New Sedan from Proton - Gen2 Sedan?!
Bakal dilancarkan pd Ogos 2007, model ini sudah tentunya menjadi saingan kpd model kereta jepun dan dan korea yang lain terutama dr aspek rekabentuk dan harga yang amat kompetetif. Model ini juga dikatakan lebih senyap serta kurang gegaran, satu pencapaian baik buat Proton.
Harga:
Proton New Sedan 1.6 Base-line (M) AT - RM 48,800.00
Proton New Sedan 1.6 Base-line (M) MT - RM 45,800.00
Proton New Sedan 1.6 Base-line (S) AT - RM 48,350.00
Proton New Sedan 1.6 Base-line (S) MT - RM 45,350.00
Proton New Sedan 1.6 Medium-line (M) AT - RM 52,800.00
Proton New Sedan 1.6 Medium-line (M) MT - RM 49,800.00
Proton New Sedan 1.6 High-line (M) AT - RM 55,800.00
More review, photos and info at : http://paultan.org
Ps: aku tgh tunggu MPV - Juara Replacement Model plak!!
Posted in automotif » 12 comments »
My Photos at Pulau Pangkor
Pantai Pasir Bogak
Click for more photos

Click for more photos
Click for more photos
Click for more photos
ps: aku pon dah penin paler mana gambor nak upload sbb aku snap more than 700 photos ...hehe
Posted in album, cuti » 0 comments »
My Videos at Pulau Pangkor
Ni antara video amatur yg menarik yg sempat aku upload. Tp byk video besh yg tak leh upload kat youtube.com. Ni pon dah byk kali compress, so maaf bebanyak kalo kualiti kurang skit dr Astro...ahaks.
Suasana matahari terbenam seolah terasa kehilangan sesuatu...chewwah feeling plak. :)
Permandangan dari feri Lumut - Pangkor.
Masa naik bot balik dari Pulau Giam. Boleh dengar suara anak aku menjerit ketakutan masa bot melompat ke pantai.
Permandangan Pantai Pasir Bogak masa naik motor keliling Pulau Pangkor. Boleh nampak Pulau Pangkor Laut walaupun tak clear.
Video permandangan Teluk Nipah 360 darjah. Amik video waktu pagi tp tak jumpa matahari terbit...ekeke
Permandangan 360 darjah Teluk Nipah dari Pulau Giam.
Posted in cuti, video » 0 comments »
Cuti-cuti Malaysia : 4D3N @ Pulau Pangkor
Hari Pertama (10 Julai 2007)
Perjalanan bertolak dr rumah aku di Puncak Alam al-Altantuya jam 11 pagi melalui Kuala Selangor - Kampung Topek - Sabak Bernam - Manjung. Tiba di pekan Lumut jam 2 petang. Dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor, kami menaiki feri dengan tambang RM10 pegi balik. (wife aku free sbb kerajaan bayar, anak2 aku pon free gak). Ops lupa kete aku parking kat area Pekan Lumut dgn kos RM30 utk 4 hari 3 malam.
Then rombongan cik kiah pon tiba ke jeti Pulau Pangkor lebih kurang pukul 3 ptg (40 min perjalanan). Kira besh gak la naik feri sbb permandangan dr feri mmg cantik. Kalo korang nak naik feri aku cadangkan feri Mesra Feri Sdn Bhd sbb dia ada ruangan open air kat tingkat atas. Jgn naik feri yg cam F1 tuh. Antara permandangan cantik ialah perkampungan nelayan (lihat gambar), dockyard TLDM (apa ek bahasa melayu), serta macam2 la...hehe
Tiba di Jeti Pulau Pangkor, kami sewa teksi (sebenarnya van) ke tempat kursus di Teluk Nipah. Perjalanan lebih kurang 10 minit sahaja (8 km) dengan tambang RM10. Tibanya di Teluk Nipah kami terus ke Pangkor Bay View Resort utk pendaftaran kursus. Selalunya aku booking hotel secara online, tp disebabkan resort tu dah full house so terpaksa lah kami cari hotel / resort berdekatan. Plan awal nak booking Coral Bay Resort, tp jauh dari tempat kursus wife aku.
