PTPTN Saman 111 Peminjam, Wajarkah?
Tindakan diambil secara berperingkat untuk pungut tunggakan RM867 juta
KUALA LUMPUR 2 Feb: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memfailkan saman di mahkamah Isnin ini terhadap 111 daripada 1,000 kumpulan pertama peminjamnya yang disenarai hitam dalam usaha mendapatkan semula tunggakan hutang berjumlah RM867 juta.
Kegagalan peminjam terbabit untuk mematuhi perintah mahkamah nanti boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan dan mereka berhadapan dengan tindakan dipenjara, diisytihar bankrap dan harta benda disita.
Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abdul Ghani, berkata PTPTN sudah menghantar notis tuntutan terhadap 1,000 peminjam terbabit, tetapi mereka tetap berdegil dan masih enggan melunaskan pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan."Kami terpaksa mengambil tindakan tegas dengan membawa mereka ke mahkamah.Buat permulaan, 111 orang disaman dan kami berharap tindakan ini akan menjadi peringatan kepada peminjam lain supaya melunaskan segera hutang mereka," katanya kepada Berita Harian.
Sebelum ini, 1,000 peminjam PTPTN disenarai hitam kerana gagal menjelaskan pinjaman pendidikan. Mereka adalah sebahagian daripada 38,484 graduan yang gagal menghubungi PTPTN selepas tamat pengajian pada 1999.Perbadanan itu sudah mengeluarkan notis peringatan terakhir terhadap 38,484 peminjam ingkar. Nilai tunggakan peminjam terbabit sejak 1999 berjumlah RM867 juta.
Mereka yang disenarai hitam tidak boleh membuat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan kerana nama mereka dimasukkan dalam rekod Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) dan Bris Information Services Sdn Bhd (BRIS).Yunos berkata, PTPTN memfailkan saman itu secara berperingkat kerana jumlah peminjam yang gagal menjelaskan tunggakan hutang ramai."PTPTN memandang serius perkara ini kerana kita terpaksa menanggung pelbagai kesulitan untuk menaja pelajar lain di masa akan datang," katanya.
Beliau berkata, peminjam terbabit berusia antara 30 hingga 35 tahun dan ada yang sudah menjadi doktor, peguam, pegawai bank dan eksekutif dengan menerima gaji antara RM3,500 hingga RM5,000 sebulan. Bagaimanapun, katanya, mereka mengambil kesempatan atas sikap tolak ansur PTPTN sebelum ini."Mereka bukan orang susah dan tidak ada kerja, sebaliknya masing-masing dipercayai sudah berharta dan mempunyai rumah dan kereta mewah."Malah, apa yang dikesalkan ialah mereka seolah-olah memperlecehkan arahan PTPTN dengan hanya bersetuju untuk membayar tunggakan sejumlah RM50 sebulan sedangkan gaji yang diperoleh mampu untuk membayar lebih daripada itu," katanya.
FAKTA NOMBOR
Peminjam PTPTN38,484 - Peminjam ingkar1,000 - Peminjam disenarai hitam
Sumber : Berita Harian
9:19 PM
salam..kadang-kadang kite x boleh nk salahkan peminjam je.Pengurusan ptptn x efisen langsung.opsss!..jangan bgthu ptptn k!nnti semester depan x dpt pinjaman lg.Nak mkn pe la kalau x dpt duit tu.heheheeh...salam