Chelsea & 2 Orang Yahudi Akan Bermain Di Malaysia  





Menurut Yahoo! Sport News, persefahaman dibuat oleh FAM dan Pasukan Chelsea untuk membenarkan pasukan Chelsea bermain di Malaysia dalam siri jelajah pasukan Chelsea ke Asia sebagai persiapan EPL musim 2008/9 termasuklah dua orang warga Israel Avram Grant dan Tal Ben.

Sejarah Kekejaman Israel

Aku secara peribadi amat menentang tindakan FAM ini, kerana Malaysia tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara haram Israel. Bukan itu sahaja Israel dan Yahudi merupakan kaum yang amat dilaknat oleh Allah kerana kekejaman mereka terhadap umat Islam termasuklah dalam siri pembunuhan nabi-nabi dan para rasul yang dilantik oleh Allah. Termasuk cubaan mereka untuk meracun Baginda Rasulullah SAW.

Sehingga kini, regim zionist Yahudi masih berterusan melakukan kekejaman kepada rakyat Palestin dan negara-negara Arab yang lain. Adakah FAM yang diterajui oleh Khairi Jamaluddin masih ingin membela mereka?? Adakah kerana semata-mata kerana kepentingan pembangunan bola sepak, kita membelakangi negara dan agama??

Aku amat berbesar hati jika Presiden FAM, DYMM Sultan Ahmad Shah melakukan sesuatu dalam kes ini.

Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

0 comments

Post a Comment