Kami akhirnya ambil keputusan utk stay di Nipah Bay Villa (lihat gambar) sbb itu yg paling besh dan yg paling dekat dan yg penting berpatutan (RM250 utk 4 hari 3 malam)
Aktiviti petang tu hanya la ronda2 sekitar Pantai Teluk Nipah (lihat gambar) dan singgah beli baju kat gift shop (lihat gambar) yg banyak kat area situ (fuh terbang lagi duit aku). Then balik rehat di chalet kami.
Oleh kerana wife aku kursus start pukul 8.30, so sempat la kitorang dinner kat situ sambil celebrate birthday wife aku (lihat gambar). Sebenarnya aku order kek senyap2 ngan akak chalet tuh, so kira surprise la kat wife aku. Makan kat chalet ni mmg sedap sbb ianya dimasak sendiri oleh tuan chalet (terima kasih Pak Cik Mat). Harga pon berpatutan Kos makan malam + kek RM80 sahaja. (kira murah la kalo nak banding ngan KL Tower tuh....hampeh ko Retna. ekeke).
Hari Kedua (11 Julai 2007)
Hari kedua aku bangun awal, sejurus selepas solat subuh aku ke pantai (sorang2). Tujuannya aku nak ambik gambar sunrise kat Pangkor, tp rupenyer pantai Teluk Nipah ni menghadap ke barat, matahari terbit ikut timur...hehe. Beli sarapan dan balik.
Pagi tu selepas wife aku pegi kursus, aku bawak anak2 aku ke pantai nak mandi laut. Mandi hingga tengah hari. Balik dan tido. (lihat gambar)
Pd petang tu kami sebenarnya plan nak bersiar2 sekitar Pulau Pangkor dengan bot, tp oleh kerana wifeku agak penat, kami ambil keputusan utk ke Pulau Giam sahaja utk bersnorkelling. Tp agak kecewa tpt snorkelling tu kurang selamat sbb aku bawak anak2 aku yg masih kecil. So, kami berpindah ke Pantai Pulau Giam (lihat gambar). Tak puas hati snorkelling kat sini sbb air agak keruh. Kos bot dan sewa google RM25 sahaja. (asalnya RM35 kalo pusing sekitar Pulau Pangkor).
Hari Ketiga (12 Julai 2007)
Aktiviti pd pagi hanya tido di chalet sbb aku dan anak2 agak kepenatan (kononnya bersnorkelling hari sebelum tu). Aktiviti bermula pd petang bila wife balik kursus. (ni la akibatnya kalo pegi bukan sbb cuti2 mesia, jadual pon kena ikut dia jek).
Aktiviti pd petang agak menarik iaitu bermotor sekitar Pulau Pangkor. Dengan kos RM15 sejam kami sewa skuter Moskito milik chalet kami menginap utk pusing2 sekitar pulau.
Destinasi pertama yg kami pergi ialah Pantai Tortoise Bay (lihat gambar), kemudian menyusuri Pantai Teluk Bogak (lihat gambar). Dari Pantai Teluk Bogak kami boleh melihat Pulau Pangkor Laut serta permandangan Pangkor Laut Resort (hotel termahal di Pangkor dgn kos RM850 per night). Selepas itu kami ke perkampungan nelayan Teluk Gadong serta Kota Belanda (lihat gambar) melalui Pekan Pangkor.
Dari Pekan Pangkor kami menuju ke Pantai Teluk Dalam (lihat gambar) melalui jalan yg agak mencabar (mcm jalan Tapah - Cameron Highland). Permandangan di Teluk Dalam agak memukau dengan kepelbagaian lanskap semulajadi dan pantai yg bersih. Akhirnya kami pulau ke Teluk Nipah melalui lapangan terbang serta jalan yang berbukit bukau. Perjalanan mengambil masa 2 jam. (anak aku tido atas motor, alhamdulillah tiada kecelakaan berlaku)
Tiba di Teluk Nipah kami lepak di pantai menyaksikan permandangan indah matahari terbenam aka sunset (lihat gambar).
Hari Keempat (13 Julai 2007)
Alhamdulillah jadual wifeku abis agak awal iaitu pd 10 pagi. So, bersiap dan pulang.
