Selamat Hari Raya Aidil Fitri  


Salam Aidilfitri,

Lama betul tak update blog. Bukan sibuk sangat, bukan takde line stremyx, sedangkan kat rumah dan ofis ada wireless. Boleh berblog sampai dalam bilik atau toilet kalo nak, tp rasa malas sangat nak update blog. Kesian plak kat pengunjung tetap blog nih.

Ok la, tanak mengomel panjang, di kesempatan ni hamba sekeluarga ingin memohon maaf kepada sesiapa yg mengenali diri ini. Maaf zahir dan batin.

Seperti biasa, rumah kami tiada 'open house' sbb rumah kami sentiasa 'open' untuk beraye. Bukan ape, di hari raya la kita nak bermesra dgn semua tetamu yg datang. Kalau buat open house takat salam, makan lepas tu blah, tak sempat nak beramas mesra. Tp jgn risau lah, juadah istimewa tetap menanti. Datang jgn tak datang...

Tak lupa juga buat rakan Msjbox, jangan serik dtg umah aku esp pakcik Shai, Shida n princess, Umie, Azkam n frens serta Retna n kiki yang sesat entah ke mana (gambar di sini). Tidak dilupakan juga sahabat semasa di SMKA Tok Jiring, UM, UiTM, Bank Islam dan sahabat seperjuangan. Rumahku sentiasa terbuka utk kalian.

Akhir kata, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Posted by Picasa

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button