Nippon Paint Odour-less : Anak sape la nih??  


sik baik la dorang ni bukan anak aku??? hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

New Sedan from Proton - Gen2 Sedan?!  


Bakal dilancarkan pd Ogos 2007, model ini sudah tentunya menjadi saingan kpd model kereta jepun dan dan korea yang lain terutama dr aspek rekabentuk dan harga yang amat kompetetif. Model ini juga dikatakan lebih senyap serta kurang gegaran, satu pencapaian baik buat Proton.

Harga:

Proton New Sedan 1.6 Base-line (M) AT - RM 48,800.00
Proton New Sedan 1.6 Base-line (M) MT - RM 45,800.00
Proton New Sedan 1.6 Base-line (S) AT - RM 48,350.00
Proton New Sedan 1.6 Base-line (S) MT - RM 45,350.00
Proton New Sedan 1.6 Medium-line (M) AT - RM 52,800.00
Proton New Sedan 1.6 Medium-line (M) MT - RM 49,800.00
Proton New Sedan 1.6 High-line (M) AT - RM 55,800.00

More review, photos and info at : http://paultan.org

Ps: aku tgh tunggu MPV - Juara Replacement Model plak!!

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

My Photos at Pulau Pangkor  

Pantai Teluk Dalam


Click for more photos


Pantai Pasir Bogak




Click for more photos

Pantai Teluk Nipah





Click for more photos

Pulau Giam



Click for more photos

Pantai Tortoise Bay (kot!)

Click for more photos

Sunset at Pulau Pangkor



ps: aku pon dah penin paler mana gambor nak upload sbb aku snap more than 700 photos ...hehe

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

My Videos at Pulau Pangkor  

Ni antara video amatur yg menarik yg sempat aku upload. Tp byk video besh yg tak leh upload kat youtube.com. Ni pon dah byk kali compress, so maaf bebanyak kalo kualiti kurang skit dr Astro...ahaks.



Suasana matahari terbenam seolah terasa kehilangan sesuatu...chewwah feeling plak. :)




Permandangan dari feri Lumut - Pangkor.




Masa naik bot balik dari Pulau Giam. Boleh dengar suara anak aku menjerit ketakutan masa bot melompat ke pantai.




Permandangan Pantai Pasir Bogak masa naik motor keliling Pulau Pangkor. Boleh nampak Pulau Pangkor Laut walaupun tak clear.




Video permandangan Teluk Nipah 360 darjah. Amik video waktu pagi tp tak jumpa matahari terbit...ekeke




Permandangan 360 darjah Teluk Nipah dari Pulau Giam.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Cuti-cuti Malaysia : 4D3N @ Pulau Pangkor  

Pada 10 - 13 Julai 2007 baru2 ni kami pegi ke Pulau Pangkor. Sebenarnya wifeku berkursus di sana. So, disebabkan kesian anak2 aku lama berpisah dgn umi dia, so amik keputusan utk amik cuti seminggu dan ikut sekali semua famili. Sebab yg kedua, kesian plak wife aku celebrate besday sorang2 kat sana. Sebab ketiga, time off peak season.

Hari Pertama (10 Julai 2007)

Perjalanan bertolak dr rumah aku di Puncak Alam al-Altantuya jam 11 pagi melalui Kuala Selangor - Kampung Topek - Sabak Bernam - Manjung. Tiba di pekan Lumut jam 2 petang. Dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor, kami menaiki feri dengan tambang RM10 pegi balik. (wife aku free sbb kerajaan bayar, anak2 aku pon free gak). Ops lupa kete aku parking kat area Pekan Lumut dgn kos RM30 utk 4 hari 3 malam.

Then rombongan cik kiah pon tiba ke jeti Pulau Pangkor lebih kurang pukul 3 ptg (40 min perjalanan). Kira besh gak la naik feri sbb permandangan dr feri mmg cantik. Kalo korang nak naik feri aku cadangkan feri Mesra Feri Sdn Bhd sbb dia ada ruangan open air kat tingkat atas. Jgn naik feri yg cam F1 tuh. Antara permandangan cantik ialah perkampungan nelayan (lihat gambar), dockyard TLDM (apa ek bahasa melayu), serta macam2 la...hehe

Tiba di Jeti Pulau Pangkor, kami sewa teksi (sebenarnya van) ke tempat kursus di Teluk Nipah. Perjalanan lebih kurang 10 minit sahaja (8 km) dengan tambang RM10. Tibanya di Teluk Nipah kami terus ke Pangkor Bay View Resort utk pendaftaran kursus. Selalunya aku booking hotel secara online, tp disebabkan resort tu dah full house so terpaksa lah kami cari hotel / resort berdekatan. Plan awal nak booking Coral Bay Resort, tp jauh dari tempat kursus wife aku.

