang sempat aku rakam di bawah:
Kumpulan nasyid yang menjadi juara dar PASTI Al-Wafi
Gelagat para peserta, ibu bapa dan penonton.
{read more}
Posted in album » 7 comments »
Karnival Sukan PASTI Ibn Sina 2008
Perbarisan Para Pelajar
Antara gelagat pelajar dan ibu bapa.
Pada 2 Ogos 2008 baru-baru ini PASTI Ibn Sina telah menganjurkan Karnival Sukan di Padang 2B2, Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam yg disertai oleh anak aku Faizatul Fatihah.
Karnival Sukan 2008 ini merupakan acara sukan julung-julung kali yang diadakan memandangan PASTI Ibn Sina baru sahaja ditubuhkan awal tahun 2008. Acara diserikan lagi dengan kehadirah Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkifli Ahmad sekaligus merasmikan acara ini.
Walaupun Karnival Sukan ini khas untuk para pelajar, ibu bapa juga turut diberi peluang dalam acara dewasa. Bukan itu sahaja cabutan cabutan bertuah juga turut disediakan.
{read more}
Posted in album, anak » 2 comments »
Harga Minyak Turun RM2.20??
Tahukan anda harga pasaran dunia sudah turun?
Bloomberg melaporkan harga minyak pada 29 Julai 2008, ialah sekitar USD122 / RM398 se tong.
Semasa Pak Lah mengumumkan kenaikan minyak pada 4 Jun 2008, harga minyak dunia ialah USD149 / RM486 se tong iaitu RM3.00 seliter. Kerajaan menjanjikan subsidi 30 sen daripada harga pasaran iaitu RM2.70 seperti yg kita bayar hari ini.
Berapakah harga 1 liter petrol dunia sekarang??
Secara mudah 1 tong minyak bersamaan 159 liter. Jika harga minyak ialah USD122 atau RM398 se tong, Maka harga minyak dunia sekarang ialah:
RM2.50 (tanpa subsidi)
(dengan subsidi)
So??
Posted in semasa » 8 comments »
Demam + Ruam
{read more}
Posted in anak » 4 comments »
Manggis aka Buoh Stor
ps: hehe betul la, rupenyer buwoh sto, lama doh duduk luar negeri dok ingat setarang bhs nenek moyang... uhuhuuu
Posted in makan2 » 1 comments »
My Izali's Family 'Keluarga Impian'
Kena tag dari mama shay, sonot dia sbb baru dapat baby yg comel bernama aimi. mana tau comey?? ye la..baby semua comey...haha. Tp dia TAG keluarga sedia ada, cuma aku gatal tambah 'keluarga impian' yg berderet tu....
Btw, ramai orang tanya apa makna 'izali' @ 'izalifa'? IZALI ni gabungan nama aku dan wife IZA + LI, manakala IZALIFA adalah gabungan nama aku, wife dan anak2 IZA+LI+FA. Nama anak2 aku semua bermula dgn FA, iaitu FAizatul Fatihah, FAizatul Huda, FAiz Irfan. Dan bakal anak2 aku yg akan lahir insya Allah akan bernama Faiz..jika lelaki atau Faizatul..jika perempuan.
ps: Sayang, cukup ke anak 8 orang?? mcm sikit jek....hehe {read more}
Posted in famili » 8 comments »
Pokok 'Herba' Misai Kucing
Untuk pengidap penyakit darah tinggi, ambil daunnya dan dikeringkan. Daun yang kering direndam ke dalam air panas dan diminum spt air teh. Setakat ini aku tak pernah cuba, sbb aku mengidap darah rendah, tak pasal2 plak aku masuk spital kalo minum...
Sumber : dari ibu mertuaku...hehe {read more}
Posted in bunga, others » 9 comments »
Ikan Haruan Masak Gulai Daun Kesom
Korang jangan cari jenis makanan ni kat restoran memana, sbb mmg sahih tak jumpa. Bukan apa, sbb ikan haruan ni salah satu spesis ikan 'darat' yang terancam dan memang sukar didapati dalam pasaran, kerana jarang diternak secara komersial. Kalau ada pon, harganya agak mahal. Tapi sesiapa tinggal di kawasan sawah, amat beruntung sbb ikan ini mmg byk di area sawah padi.
Kedua, masakan Gulai Daun Kesom ni hanya glamer di Terengganu. Cara memasaknya sama spt gulai kari biasa, cuma ditambah dgn daun kesom. Aku sanggup membayar harga yg mahal menikmati hidangan ini, sbb aku tak biasa bergelumang dalam sawah...haha
ps: kata malas update blog, sekali update, panjang lak entry....uhuhuu
Posted in makan2 » 7 comments »
Debat Minyak : Apa Penyelesaiannya??
Baca rumusan penuh debat =>
RUMUSAN, hujah DSAI
* Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
* Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
* Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
* Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
* RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
* RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
* Maka selesailah masaalah
LAIN – LAIN HAL
* Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
* Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI’ IMF.
* Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
* Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.
AHMAD SHABERY
* Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN“
* Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
* Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakan
TAMBAHAN SIKIT
* Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi
Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.
Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?
* Zukifli Sulong
Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?
NOTA
* DSAI akan bertanding dalam pilihanraya kecil, dalam masa se singkat – singkatnya
* Adakah di Permatang Pauh ?
{read more}
Posted in semasa » 17 comments »
Sejambak Bunga Mawar di Hari Lahir Isteriku Tercinta
Selamat hari lahir buat isteriku terchenta, semoga dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur. Semoga keluarga bahagia yg kita miliki kekal berpanjangan dunia dan akhirat. Amiin. Cuma abang teringin nak baby lagi, boleh sayang?? hehe
Posted in album, bunga » 9 comments »

