Sambut Hari Valentine adalah HARAM  

Ini salah satu artikel mengenai hukum menyambut Hari Valentine @ Hari Kekasih. Ramai yg perbahaskan isu ni walaupun para mufti dan alim ulama' dah bersuara. Ramai yg berlagak alim dan cuba untuk menyanggah fatwa mufti dengan kebijaksanaan akal mereka semata-mata.




1. Apakah hukum umat Islam turut menyambut Hari Valentine pada 14 Februari lalu dan bagaimana hendak menyedarkan golongan tersebut agar menghentikan perbuatan itu yang menjadi amalan kebanyakan remaja yang bercinta?

JAWAPAN: Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32)

Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram.

Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.

Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.

Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.

Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.


Sebenarnya dlm menyelesaikan isu ini, pihak media sepatutnya memberi sokongan. Sebaliknya, pihak media yang paling aktif mempromosikan Hari Valentine dengan rancangan bertemakan Hari Kekasih serta jemputan para artis untuk memeriahkan lagi rancangan mereka.

Aku bertambah pelik kenapa tokoh ulama' besar diharamkan masuk tv spt Allahyarham Dato' Ishak Baharom, Dato' Ismail Kamus dan Dato' Harun Din tapi dalam masa yg sama banyak unsur haram masih berleluasa di RTM, TV3 dan lain-lain. Ini termasuklah rancangan Fulus Mania serta Konsert Sure Heboh yang juga telah difatwakan haram.


Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

0 comments

Post a Comment