Kami akhirnya ambil keputusan utk stay di Nipah Bay Villa (lihat gambar) sbb itu yg paling besh dan yg paling dekat dan yg penting berpatutan (RM250 utk 4 hari 3 malam)

Aktiviti petang tu hanya la ronda2 sekitar Pantai Teluk Nipah (lihat gambar) dan singgah beli baju kat gift shop (lihat gambar) yg banyak kat area situ (fuh terbang lagi duit aku). Then balik rehat di chalet kami.

Oleh kerana wife aku kursus start pukul 8.30, so sempat la kitorang dinner kat situ sambil celebrate birthday wife aku (lihat gambar). Sebenarnya aku order kek senyap2 ngan akak chalet tuh, so kira surprise la kat wife aku. Makan kat chalet ni mmg sedap sbb ianya dimasak sendiri oleh tuan chalet (terima kasih Pak Cik Mat). Harga pon berpatutan Kos makan malam + kek RM80 sahaja. (kira murah la kalo nak banding ngan KL Tower tuh....hampeh ko Retna. ekeke).

Hari Kedua (11 Julai 2007)

Hari kedua aku bangun awal, sejurus selepas solat subuh aku ke pantai (sorang2). Tujuannya aku nak ambik gambar sunrise kat Pangkor, tp rupenyer pantai Teluk Nipah ni menghadap ke barat, matahari terbit ikut timur...hehe. Beli sarapan dan balik.

Pagi tu selepas wife aku pegi kursus, aku bawak anak2 aku ke pantai nak mandi laut. Mandi hingga tengah hari. Balik dan tido. (lihat gambar)

Pd petang tu kami sebenarnya plan nak bersiar2 sekitar Pulau Pangkor dengan bot, tp oleh kerana wifeku agak penat, kami ambil keputusan utk ke Pulau Giam sahaja utk bersnorkelling. Tp agak kecewa tpt snorkelling tu kurang selamat sbb aku bawak anak2 aku yg masih kecil. So, kami berpindah ke Pantai Pulau Giam (lihat gambar). Tak puas hati snorkelling kat sini sbb air agak keruh. Kos bot dan sewa google RM25 sahaja. (asalnya RM35 kalo pusing sekitar Pulau Pangkor).

Hari Ketiga (12 Julai 2007)

Aktiviti pd pagi hanya tido di chalet sbb aku dan anak2 agak kepenatan (kononnya bersnorkelling hari sebelum tu). Aktiviti bermula pd petang bila wife balik kursus. (ni la akibatnya kalo pegi bukan sbb cuti2 mesia, jadual pon kena ikut dia jek).

Aktiviti pd petang agak menarik iaitu bermotor sekitar Pulau Pangkor. Dengan kos RM15 sejam kami sewa skuter Moskito milik chalet kami menginap utk pusing2 sekitar pulau.

Destinasi pertama yg kami pergi ialah Pantai Tortoise Bay (lihat gambar), kemudian menyusuri Pantai Teluk Bogak (lihat gambar). Dari Pantai Teluk Bogak kami boleh melihat Pulau Pangkor Laut serta permandangan Pangkor Laut Resort (hotel termahal di Pangkor dgn kos RM850 per night). Selepas itu kami ke perkampungan nelayan Teluk Gadong serta Kota Belanda (lihat gambar) melalui Pekan Pangkor.

Dari Pekan Pangkor kami menuju ke Pantai Teluk Dalam (lihat gambar) melalui jalan yg agak mencabar (mcm jalan Tapah - Cameron Highland). Permandangan di Teluk Dalam agak memukau dengan kepelbagaian lanskap semulajadi dan pantai yg bersih. Akhirnya kami pulau ke Teluk Nipah melalui lapangan terbang serta jalan yang berbukit bukau. Perjalanan mengambil masa 2 jam. (anak aku tido atas motor, alhamdulillah tiada kecelakaan berlaku)

Tiba di Teluk Nipah kami lepak di pantai menyaksikan permandangan indah matahari terbenam aka sunset (lihat gambar).

