Test Update Blog  


Pantai Indah Seaview Resort


Gunung Ledang Resort

Lama betul tak update blog, takde benda nak merapu, dek kekalutan kepala otak aku nak memahami Article 16 (6) Perak Constitution, bleh ke Sultan Perak pecat MB?? Perlembagaan mana lak dia ada kuasa pecat MB? Macamana nak lantik MB baru jika MB lama masih belum dilucutkan jawatan atau meletak jawatan??

Nak lucut jawatan bukan melalui undi tidak percaya ke?? Nak undi tak percaya bukan kena ada sidang dun ke?? Belum lagi cerita pasal speaker...

Ish konfius aku nih....kalo lawan kata derhaka, tap sultan sendiri pun tak ikut perlembagaan ikut Fasal 16(6) tuh...

Errr...gambar takdo kono mengono dengan aku merapu nih. hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Selamat Hari Raya Aidil Fitri  


Salam Aidilfitri,

Lama betul tak update blog. Bukan sibuk sangat, bukan takde line stremyx, sedangkan kat rumah dan ofis ada wireless. Boleh berblog sampai dalam bilik atau toilet kalo nak, tp rasa malas sangat nak update blog. Kesian plak kat pengunjung tetap blog nih.

Ok la, tanak mengomel panjang, di kesempatan ni hamba sekeluarga ingin memohon maaf kepada sesiapa yg mengenali diri ini. Maaf zahir dan batin.

Seperti biasa, rumah kami tiada 'open house' sbb rumah kami sentiasa 'open' untuk beraye. Bukan ape, di hari raya la kita nak bermesra dgn semua tetamu yg datang. Kalau buat open house takat salam, makan lepas tu blah, tak sempat nak beramas mesra. Tp jgn risau lah, juadah istimewa tetap menanti. Datang jgn tak datang...

Tak lupa juga buat rakan Msjbox, jangan serik dtg umah aku esp pakcik Shai, Shida n princess, Umie, Azkam n frens serta Retna n kiki yang sesat entah ke mana (gambar di sini). Tidak dilupakan juga sahabat semasa di SMKA Tok Jiring, UM, UiTM, Bank Islam dan sahabat seperjuangan. Rumahku sentiasa terbuka utk kalian.

Akhir kata, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Posted by Picasa

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Aksi Juara 'cilik' Ihtifal PASTI 2008  



Aksi Sang Juara 'cilik' mendeklamasikan sajak.


Aku amat terpaku melihatkan dua orang pelajar PASTI diatas yg menjadi peserta dalam Ihtifal PASTI 2008 peringkat Kuala Selangor yang diadakan di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh. Amat mengagumkan lagi, kanak-kanak lelaki tersebut baru berumur 4 tahun.

Lihat rakaman video kumpulan Nasyid yang menjadi juara dan aksi-aksi para peserta yang sempat aku rakam di bawah:



Kumpulan nasyid yang menjadi juara dar PASTI Al-Wafi



Gelagat para peserta, ibu bapa dan penonton.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Karnival Sukan PASTI Ibn Sina 2008  



Perbarisan Para Pelajar



Antara gelagat pelajar dan ibu bapa.


Pada 2 Ogos 2008 baru-baru ini PASTI Ibn Sina telah menganjurkan Karnival Sukan di Padang 2B2, Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam yg disertai oleh anak aku Faizatul Fatihah.

Karnival Sukan 2008 ini merupakan acara sukan julung-julung kali yang diadakan memandangan PASTI Ibn Sina baru sahaja ditubuhkan awal tahun 2008. Acara diserikan lagi dengan kehadirah Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkifli Ahmad sekaligus merasmikan acara ini.

Walaupun Karnival Sukan ini khas untuk para pelajar, ibu bapa juga turut diberi peluang dalam acara dewasa. Bukan itu sahaja cabutan cabutan bertuah juga turut disediakan.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Harga Minyak Turun RM2.20??  

Tahukan anda harga pasaran dunia sudah turun?

Bloomberg melaporkan harga minyak pada 29 Julai 2008, ialah sekitar USD122 / RM398 se tong.

Semasa Pak Lah mengumumkan kenaikan minyak pada 4 Jun 2008, harga minyak dunia ialah USD149 / RM486 se tong iaitu RM3.00 seliter. Kerajaan menjanjikan subsidi 30 sen daripada harga pasaran iaitu RM2.70 seperti yg kita bayar hari ini.

Berapakah harga 1 liter petrol dunia sekarang??

Secara mudah 1 tong minyak bersamaan 159 liter. Jika harga minyak ialah USD122 atau RM398 se tong, Maka harga minyak dunia sekarang ialah:

RM2.50 (tanpa subsidi)
RM2.20 (dengan subsidi)

So??

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Demam + Ruam  

sian angah huda...tak penah tertido atas sofa..

mak aih ubat....sik baik aku tak susun mcm KLCC.

Anak aku kena demam + ruam. Saspen gak takut denggi...tp alhamdulillah. Tak pe la, hari ni cuti ngaji Iqra'...esok sambung k. Ni gilir tiga2 orang demam pas sorang-sorang ikut syif.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Manggis aka Buoh Stor  

Ni buah manggis @ stor dlm bahasa ganu....

ps: hehe betul la, rupenyer buwoh sto, lama doh duduk luar negeri dok ingat setarang bhs nenek moyang... uhuhuuu

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

My Izali's Family 'Keluarga Impian'  

Ni la kot 'keluarga impian' aku akan datang yg diluluskan oleh 'jamaah kabinet'..hehe. Insya Allah mohon dimurahkan rezeki...

Kena tag dari mama shay, sonot dia sbb baru dapat baby yg comel bernama aimi. mana tau comey?? ye la..baby semua comey...haha. Tp dia TAG keluarga sedia ada, cuma aku gatal tambah 'keluarga impian' yg berderet tu....

Btw, ramai orang tanya apa makna 'izali' @ 'izalifa'? IZALI ni gabungan nama aku dan wife IZA + LI, manakala IZALIFA adalah gabungan nama aku, wife dan anak2 IZA+LI+FA. Nama anak2 aku semua bermula dgn FA, iaitu FAizatul Fatihah, FAizatul Huda, FAiz Irfan. Dan bakal anak2 aku yg akan lahir insya Allah akan bernama Faiz..jika lelaki atau Faizatul..jika perempuan.

ps: Sayang, cukup ke anak 8 orang?? mcm sikit jek....hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button