Blog Dato' Seri Dr Mohamad Khir bin Toyo
at Monday, March 31, 2008
- Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor; pernah menjadi Menteri Besar Selangor selama dua penggal dan Pengerusi Barisan Nasional & Badan Perhubungan UMNO Selangor. Mempunyai Ijazah Pembedahan Pergigian dari Universiti Malaya dan pernah menjadi Presiden, Majlis Belia Malaysia.
Salam Dr Khir
Saya merupakan penentang BN sejak di bangku universiti lagi. Bermula di kampus banyak program masyarakat yang kami dilakukan di seluruh pelusuk Selangor sehingga kini.
Program2 masyarakat tersebut byk membuka mata saya bahawa keadaan rakyat di Selangor tidaklah sehebat pencapaian KDNK negeri yg tertinggi di Malaysia. (Maaf, saya berasal dari Terengganu)
Berdasarkan pemerhatian saya, masih ramai lagi rakyat yang hidup di bawah paras kemiskinan dikala pemimpin BN Selangor dengan rakus mendirikan rumah jutaan ringgit.
Terkini, kami mengadakan program di sebuah kilang di PJ, amat sedih kerana gaji mereka masih dibawah RM1000. Khabarnya pendapatan perkapita rakyat selangor mencecah RM40-RM45k sebulan...
Saya juga dengan mata kepala sendiri menyaksikan peristiwa perobohan perumahan setinggan Kampung Sentosa, Sungai Buloh oleh MPS, 3 hari sebelum ramadhan tahun lepas...dr khir, dimanakah nilai perikemanusiaan pemimpin BN sebagai seorang manusia yg bergelar Islam??? Ya..mungin undang2 lebih agung dari nilai kemanusiaan...
Dr Khir,
seorang MB tidak boleh lari dari dosa dan pahala. Jika seorang pemimpin melakukan kebajikan dan kebaikan kepada rakyat, pahala akan berterusan kerana kebaikan tersebut akan dinikmati hingga generasi akan datang. Begitu juga sebaliknya...
Akhir kata, saya cadangkan Dr Khir, melawat rumah MB Kelantan, TG Nik Aziz dan juga rumah ex-MB Terengganu TG Abdul Hadi. Keduanya2 saya pernah hadir. Saya juga pernah hadir ke rumah salah seorang pemimpin BN selangor...seperti 'antara 2 darjat' lagaknya.
wassalam
ps 1: btw dr khir, sy masukkan link blog dr khir di blog saya http://izalifa.blogspot.com.
ps 2: Saya juga tidak berkecil hati kerana dr khir tidak hadir kenduri perkahwinan sy bbrp tahun dulu di sg sireh, tg karang kerana faham kesibukan dr khir. tq.
12:11 PM
aiks.. dia ni pun jadi blogger gak he he... lawaknya..
5:13 PM
tak pe..kita bagi dia peluang kat dia. Sedang nabi ampunkan umat...dan Allah Maha Pengampun org yg bertaubat...
5:15 PM
setakat ni, komen aku belum disiarkan di blog beliau...walau apa pon, semoga mesej ini sampai ke empunya blog...
11:41 AM
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Dieta, I hope you enjoy. The address is http://dieta-brasil.blogspot.com. A hug.
8:09 PM
alhamdulillah komen aku akhirnya disiarkan di blog beliau....:)
5:45 PM
dr khir
saya rasa malu dgn perangai pimpinan tertinggi,bahagian,mahupun cawangan umno,lagak macam negara ini mereka yg punya.sombong,bongkak sedangkan ada pemimpin akarumbi yg tak lepas spm pun.kualiti pemikiran pun satu level dgn budak tadika.macamanalah u all ni,nak disukai rakyat.