Hari Keempat (13 Julai 2007)

Alhamdulillah jadual wifeku abis agak awal iaitu pd 10 pagi. So, bersiap dan pulang.

Tibanya di pekan Lumut kami shopping makanan laut kering spt sotong dan kraftangan kerang-kerangan di Lumut Craft Centre (lihat gambar). Boleh dikatakan barangan di sini agak murah dan dijual dgn harga borong. Setelah abis berbelanja lebih kurang RM100++ (uhuhuuu pebenda la yg anak n wife aku beli?!!) aku pulang ke rumah.

TIPS

so, sesape nak pegi Pulau Pangkor, ni beberapa tips:

1. cari chalet kat Teluk Nipah, sbb situ yg paling cantik, kedai makanan banyak serta aktiviti bertumpu kat situ.

2. Elakkan peak season, sbb masa kami pegi pon orang agak ramai even off peak. Unless kalo korang suka ramai2 orang. So, korang pegi la weekdays ke atau pun musim tengkujuh...ahaks.

3. Jgn beli makanan laut (sotong atau seumpamanya) di Pulau Pangkor, better beli kat Lumut sbb murah.

4. Pastikan memori kad anda video cam / digicam anda besar. Beli je 2 GB memoy card terus sbb byk sgt nak ambik gambar. Standy 2 set battery.

5. Masa snorkelling jgn simpan wallet dalam seluar cam aku...ekeke

KLIK UTK FULL ALBUM (tp byk lagi gambo lom update...uhuhuuu)

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Streamyx ADSL Modem for Sale - SOLD  


Brand : ZTE Corporation
Model : ZXDSL 831

Condition : Open Box (never use, tested OK by Streamyx Technician)

Package included :
- Modem
- Splitter
- Adapter
- Installation CD
- User's Manual

# RJ Cable / Phone Cable not included. (You can buy it at www.lelong.com.my at RM1)

Warranty : 1 week personal warranty.

PRICE : RM50.00 only

Delivery : Pos Laju (add RM10.00), No COD.
Payment Method : Maybank2u.com, IBG.

Item succesfully grab by She_da. Thanx She_da, nice dealing with you.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Send FREE SMS using MobiK.com  

Sebenarnya, aku dah lama join Mobik.com nih utk berSMS secara PERCUMA, terutamanya nature keje aku nih mmg kena sms orang jek. Kiranya aku nih antara org yg pertama la jugak register. Lepas tu bila ada problem (dorang migrate ke server baru kot) dan asyik down jek aku langsung tak guna.

Then semalam baru register balik (sbb lupa bayar bil tepon...ekeke) cuma bezanya Mobik.com sekarang guna sistem point atau K (aku dah ada 100K), aku pon tak paham sgt sistem K nih dan apa kaitan dengan Dato' K sbb aku pon tak baca abih.

Cuma kelemahan ketara, kalo sebelum ni boleh SMS kat sesape saja tp hanya member yg register Mobik.com sahaja boleh receive SMS tuh (kedekut btol la). Tp overall, aku rekemenG utk register dan yg penting FREE.

















{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Aku, Anakku & Cuti-cuti Malaysia  

Aku akan mula bercuti pada 10-13 Julai 2007. Jangan ditanya ke mana aku pergi, yg pasti aku akan putus hubungan dengan dunia luar, tiada internet bahkan tiada telefon. So, sesiapa yg nak tengok posting2 aku, aku cuba gak penuhi permintaan korang. Aku tampal slide show anak2 aku start dari dorang berumur 1 hari hingga gambar2 terkini...:)




Anak sulungku Faizatul Fatihah dilahirkan pada 16 September 2002 di Selangor Medical Center, Shah Alam Selangor. Panggilan manja, Along.





No 2 ialah Faizatul Huda dilahirkan pada 12 Mac 2004 (hari jumaat) di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Sg Buloh, Selangor. Panggilan manja Angah Huda.