Tibanya di pekan Lumut kami shopping makanan laut kering spt sotong dan kraftangan kerang-kerangan di Lumut Craft Centre (lihat gambar). Boleh dikatakan barangan di sini agak murah dan dijual dgn harga borong. Setelah abis berbelanja lebih kurang RM100++ (uhuhuuu pebenda la yg anak n wife aku beli?!!) aku pulang ke rumah.
TIPS
so, sesape nak pegi Pulau Pangkor, ni beberapa tips:
1. cari chalet kat Teluk Nipah, sbb situ yg paling cantik, kedai makanan banyak serta aktiviti bertumpu kat situ.
2. Elakkan peak season, sbb masa kami pegi pon orang agak ramai even off peak. Unless kalo korang suka ramai2 orang. So, korang pegi la weekdays ke atau pun musim tengkujuh...ahaks.
3. Jgn beli makanan laut (sotong atau seumpamanya) di Pulau Pangkor, better beli kat Lumut sbb murah.
4. Pastikan memori kad anda video cam / digicam anda besar. Beli je 2 GB memoy card terus sbb byk sgt nak ambik gambar. Standy 2 set battery.
5. Masa snorkelling jgn simpan wallet dalam seluar cam aku...ekeke
KLIK UTK FULL ALBUM (tp byk lagi gambo lom update...uhuhuuu) {read more}
Posted in cuti » 11 comments »
Streamyx ADSL Modem for Sale - SOLD

Brand : ZTE Corporation
Model : ZXDSL 831
Condition : Open Box (never use, tested OK by Streamyx Technician)
Package included :
- Modem
- Splitter
- Adapter
- Installation CD
- User's Manual
# RJ Cable / Phone Cable not included. (You can buy it at www.lelong.com.my at RM1)
Warranty : 1 week personal warranty.
PRICE : RM50.00 only
Delivery : Pos Laju (add RM10.00), No COD.
Payment Method : Maybank2u.com, IBG.
Item succesfully grab by She_da. Thanx She_da, nice dealing with you.
Posted in computer » 6 comments »
Send FREE SMS using MobiK.com
Sebenarnya, aku dah lama join Mobik.com nih utk berSMS secara PERCUMA, terutamanya nature keje aku nih mmg kena sms orang jek. Kiranya aku nih antara org yg pertama la jugak register. Lepas tu bila ada problem (dorang migrate ke server baru kot) dan asyik down jek aku langsung tak guna.
Then semalam baru register balik (sbb lupa bayar bil tepon...ekeke) cuma bezanya Mobik.com sekarang guna sistem point atau K (aku dah ada 100K), aku pon tak paham sgt sistem K nih dan apa kaitan dengan Dato' K sbb aku pon tak baca abih.
Cuma kelemahan ketara, kalo sebelum ni boleh SMS kat sesape saja tp hanya member yg register Mobik.com sahaja boleh receive SMS tuh (kedekut btol la). Tp overall, aku rekemenG utk register dan yg penting FREE.
Posted in hi-tech » 2 comments »
Aku, Anakku & Cuti-cuti Malaysia
Aku akan mula bercuti pada 10-13 Julai 2007. Jangan ditanya ke mana aku pergi, yg pasti aku akan putus hubungan dengan dunia luar, tiada internet bahkan tiada telefon. So, sesiapa yg nak tengok posting2 aku, aku cuba gak penuhi permintaan korang. Aku tampal slide show anak2 aku start dari dorang berumur 1 hari hingga gambar2 terkini...:)
Anak sulungku Faizatul Fatihah dilahirkan pada 16 September 2002 di Selangor Medical Center, Shah Alam Selangor. Panggilan manja, Along.
No 2 ialah Faizatul Huda dilahirkan pada 12 Mac 2004 (hari jumaat) di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Sg Buloh, Selangor. Panggilan manja Angah Huda.
Yg bongsu (buat masa ini) ialah Faiz Irfan, yg dilahirkan pada 15 April 2005 (juga hari Jumaat) di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Sg Buloh, Selangor. Panggilan manja ialah Adik Irfan.
Tunggu gambar2 famili kami bila balik bercuti nanti....:) {read more}
Posted in aku » 6 comments »