Yg bongsu (buat masa ini) ialah Faiz Irfan, yg dilahirkan pada 15 April 2005 (juga hari Jumaat) di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Sg Buloh, Selangor. Panggilan manja ialah Adik Irfan.

Tunggu gambar2 famili kami bila balik bercuti nanti....:)

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Happy Birthday to My Beloved Wife  

Selamat Menyambut Ulangtahun yg ke 30 buat Isteriku tercinta pd 10 Julai 2007.

Semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki. Semoga cinta kita kekal abadi.


ps: gambar tidak dpt diuploadkan sbb tidak mendapat kelulusan kabinet...:p

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

New Virus Detected!!!  


adeh, tak pasal2 aku lak kena virus.....uhuhuuu. btw, utk jaga hati adik iEn aku sorang nih, aku cuba la halau virus tuh...syoh syoh syoh. ekekeke...

1) Apakah resolusi yang anda gunakan?
ntah aku pon tatau....1024 x 768 kot. kat mana nak cek?? hehe

2) Tema atau ciri-ciri blog?
tema?? ntahaapaapa....blog ni sebenarnya dedicated to my family, my kids n my frens, tp dah jd blog rojak plak....kira cam kalerful la

3) Kekuatan Blog anda? (Shoutbox, Komen, Ramai Kenalan, Entri yang menarik perhatian atau lain2, sila nyatakan)
kekuatan blog aku ialah sbb aku selalu posting kisah family aku, my kids, coti2 mesia. aku rasa dorang suka tgk anak2 aku yg comel kot. ye betol, anak2 ku yg comel merupakan kekuatan kpd diriku (err apa aku melalut nih...hehe)

4) Kelemahan Blog anda?
Byk kelemahan, selagi benda nih ciptaan manusia mmg byk kelemahan....:p

5) Jenis connection anda?
Streamyx la...kadang2 hotspot.

6) Berapa kali anda menukar baju atau template Blog?
Aku x suka tuka2 template....tp aku suka usha template baru.

7) Kekerapan posting?
Selalu, kadang2, jarang2......sukati aku la bila nak posting. hahaha...

9) Sejak bila anda mengenali Blog?
Dah lama kenal, dah jauh pakcik jalan...jalan ke depan bukan ke belakang. errr apa soklan ek?? Start blogging Disember 2006. Sebelum tuh lom terbukak hati.....

9) Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan blog yang disediakan?
Puas hati ke??? aku rasa kalo dia tulon aku update automatik pon ok gak...leh aku lepak jek..ahakz

10) Adakah anda berasa tensyen bila Blog rosak? Bagaimana anda mengatasi?
Blog aku x penah plak rosak....kalo rosak aku akan antor workshop iEn

11) Apakah harapan anda pada Blog?
Semoga blog aku nih dinobatkan sbg blog terbaik di planet ini (siap ko john chow). Hehe x de harapan la, just sharing info, cari kawan, cari mangsa aku nak sakat....bla2. Yang penting, bila aku tua2 esok then anak2 aku dah besar bleh la aku jenguk2 kat sini.....

mangsa2 lain yg kena tagging aka virus oleh iEn ialah:
Topek, Khal, Aria, Umie, Izali, Hummy, Airynn, Forumer, Kak Long, Shai

Jom kita pegi blog dorang plak. (err jaga ko iEn grrr.....)

edited by aku on 7 July 2007 lebih kurang kol 11 lebey....

tapi aku rasa x besh la kat x pass meme / tag ni kat orang lain, so the next victim will be:

1. 6shot aka 5sal
2. Retna si Anak Omak
3. Matju Jejaka Klate
4. Striker Awex HUSM
5. Junadix, Big Boss MSJ Box

The rule must be followed....muahahaha, beshnyer beshnyerr....

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

New iPhone from Apple  


Semalam jenjalan blog JUNAIDIX terjumpalah info pasal iPhone nih. So, sape2 yg minat iPhone aku paste info dia kat sini, bukan apa..sbb aku pon dah tangkap cintan gak. ahaks.

Revolutinary Phone

iPhone is a revolutionary new mobile phone that allows you to make a call by simply tapping a name or number in your address book, a favorites list, or a call log. It also automatically syncs all your contacts from a PC, Mac, or Internet service. And it lets you select and listen to voicemail messages in whatever order you want — just like email.

Widesreen iPod

iPhone is a widescreen iPod with touch controls that lets you enjoy your content — including music, audiobooks, videos, TV shows, and movies — on a beautiful 3.5-inch widescreen display. It also lets you sync your content from the iTunes library on your PC or Mac. And then you can access it all with just the touch of a finger.

Internet in Your Pocket - this is my favourite

iPhone features a rich HTML email client and Safari — the most advanced web browser ever on a portable device — which automatically syncs bookmarks from your PC or Mac. Safari also includes built-in Google and Yahoo! search. iPhone is fully multi-tasking, so you can read a web page while downloading your email in the background over Wi-Fi or EDGE.

High Technology

iPhone features the most revolutionary user interface since the mouse. It’s an entirely new interface based on a large multi-touch display and innovative new software that lets you control everything using only your fingers. So you can glide through albums with Cover Flow, flip through photos and email them with a touch, or zoom in and out on a section of a web page — all by simply using iPhone’s multi-touch display.

iPhone’s full QWERTY soft keyboard lets you easily send and receive SMS messages in multiple sessions. And the keyboard is predictive, so it prevents and corrects mistakes, making it easier and more efficient to use than the small plastic keyboards on many smartphones. <<<== ni pon besh gak Read more info at http://www.apple.com/iphone

Harga

4 GB = $499.00
8 GB = $599.00

Convert to MYR, around RM2000 la kot. Tp tatau actual price kat Mesia berapa. Kalo affordable aku beli la....haha (tp loan kete + umah dah 2k lebih....uhuhuuu)

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Gambar Baby Lagi....  


hehehe...awal2 dah gelak. bukan apa, aku lupa nak upload gambar newborn baby member aku yg ketiga, Nasuha. Btw, member aku nih Naim nama dia (keje KPSU kat Kem Kewangan Malaysia, Putrajaya) sama2 tarikh ngan kawin ngan aku....so sama2 la dah anak 3. Cuma bezanya anak no 3 aku umo 1 thn lebih, dia plak baru lahir. Sayaang....bila kita ada baby no 4 yer....besh la ada baby kecik...muaaaaahhhh muaaahhhhh.

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Prison Break The TV Series: Never Ending Story  

Baru lepas tgk siri Prison Break kat Channel 70 Astro. Aku nih bukan minat sgt tgk citer bersiri nih. Kalo aku tgk tv biasanya aku tgk CSI + CSI Miami, Globe Trekker - Ian Wright dan EPL. Skang ni plak dok layan channel 78 (apakentahnamaceneltu) tgk Fifth Gear, besh gak layan keter2 power... mana tau kot2 bleh pakai keter2 tu.

Ok berbalik pd Prison Break, citer ni boring gak sbb bersambung2. Tp aku minat modus operandi Michael Scofield (dilakonkan oleh Wentworth Miller), key person dlm operasi breaking prison ni, siap buat tatoo prison map kat whole body dia. Kalo la citer nih real story. Another thing ialah kisah cinta selamber between Michael Scofield dengan Dr. Sara Tancredi yg dilakon oleh Sarah Wayne Callies. Slamber giler tp very romantic....bila la nak abes citer nih???

Jom layan aksi romantik Scofy - Sara. i luv that song..

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button

Aku Masuk Universiti  

sebenarnya aku dah banyak kali masuk University, drpd utara smp kat selatan.....antara U yg pernah aku masuk ialah:

- Universiti Malaya
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Pertanian Malaysia
- Universiti Teknologi MARA
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Utara Malaysia

weekend baru2 ni plak aku sempat masuk 2 U iaitu University Sains Islam Malaysia (USIM) yg dulunya dikenali Kolej University Islam Malaysia yang terletak kat Nilai, Negeri Sembilan dan UM. tp ni korang jgn salah faham plak, aku masuk jek, bukan daftar....aku sebenarnya hantar adik ipar aku >> register kat situ.....hehe. Hari sabtu hantar adik ipar aku kat USIM, then hari ahad aku hantar sepupu aku dari Terengganu daftar kat UM plak.

tapi tak kira la, janji aku masuk U jugak. muehehe....

{read more}
Subscribe Latest Update via Email!!
AddThis Social Bookmark Button